Alhamdulillah pada 18 september 2014 yang lepas aku Berjaya
mencatat Malaysia Book of Record hehe tapi bukan aku seorang sahaja lah…ia
melibatkan juga pelajar aku seramai 10 orang dan juga 1019 orang yang lain juga…..
Apa rekod yang aku Berjaya catatkan? Kami Berjaya catat “Most Number of
Stompers in a Performance” iaitu 1030 orang stompers dalam masa 39 minit 20
saat.
Tapi biasalah, pasti kita akan dengar suara-suara negative….begitu
juga aku…. Aku dengar
“Malaysia ini tiada rekod lain ke nak buat? Mesti nak
terpanjanglah, paling ramailah, paling besarlah… cuba tengok rekod dunia…mana
ada macam tu”
Aku hanya tersenyum sahaja…kerana aku pun tidak kisah
rekod itu…kerana bagi aku yang lebih penting adalah usaha yang ditunjukkan bagi
mencipta rekod itu… Aku sendiri bangga dengan komitmen pelajar aku dan pelajar-pelajar
kolej komuniti lain…. Syarat untuk Berjaya mencipta rekod itu adalah perlu
bermain sekurang-kurangnya 30 minit tanpa berhenti…..kalau hari kejadian terberhenti
pun dan gagal mencatat Malaysia book of records pun aku tetap berbangga dengan
pelajar aku…
Ini kerana dalam usaha mencipta rekod itu, mereka semua
perlu berkampung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selama 5 hari dari 14
september hingga 18 september….berlatih dari pukul 8 pagi hingga 5 petang
setiap hari…. Aku sendiri menjadi saksi perjalanan ke arah mencipta rekod itu…agak
sukar untuk mengharmonikan stompers seramai itu….dan perlu mainkan 5 buah lagu….
Kalau tak caya cubalah mengajar di hadapan 30 orang sahaja….pasti anda sudah pening….
Ditambah pula dengan keadaan letih dan panas…. Setiap hari perlu bangun awal pagi
kerana bagi mengelakkan kesesakan di Kuala Lumpur….dan pada hari rekod
tercipta, kami bangun dan bergerak ke Maeps Serdang pada jam 4 pagi…. Mudah pula
pelajar aku bangun awal pagi sepanjang latihan stompers ni hehehe….
Bagi yang sama-sama membentuk dan melihat perjalanan rekod
ini tercipta….pasti akan merasa kepuasannya….ia bukan sekadar teramai!!!!
stompers Kolej Komuniti Ledang
Gambar-gambar lain klik [SINI]
Nota kaki kanan: Aku boleh masuk rekod, orang yang paling
kerap berniat nak kurus…tetapi hancus heheh
No comments:
Post a Comment