Sunday, September 21, 2014

Bukan sekadar teramai

Alhamdulillah pada 18 september 2014 yang lepas aku Berjaya mencatat Malaysia Book of Record hehe tapi bukan aku seorang sahaja lah…ia melibatkan juga pelajar aku seramai 10 orang dan juga 1019 orang yang lain juga….. Apa rekod yang aku Berjaya catatkan? Kami Berjaya catat “Most Number of Stompers in a Performance” iaitu 1030 orang stompers dalam masa 39 minit 20 saat.

Tapi biasalah, pasti kita akan dengar suara-suara negative….begitu juga aku…. Aku dengar

“Malaysia ini tiada rekod lain ke nak buat? Mesti nak terpanjanglah, paling ramailah, paling besarlah… cuba tengok rekod dunia…mana ada macam tu”

Aku hanya tersenyum sahaja…kerana aku pun tidak kisah rekod itu…kerana bagi aku yang lebih penting adalah usaha yang ditunjukkan bagi mencipta rekod itu… Aku sendiri bangga dengan komitmen pelajar aku dan pelajar-pelajar kolej komuniti lain…. Syarat untuk Berjaya mencipta rekod itu adalah perlu bermain sekurang-kurangnya 30 minit tanpa berhenti…..kalau hari kejadian terberhenti pun dan gagal mencatat Malaysia book of records pun aku tetap berbangga dengan pelajar aku…

Ini kerana dalam usaha mencipta rekod itu, mereka semua perlu berkampung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selama 5 hari dari 14 september hingga 18 september….berlatih dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari…. Aku sendiri menjadi saksi perjalanan ke arah mencipta rekod itu…agak sukar untuk mengharmonikan stompers seramai itu….dan perlu mainkan 5 buah lagu…. Kalau tak caya cubalah mengajar di hadapan 30 orang sahaja….pasti anda sudah pening…. Ditambah pula dengan keadaan letih dan panas…. Setiap hari perlu bangun awal pagi kerana bagi mengelakkan kesesakan di Kuala Lumpur….dan pada hari rekod tercipta, kami bangun dan bergerak ke Maeps Serdang pada jam 4 pagi…. Mudah pula pelajar aku bangun awal pagi sepanjang latihan stompers ni hehehe….

Bagi yang sama-sama membentuk dan melihat perjalanan rekod ini tercipta….pasti akan merasa kepuasannya….ia bukan sekadar teramai!!!!


Gambar-gambar lain klik [SINI]

Nota kaki kanan: Aku boleh masuk rekod, orang yang paling kerap berniat nak kurus…tetapi hancus heheh

No comments:

Post a Comment