Thursday, September 25, 2008

Berbuka PuaSa di Payung Taman U....

Hari ni aku berbuka puasa kat payung Taman U bersama-sama ahli kelab penyayang yang lain (kena bayar)..aku makan nasi goreng pataya n air horlick...semua skali kena RM 6.00..ditambah dengan sate yg diblanja oleh kak as huhuhu..memang best r tadi...suka sakat korang....apsal x de nisa,taufik,nurul, wan n MT2 lain yerk...bz ker??

Pada masa yang sama pula, JKM juga membuat majlis berbuka puasa(percuma)...aku keliru n x tahu nak plih yg mana satu dan aku dah buat kputusan utk berbuka bersama ahli kelab penyayang...Sesampai di payung taman u, aku terjumpa dengan roni (pengerusi jkm)...kantoi la plak huhu aku jumpa la dengan dia dan borak2..tp tersentap gak bila dia kata, "aku x faham r dengan korang, bg makan free tp xnak"..

hurm..Kenapa yerk?? mungkin ada yang kata aku ni bodoh kerana x berbuka bersama jkm sebab percuma..ntah r...aku pun x tahu...hati aku lebih tertarik ke payung....mungkin sebab ikatan persahabatan kitaorg kuat...dan kitaorg mcm adik beradik...sampai aku rasa sedih je bila nak grad n tinggalkan UTM bersama-sama kelab penyayang...JKM pula akan bubar dalam 2 bulan lagi... n aku x rasa pun kesedihan yang sama n aku rasa semua jkm x sabar2 menunggu tarikh pembubaran tu (maaf klu aku tersilap), yela aku tgok ramai jkm yg dah x turun ke bilik jkm atau menyokong program member2 jkm lain...mungkin kat situ dah berlaku kesilapan....dan aku dapat tahu ramai jkm yg x turun program berbuka puasa tersebut....so apa kes??? aku harap JKM seterusnya dapat membentuk satu suasana supaya semua JKM seronok bekerja..

Monday, September 22, 2008

Erti KaSih SaYang......

Setiap kali selepas aku mengajar di rumah Barkat johor, pasti ada pengajaran yang aku perolehi dari budak2 ni... aku rasa aku telah mempelajari erti kasih sayang..yang mungkin selama ni aku ambil mudah atau pandang enteng saje....Adik2 ni di hantar ke rumah Barkat sebab keluarga mereka merasakan disitu tempat yang lebih baik dari rumah...mungkin kerana kesempitan hidup atau keadaan persekitaran yang tidak mengizinkan...aku ada tanya seorang daripada mereka.. Raya ni balik mana??adik tu jawab:Mestilah balik rumah, abg. Saya nak cium tangan dan peluk ibu, rindu kat ibu dah lama x jumpa....aku rasa tersentuh sangat..yela aku x pernah pun tunjukkan kasih sayang aku kepada ibu aku secara terang...tapi aku amat sayang pada ibu bapa aku..ni pun aku dah lama x balik rumah...harap ibu bapa aku faham..

Yang aku paling tersentuh, bila ada gak adik2 ni yang x nak tulis pun nama bapa mereka pada nama diorang..aku tanya ayah masih ada tak??dia cakap x ada..tapi member2 dia kata ada....mungkin dia ada alasan tersendiri mengapa x nak tulis..Patut r bila kitaorg datang mengajar, diorang seperti suka.....mungkin sebagai tempat luah kan perasaan dan kasih sayang... diorang klu diajar dan didekati secara baik dan penuh kasih sayang sebagai seorang abg yang mengajar adik, mereka sendiri yang akan datang pada kita dan minta di ajar...tidak perlu dipaksa dan di kejar....terima kasih ye adik2....abg kj harap adik2 semua berjaya...

