Pernah tak terjadi pada korang….
Perkara ini, aku lihat di depan mata aku sendiri….tapi
ini dah banyak kali berlaku, Cuma baru kali ini berkesempatan untuk menulis di
dalam blog ini..
Alkisahnya, semalam aku pergi makan di kedai makan…macam
medan selera...kira banyak kedai dan tempat makan di kongsi bersama….
Kebetulan, semalam terlalu ramai orang….dan memang ada satu kedai tu sangat
fames….kerana dengar katanya pernah masuk ‘Jalan-jalan cari makan’.
Aku pun pada mulanya hendak membeli di kedai tu tetapi
terlalu ramai yang beratur dan meja makan di hadapan kedai itu sudah penuh……aku
pergi ke meja makan yang kosong tidak berjauhan dari kedai itu… Aku tempah je
pada kedai makan yang berhampiran…kebetulan aku tengah sangat lapar pada waktu
itu…. Memang ketara sangat, kedai makan yang fames tu dan meja-meja dihadapannya penuh
dengan orang tetapi kedai lain ada la seorang dua pelanggan….
Dan ketika aku sedang makan, datanglah satu keluarga
duduk di sebelah meja aku…. Datanglah penjual di hadapan kedai yang terdekat
untuk mengambil pesanan….aku terdengar perbualan mereka…bukan berniat untuk
memasang telinga ye…
“Ye, nak order apa??”, tanya pelayan itu
“Maaf, kami dah order di kedai itu”, balas si ayah
menunjuk ke arah kedai fames itu
“Kalau macam tu, tidak boleh duduk disini, kena duduk di
sana”, balas pelayan itu
Keluarga itu seperti tercenggang, dan aku pun toleh ke arah
meja-meja di hadapan kedai yang fames itu, memang tiada tempat kosong….Keluarga
itu bangun beralih ke arah meja-meja di hadapan kedai fames itu….mungkin
menunggu ada pelanggan yang sudah habis makan….
Aku hanya menggelengkan kepala…..adat kalau melayu
berniaga!!!
Nota kaki kanan: Ingin mendapat diskaun dan point dengan
berbelanja menggunakan kad pengenalan?? Hubungi aku di:-
Facebook : Kj Kun
Instagram: KhairulJohari86
Wechat :kjkun86
Whatsap / Call / Mesej: 0176807564
No comments:
Post a Comment