Tuesday, December 9, 2014

Kena panggilan hangit….

Aku kena panggilan hangit…..tapi bukan daripada radio hot fm tu…ini kawan sekerja aku sendiri yang kenakan aku….

Alkisahnya, semalam telefon aku menerima satu panggilan daripada nombor yang aku tidak kenali….

Aku angkat….dan terdengar suara seperti wanita di hujung talian…

“Assalamualaikum….ini encik Khairul ke?”

“Waalaikumusalam…..ye saya bercakap”, balas aku

“Saya, emak kepada seorang pelajar di Kolej tuan….anak saya kata lusa ada ceramah hindari zina eh?? Anak saya terlibat dengan zina ke??”

“Aah ada program hindari zina dari pejabat kadi daerah ledang….tetapi surat rasmi dari pihak kadi, saya tidak terima lagi…anak puan tidak terlibat dengan zina…program ini hanya hendak memberi pendedahan mengenai cegah jenayah syariah….”

“Habis itu, anak saya tiada kelas ke nanti?? Saya sudah telefon pensyarah kelasnya tadi tetapi dia tidak tahu pun mengenai ceramah tu….tidak ada makluman kepada pensyarah kelasnya ke?? Saya taknak anak saya kena denda bukan-bukan dengan Cik Teha nanti ”

“Macam ni Puan…pada hari kejadian...pensyarah juga terlibat dengan program lain iaitu team building...boleh saya tahu siapa nama anak puan?? Sebab saya pelik bagaimana dia mengetahui mengenai ceramah ini sedangkan saya hanya maklumkan kepada jawatankuasa pelajar saya sahaja”

“Nama saya Fatimah, kenapa pensyarah kelasnya tidak tahu??pegawai-pegawai encik tidak buat kerja ke?”

“Bukan Puan Fatimah….Kami masih tunggu surat dari pejabat Kadi lagi…sebab surat tu masih tidak sampai, saya tidak berani hebahkan kepada semua staf dan pelajar lagi…..Pejabat Kadi baru cakap mulut saja…jadi saya hanya memberitahu kepada jawatankuasa pelajar untuk bersedia sahaja…sebab program ni dijangka lagi 2 hari saja….takut tidak sempat cari pelajar untuk mendengar ceramah tu… dan pegawai dari pejabat kadi ada maklumkan kepada saya akan hantar surat sendiri sekejap lagi…apabila sudah pasti, baru saya hebahkan…”

“Saya harap anak saya tidak kena denda dengan pensyarah kelas dia”

“Baik puan, jangan risau…apabila sudah pasti saya akan hantar memo kepada semua staf”..

Telefon dimatikan….

Esoknya (hari ini) nombor yang sama telefon aku lagi

“Alamak, nombor ni lagi”, spontan aku berkata apabila melihat nombor semalam di skrin….

“Apa emak pelajar ini hendak lagi”, bisik aku di dalam hati….

Aku mengangkat telefon ini, dan menjawab dengan sopan…tetapi kali ini suaranya aku sangat familiar

“Eh ni Sam eh?”

“Aah aku la….semalam akulah yang telefon ko menyamar sebagai emak pelajar”

Okay…aku sudah kena panggilan hangit!!! Aku dahlah berdebar kalau ibubapa pelajar telefon aku!!!


Inilah program yang dianjurkan oleh bahagian penguatkuasaan, Pejabat Kadi Daerah Ledang dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Ledang….. Jom ramai-ramai mendengarnya!!!



Nota kaki kanan: Nasib baik aku cakap lemah lembut je sepanjang perbualan....Lepas ini, mungkin pengarah aku pula menyamar ke?? heheh

No comments:

Post a Comment