PenutUp SoraKan Emosi Merdeka

Semalam pada jam 10:15 malam, telah berlangsungnya program penutup sorakan emosi merdeka (sorem-51) yang telah ditutupkan oleh abg Roslan. Pada mulanya, aku xnak buat majlis penutup..just sekadar satu majlis penyampaian hadiah yang ringkas je kepada para pemenang..biasa r bulan puasa..kelam kabut r nak setup tempat (sebelum tu dwn tersebut dgunakan utk terawih)...ntah r tetiba ye menjadi besar plak...terima kasih diucapkan kepada geng2 erwan yg tlng setupkan tempat dan buat persembahan..sori r hamper penghargaan kecil je..biasa r bajet sikit diberikan...n terima kasih gak r diucapkan kepada JKM2 yg turun pada malam tu kerana memberi sokongan....dan aku respek giler kepada Ke Yin (ketua blok K09)...yang telah membawa sebanyak yg boleh anak buahnya.. rasanya separuh dari audiens...rasa lega je bila program tu selesai...n pas habis program tu aku n geng g karaoke..

Thursday, September 18, 2008

BeRbuka Puasa Di KfC....Kenyang Hingga Menjilat Jari..

SemaLam (17 sept), buat kali kedua aku berbuka dengan KFC..huhu...sebenarnya x rancang pun nk berbuka di kFc...tp dah alang2 g beli barang2 hamper utk program Sorem-51 sampai pukul 6.15 petang n kfc x penuh mcm yang lepas...aku g la...lagipun nak g tebus kupon kfc (dari paper berita harian) si roy ni...lagi satu thanx r kepada aimi n roy yg tlng belikan dan balutkan brng2 tu sehingga menjadi rupa hamper hahahha..Hamper2 tu utk blok2 yg tertewas utk pertandingan sorem nanti ;P..hamper utk pemenang pula akan diuruskan oleh erwan shah....Cepat lah habis program ni...malas dah nak pk2...

Wednesday, September 17, 2008

BeRita FesTar 3 daLaM SkuDai Post.....

Festival Tun Razak atau lebih dikenali sebagai FESTAR yang dianjurkan oleh JKM KTR, kelab2 KTR dan majlis KEtua2 Blok telah berlangsung di sekitar perkarangan KTR pada 8-10 ogos yg lalu..Namun begitu, berita berkaitannya telah disiar dalam skudai post bil 8 / ogos 2008.. Dalam Festar ni....aku telah menjadi pengarah program utk Jejak aksara (mengeja dalam bm) dan spell it right challenge...aku turut jadi timbalan pengarah untuk cabaran beregu Kelab Badminton Tun Razak (KBTR) 2008...di sini bukan aku nak citer pasal festar tu sebab ia dah lepas tp aku nk citer pasal berita di skudai post tu....hahaha...rasa bangga r gak tersiar kedua-dua nama program tu dalam skudai post..mungkin bg org lain xde apa2 (mungkin jeles kot)...hahah..tp masa festar tu memang penat giler....aku tabik spring (toint toint) pada semua ahli KBTR (telah menganjurkan 3 program dalam Festar: Cabaran beregu KBTR, arm wrestling, dan treasure hunt) yg turun sampai ade yg demam aku dengar..ade plak kena marah...xpe2 jumaat ni kita buat BBQ hahahah...kita enjoy....dan aku juga nak minta maaf pada semua jika aku ade marah atau terkasar bahasa..biasa r masa minggu tu aku ada 3 test....harap kita dapat bekerja sama lagi...












GeMUkkAh Aku???......Arghhh tiDak....

IsH...Tension betul r....sejak kebelakangan ni..ramai yang kata aku semakin gemuk...selalu budak2 yang rapat ngan aku especially roy n yati dok kata aku gemuk, aku x percaya r...aku rasa mesti diorang jeles dengan aku.haha..tapi bila kak akmal kata aku gemuk pagi tadi kat fakulti terus aku terkedu...diam membisu....hmm..yela kak akmal dah lama x nampak aku, jadi mesti dia tahu perubahan saiz aku ni....aku rasa berat aku sekarang (?? kg) amat sesuai dengan ketinggian aku (1.8 m)..setiap ari aku menghadap cermin....ni x bleh jadi ni...kena mulakan operasi mendiet ni....mulai esok makan nasi sekali je la huhuh....aku nak pastikan raya nanti aku kembali ke keadaan asal...biasa r nak g raya rumah "S", mestilah kena kelihatan tampan huhuhu

Tuesday, September 16, 2008

Bawaku TeRbanG...best siot~

Skang ni aku dah ketagih nak dengar lagu bawaku terbang dendangan The Fabulous Cat....sedap la lagu tu...simple tapi menarik..lagu ni pun sedang naik dalam carta era dan hot fm..kalau tak pasang sekali sehari x bleh tido ow...

