Thursday, July 31, 2014

Bingkisan Kasih

Selamat Hari Raya…..

Masih mood raya ke? Raya kan sebulan…. Jadi jom merayakan sepuas-puasnya….tetapi kita kena beringat juga….ada yang tidak dapat beraya dengan orang tersayang seperti keluarga mangsa MH 17… hanya Al-fatihah sahaja dapat dikirimkan….

Aku pun sama, raya kali ini adalah raya kedua aku tanpa abah…..sedih juga sebab tidak dapat bersalam di pagi raya macam kawan-kawan yang lain…. Hanya doa sahaja yang dapat aku kirimkan… betul lah orang kata, apabila orang tersayang sudah tiada, baru kita merasa kehadirannya….dan menghargai… tapi masa sudah tidak dapat diputar kembali….

Baru-baru ini pelajar aku mencadangkan satu program kepada aku…

“Encik, jom kita buat program sambutan raya di rumah orang tua”

“Jom”

Aku terus setuju tanpa berfikir dua tiga kali…. Bagi aku ini peluang keemasan, mungkin aku tidak sempat membalas jasa ibubapa aku….jadi ini peluang aku…lagipun ia dapat mendidik pelajar-pelajar aku untuk menghargai ibubapa mereka bagi yang masih ada dan menghargai golongan warga emas….

Kalau kita tengok dalam surat khabar masa kini, banyak berita yang memaparkan sikap anak muda yang sudah luntur sifat menghormati dan menghargai warga emas ini….warga emas di marah, di caci dan diherdik…

Mungkin program Bingkisan Kasih ini tidak memberi impak yang besar tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menggembirakan mereka di hari raya ini….aku mungkin sedih tidak dapat beraya dengan abah sebab abah sudah tiada, meninggal dunia….tetapi warga emas ini lagi sedih sebab tidak dapat beraya dengan anak-anak mereka, yang mereka tahu masih ada….mereka ditinggalkan di rumah warga emas bagi menghabiskan sisa-sisa hidup mereka….betullah orang kata, ibu dan ayah mampu menjaga anak yang ramai…tetapi anak yang ramai belum tentu dapat menjaga ibubapa mereka…

“Tetapi encik, kita tidak cukup kewangan untuk jalankan program ini,kita hanya jalankan apabila cukup wang eh encik”, balas pelajar aku

“Kita jalan juga program ini, insyaALLAH ALLAH akan permudahkan program baik kita ini”, balas aku

Jika ada sesiapa yang ingin menderma untuk program ini….boleh PM aku di facebook aku atau di facebook PRiSS…..Maklumat lanjut program ini di facebook PRiSS



Nota kaki kanan: Ketika pertama kali pelajar aku menghubungi rumah warga emas ini, mereka terlalu seronok apabila mengetahui kami ingin mengadakan program raya di situ….jadi tak kan kami nak hampakan perasaan mereka kerana halangan yang kecil.


Nota kaki kiri: Lisa Surihani terkenang saat kosong-kosong terakhir bersama ayahnya. Saksikan di SINI

No comments:

Post a Comment