Wednesday, March 19, 2014

Mereka Istimewa

“Assalamualaikum KJ, kau boleh mengajar kursus pendek tak esok??”

“Waalaikumusalam....Kursus apa??”

“Kursus komputer… Kau ajar lah 3 orang lagi pensyarah….sebab ada dalam 40 orang, guna dua makmal komputer”

“Aku cuba cari pengajarlah kalau ada….tapi dia nak kursus apa?? Kursus komputer banyak..”

“Ini budak-budak sekolah sahaja…cikgu dia kata nak yang slide-slide je…ajar yang asas-asas”

“Kalau macam tu aku ajar powerpoint je la eh”

“Okay”

Keesokan harinya…. Hari dimana aku dan 3 orang lagi rakan sekerja perlu bertugas untuk mengajar kursus pendek…. Aku berpasangan dengan Puan Fadilah….tetapi aku yang kena lead kelas dan Puan Fadilah jadi assist….

Aku memang tiada masalah untuk mengajar kursus pendek kepada komuniti setempat, lebih-lebih lagi kepada pelajar sekolah…aku memang suka, sebab golongan kanak-kanak dan remaja ini aku senang hendak menarik perhatian mereka dan hendak berlawak….Aku tidak suka kelas yang terlalu serius…. nanti kejap sahaja sudah hilang tumpuan… Dan kali ini aku kena mengajar sekolah STMI…. Ada dalam 17 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring…. Dalam 17 orang pelajar itu, seorang pelajar perempuan…

Dan seperti biasa, sebelum aku memulakan kelas, aku cuba mengenali audiens aku…. Umur dan karakter mereka…supaya aku boleh selaraskan dengan gaya penyampaian aku….

“Berapa umur ye….kalau dari rupa….abang boleh panggil sebagai adik”, tanya aku…

Maka, riuhlah kelas itu dengan suara pelajar-pelajar tersebut yang memaklumkan umur mereka…

“Okay-okay siapa paling tua? Berapa umur?”, tanya aku

“21 tahun”, kata seorang pelajar sambil mengangkat tangan

“Aik….umur 21 tahun? Paling muda pula??”, tanya aku lagi

“13 tahun”, jawab seorang pelajar yang paling kecil

“Kalau macam tu, umur abang 12 tahun”, balas aku selamba.

Kelas menjadi riuh dengan gelak tawa mereka. Dan dari situ aku mendapat tahu, yang aku boleh menarik perhatian pelajar-pelajar tersebut…..

“Okay…boleh kita mulakan kelas?”

“Boleh”, sahut mereka bersama

“Tapi kita nak belajar apa?? Word?? Excell?? Power Point?? Video??”

“Belajar gamela abang”, jawab seorang pelajar.

Aku tergelak….. Seronoknya kalau aku dapat jadi Pensyarah Game heheh

“Game mana boleh…Kita belajar powerpoint eh…..”

“Okay abang”

“Mula-mula tekan menu start…kemudian cari aplikasi powerpoint”

Tetiba seorang cikgunya datang menghampiri aku……

“Encik, sebenarnya pelajar-pelajar ini tidak tahu membaca….mereka lemah dalam pembelajaran seperti menulis, mengeja, mengira dan sebagainya….walaupun mereka dari luar nampak normal sebenarnya mereka banyak kekurangan….yang encik cakap powerpoint, menu start mereka tidak faham”

Aku rasa seperti dipanah…..serius aku tidak nampak mereka mempunyai kekurangan…aku nampak mereka semua sempurna……dari awal masuk kelas, mereka hormat pada aku….berminat untuk belajar dan memberi respon….

“Sebab itu kami semua ada….sebab kalau kami tiada mereka akan menjadi pasif dan diam sahaja”, sambung cikgu itu lagi

Selepas itu, aku mengubah cara pengajaran aku….dan Alhamdulillah pelajar-pelajar tersebut dan cikgu-cikgunya berpuas hati dengan apa yang aku ajar….Walaupun, kali ini aku tidak dapat melihat komen peserta kursus aku dari borang kaji selidik sebab mereka semua tidak pandai menulis…tetapi dari segi tindakbalas mereka aku faham masa 4 jam perjalanan kursus itu tidak mencukupi bagi mereka…. Aku harap dapat mengajar mereka dalam kursus yang lain…Aku rasa sangat seronok mengajar mereka.


Nota kaki kanan:  Walaupun mereka mempunyai kekurangan, tetapi mereka mempunyai adab-adab ketika menuntut ilmu. Itulah keistimewaan mereka

No comments:

Post a Comment