Friday, July 10, 2015

Aku kuat membebel sekarang

-Ini sekadar bebelan aku, aku tahu ada pelajar aku membaca-

Ramai lagi remaja di luar sana ingin menyambung pelajaran tetapi tidak berpeluang kerana masalah kewangan… Tetapi yang aku lihat pelajar sekarang ini yang berpeluang menyambung pelajaran, suka mensia-siakannya…

Kelas bagi semester baharu, baru 2 minggu berjalan….tetapi aku sudah menerima salinan surat amaran pelajar kerana ketidakhadiran kelas sudah 10%. Aku agak terkejut… seawal ini?

Ini belum di kira lagi pelajar-pelajar yang datang lambat ke kelas dan ponteng kelas…. Alasan yang di beri bangun lewat… tapi bila di tanya dengan lebih terperinci…rupanya tidur jam 4 dan 5 pagi….memang lah tak kan bangun pergi kelas….kalau datang ke kelas pun, mesti akan tertidur dalam kelas….

Dan aku pernah dengar ceramah seorang ustaz di TV, aku tidak ingat nama ustaz tu…tapi kata-kata dia lebih kurang begini…

“kalau kita tertinggal solat subuh dengan tidak sengaja,kita dimaafkan tetapi kalau kita tertinggal solat subuh kerana kita tidur lewat pada malam sebelumnya, kita berdosa…seolah-olah kita sengaja untuk meninggalkan solat subuh itu….kita kena pandai menguruskan masa kita”

Itulah yang aku nampak, pengurusan dan sifat menghargai masa dalam diri pelajar masa kini sangat rendah….kalau sesiapa tahu kaedah terbaik boleh hubungi aku

Kalau pembelajaran peringkat sijil yang mengambil masa 2 tahun pun sudah berperangai macam ini, macam mana dengan peringkat diploma dan ijazah nanti….yang akan ambil masa lebih lama untuk habiskannya.

Penat juga mulut aku ini membebel pada mereka….tapi ada sahaja alasan yang akan diberi

“Kami tak nak sambung belajar encik, kami nak kerja je lepas ni”

Wahai adik-adik sekalian, memang senang je cakap nak kerja je lepas ini….saya pun dulu cakap macam tu….tapi kerja apa yang nak dibuat kalau bangun pagi pun susah, masa pun sukar nak tepati dan selalu main-main?

Adakah semasa kerja baru nak mendapat kesedaran? Harap tidak lambat untuk berubah

*Salingan*
Baru-baru ini aku menemuduga beberapa orang pelajar untuk mendapat sumbangan Ramadan…tersentuh hati aku apabila ada yang hanya makan apa yang ada je, kalau tiada makanan mereka ikat perut…ada yang tunggu lebihan di kafe untuk dimakan, ada yang ibu dan ayah sanggup asingkan sejumlah duit walaupun keperluar keluarg tidak cukup untuk memastikan mereka sambung belajar…

Pelajar-pelajar ini tiada masalah di dalam kelas. Sebab mereka menghargai nilai duit yang dilaburkan


Nota kaki kanan: Aku akan terus membebel….biar telinga mereka tebal Huhu
Nota kaki kiri: aku rasa macam dah ayah-ayah sangat….mulut sekarang suka je membebel kat budak-budak ini

Nota tangan kanan: Bebel tanda Sayang

1 comment:

  1. Abis la...sape jd binik...Heehee :p
    *gurau*

    mummynabvitalounge.blogspot.in/?m=1

    ReplyDelete