The Fabulous Cat- Bawa Ku Terbang

Mata Ke Mata..
Ke Hati..
Hati ke Hati..
Hati Hati..
Bibir Ke Bibir..
Bicara Janji..
Janji Janji..
Jadi Luka Hati...
Rindu ke Rindu..
Termimpi mimpi..
Hari Ke Hari..
Menanti nanti..
Menanti Pasti
Pasti Disisi
Sisiku Kinii

Bila diceritakan tentang cinta
segalanya muncul sekelip mata
semuanya di depan mata ada dia
makan tidur pun tak lena

dia... cinta...
dia.... sayang...
aku.... dicinta..
aku... disayang...

kamu yang bawa ku terbang
kamulah jua yang membawa cinta
ke jalan yang..
kamu yang bawa ku terbang
ke bintang kejora cinta kita
kekal untuk selamanya

Kita berdua kian bermesra
rindu makin membara
kita berdua bermain kata
patah surut tak endah

Mata hati jiwaku...
seluas langkah di
sebesar cubisan
namun segitiga bermuda
ku ganti sungai merah
dengan darahku
rinduku meragutkan
kehangatan cinta kita

Tidak Sehebat mana
ku pertikaikan kasih
ku bukan tempat dua ketiga
hati ku cuma kau yang satu
seterusnya nyatakan hanya
dirinya jiwanya
jiwa ku rentas
pada warna asakan cinta
cintalah kamu...

Monday, September 15, 2008

tution rumah Barkat....

Hari nie (14 sept) aku kena mengajar matematik di rumah barkat..jam 8 pagi dah kena berkumpul kat bus stop FAB..kelas tution tu start jam 9 pagi sampai 11 pagi...Mula-mula rasa malas nak g sebab penat konvoi semalam pun masih x hilang lagi..tp sebab bila terfikir semangat budak2 dirumah barkat (pertubuhan anak-anak yatim) yang nak belajar tu..aku xkisah..lagi pun aku dah janji dengan ali (salah sorang anak murid aku) nak bagi hadiah sempena ari jadinya yg jatuh pada 10 sept. Setibanya sampai di sana, aku terpaksa mengambil peranan si radzi (x datang) untuk membahagi2 kan tutor kepada bebudak ni....aku dari dulu mengajar budak2 darjah empat dengan rikha..namun disebabkan kekurangan tutor dan kenakalan budak2 lelaki darjah tiga dan dua..aku terpaksa mengajar diorang...bleh plak tu diorang x nak aku ajar...siap tolak aku pergi mengajar darjah empat balik...kelakar bila teringatnya...nak mengajar diorang kena sabar...kena faham dengan perangai budak2 yang x ada tempat mengadu...yang terdedah dengan persekitaran bermain dengan kawan-kawan...dalam jam pertama aku mengajar diorang matematik...mula2 diorang semangat buat tapi disebabkan mereka kanak2..faktor bermain sangat kuat...ada yang bagi alasan nak g tandas r....nak g jumpa kakak...nak g cari kawan kat tandas r...haha kelakarnya...ingat aku x pernah laluinya ke??dalam jam kedua aku lebih tertumpu kepada masalah2 yg diorang hadapi....aku dengar r diorang bercerita...memberi motivasi kepada diorang...yang kelakarnya budak2 darjah 6 yang dah lepas upsr minggu lepas pun nak join...budak2 yg sepatutnya belajar malas pulak...pening!pening! tapi sepanjang ari ni aku mengajar darjah 3, aku dapati diorang ni bukannya x pandai matematik tetapi diorang x faham istilah2 tu dalam bahasa inggeris...bila aku suruh baca dalam bi mereka x faham tp bila aku translate, laju je mereka jawab....tu sebab aku bercadang hendak mengajar mereka bi minggu depan...dalam bnyak2 darjah 3 tadi..ada seorang yg komited dan rajin iaitu manan...walaupun dia xada r cerdik sangat tp keutamaan belajarnya lebih tinggi daripada benda2 lain...cthnya tadi aku bg r bebudak ni rehat...yg lain laju je hilang keluar dari kelas tp dia sorang je masih terus membuat sifir yang aku bg...kemudian kakak dia datang nak jumpa, tp dia kata nanti, jumpa lepas kelas..bgusnya manan...yang lain terpaksa aku kejar supaya masuk balik dalam kelas..aku terpaksa kejar amri, iqram, hairi, najmi n nizam (siap berlakon buat kaki terseliuh lagi hahahha).

