Semalam….
6 Disember 2014….
Satu Malaysia diadakan hari sukarelawan….disebabkan aku
duduk di negeri johor. Maka sambutannya yang dianjurkan oleh iM4U adalah di
hutan Bandar taman rekamas, simpang renggam….
Kalau ikut GPS dari Kolej Komuniti Ledang….jarak tempat
itu adalah dalam 1 jam 30 minit sahaja…tapi setelah menimbang pelbagai
kemungkinan seperti kelewatan pelajar dan naik bas ke sana…mungkin ambil masa
dalam 2 jam…kami perlu tiba disana sebelum pukul 8.30 pagi…. dan semalam aku
sudah terpacak di kolej pada jam 6.00 pagi….untuk agihan sarapan pagi dan baju…
Seperti aku jangka, pukul 6.00 pagi…hanya ada beberapa
orang pelajar sahaja yang sudah sampai…. Nasib baik ada kumpulan whatsapp….jadi
hanya hantar “panggilan mesra” untuk cepat hadir di situ… Kalau nak telefon semua
40 orang itu, boleh habis kredit aku jawabnya heheh….dan kebetulan pagi itu
hujan turun….jadi aku bagi kelonggaran sehingga 6.30 pagi sahaja…
Tepat jam 6.30 pagi kami bertolak….dan sampai tepat 8.30
pagi di simpang renggam….turun sahaja bas, kami terus bersarapan dan dibahagikan
tugas….kumpulan sukarelawan dari Kolej Komuniti Ledang dibahagikan kepada dua
kumpulan….satu kumpulan membuat tugasan di taman dan satu kumpulan lagi disurau.
Mungkin ini adalah pengalaman pertama bagi sesetengah
peserta, kerana mereka perlu mengecat, memotong daun pokok kelapa, mencabut ubi
dan lain-lain…. Agak kelakar gelagat mereka mencabut ubi… (video boleh
disaksikan di facebook PRISS KKLJ)….
Walaupun cuaca kelihatan seperti tidak mengizinkan kerana
kadang-kadang gerimis….namun ia tidak mematahkan semangat kesukarelawan dalam
diri pelajar….dan aku juga terjumpa junior aku semasa belajar di UTM dulu…
Program selesai selepas waktu zohor, dan kami pulang ke
kolej….walaupun kepenatan, tetapi aku yakin mereka mempelajari sesuatu…
Nota kaki kanan: kewangan terhad tetapi banyak lagi
program pelajar beratur dalam bulan terakhir tahun 2014 ni…..adoyai, kena
pandai urus!!
Nota kaki kiri: Program hujung minggu ini, Lawatan sambil
belajar dan Putrajaya Explorace!!!
Nota tangan kanan: Kecewa Malaysia Kalah...tetapi masih ada peluang lagi....Bangkit Malaysia!!!
No comments:
Post a Comment