Saturday, February 21, 2015

Adat melayu berniaga….

Pernah tak terjadi pada korang….

Perkara ini, aku lihat di depan mata aku sendiri….tapi ini dah banyak kali berlaku, Cuma baru kali ini berkesempatan untuk menulis di dalam blog ini..

Alkisahnya, semalam aku pergi makan di kedai makan…macam medan selera...kira banyak kedai dan tempat makan di kongsi bersama…. Kebetulan, semalam terlalu ramai orang….dan memang ada satu kedai tu sangat fames….kerana dengar katanya pernah masuk ‘Jalan-jalan cari makan’.

Aku pun pada mulanya hendak membeli di kedai tu tetapi terlalu ramai yang beratur dan meja makan di hadapan kedai itu sudah penuh……aku pergi ke meja makan yang kosong tidak berjauhan dari kedai itu… Aku tempah je pada kedai makan yang berhampiran…kebetulan aku tengah sangat lapar pada waktu itu…. Memang ketara sangat, kedai makan yang fames tu dan meja-meja dihadapannya penuh dengan orang tetapi kedai lain ada la seorang dua pelanggan….

Dan ketika aku sedang makan, datanglah satu keluarga duduk di sebelah meja aku…. Datanglah penjual di hadapan kedai yang terdekat untuk mengambil pesanan….aku terdengar perbualan mereka…bukan berniat untuk memasang telinga ye…

“Ye, nak order apa??”, tanya pelayan itu

“Maaf, kami dah order di kedai itu”, balas si ayah menunjuk ke arah kedai fames itu

“Kalau macam tu, tidak boleh duduk disini, kena duduk di sana”, balas pelayan itu

Keluarga itu seperti tercenggang, dan aku pun toleh ke arah meja-meja di hadapan kedai yang fames itu, memang tiada tempat kosong….Keluarga itu bangun beralih ke arah meja-meja di hadapan kedai fames itu….mungkin menunggu ada pelanggan yang sudah habis makan….

Aku hanya menggelengkan kepala…..adat kalau melayu berniaga!!!

Nota kaki kanan: Ingin mendapat diskaun dan point dengan berbelanja menggunakan kad pengenalan?? Hubungi aku di:-

Facebook : Kj Kun
Instagram: KhairulJohari86
Wechat :kjkun86

Whatsap / Call / Mesej: 0176807564  

No comments:

Post a Comment