Minyak Naik boleh bikin naik minyak aku ni…. Eh silap
ayat aku…bukan minyak naik tetapi subsidi diturunkan…..
Arghhhh!!!!....Aku tak kisah kalau benda lain naik harga
selain daripada minyak, elektrik atau air…sebab benda-benda ini kalau naik
secara automatic semua barang akan naik harga juga….. tapi gaji tak naik-naik
juga….
Kebetulan aku memang nak isi minyak tadi, sekali penuh
semua stesen minyak…siap ada yang tuang dalam botol-botol….Memang hanya naik 20
sen sahaja…dan pasti ada yang akan kata apa nak kecoh-kecoh setakat 20 sen saja…
tapi seperti aku kata tadi, ia akan beri kesan pada semua…tidak percayalah
tengoklah nanti…..aku nak tengok harga pembekal barang-barang koperasi, naik
tak harga???
Dan hari ini, aku rasa PM kesayangan kita Dato Seri Najib
paling popular dan menjadi trending….gambar beliau penuh dalam handphone aku,
apabila ramai orang hantar pada wassap, facebook, wechat dan lain-lain lagi….
Harap ada berita gembira lain di bulan Oktober ini….Jangan
menjadi Tragedi Oktober!!!
Nota kaki kanan: Ada hikmahnya rupanya aku menang cabutan
bertuah basikal tempoh hari….nasib baik tak jual lagi…
Nota kaki kiri: kalau buat inovasi bahan pengganti minyak
ni, mesti dapat gold medal!!!
2 comments:
mmg tragedi oktober ni!
Nice blog
Post a Comment