selepas habis mengajar, bebudak ni terpaksa berkumpul di bawah..kerana terima kunjungan daripada pemuda UMNO....diorang dapat duit raya..hahaha...aku rasa gembira kalau diorang semua berjaya n lulus ujian....Kemudian aku balik utm...sampai di utm terus aku tido.....

KonVoi Penyayang UTM…Penat Tapi Best ~

Sepanjang Hari Sabtu yang lepas (13 Sept 2008) aku n member2 kelab PEnyayang yang lain (cik as,radzi,azam, ehsan, khalid, mai n lain2) telah berkonvoi ramai2 pergi ke PERSATUAN PENJAGAAN KANAK-KANAK TERENCAT AKAL JB / HANDICAPPED & MENTALLY RETARDED CHILDREN ASSOCIATION JB yang beralamat di LOT 5042, Jalan Indah Permai 9,Taman Saleng Indah,81400 Saleng,Johor.. Ini merupakan satu pengalaman pertama aku join aktiviti seumpama ini..

Pada mulanya hampir cancel program nie, sebab pagi tu hujan turun....nasib kita org baik sebab hujan berhenti dalam pukul 10.30 pagi...jadi kami berkumpul terlebih dahulu di bilik kelab..Apabila semuanya dah cukup, kamipun berkonvoi beramai-ramai..Perjalanan kesitu mengambil masa dalam setengah jam dari UTM.

Setiba sampai disana, kami di bawa ke bahagian kanak – kanak. Terdapat hampir 11 org kanak–kanak ditempatkan di situ. Pelbagai alasan dan sebab mereka ditempatkan disitu..seperti buta, cacat, brain zero, hyper aktif..Rasa sedih je bila melihat keletah mereka...Namun begitu, menurut penjaga di situ; cik Saroja, masih ada gak ibu bapa mereka yang datang melawat tetapi x ramai..ada yang ditinggalkan terus tanpa dikunjungi...apabila kami datang, mereka seronok seperti mengalu-alukan kehadiran kami...especially budak hyperaktif tue...kami budak ini diikat kerana terlampau hyperaktif..inilah first time aku melihat budak yg hyperaktif...dia sentiasa melompat-lompat n tidak boleh duduk diam...rasa kesian pun ada..tp penjaga tue terpaksa mengikatnya demi keselamatannya kerana dia boleh membahayakan dirinya..

Selepas bahagian kanak-kanak, kami hendak menuju ke bangunan sebelah dengan tujuan untuk ke bahagian orang tua pula. Semasa kami keluar dari bilik kanak-kanak tersebut, terdapat one girl duduk di muka pintu.Menurut penjaga tue, girl itu dulu sebenarnya normal tapi menjadi terencat akal disebabkan di buli oleh emak tirinya...dia mengalami tekanan yang terlalu dahsyat sehingga menjadi sebegitu...Rasa kasihan melihat keadaannya...jadi ingatlah bahawa kita yang normal tidak semestinya akan terus normal...kita tidak tahu apa akan jadi keesokan harinya...jadi hendaklah sentiasa bersyukur kepada ALLAH apa yang kita miliki...selepas itu kami meneruskan niat ke bahagian orang tua..

Namun begitu, dalam perjalanan, kami terjumpa seorang remaja lelaki yang agak gempal sedang menolak kawannya yang berkerusi roda..kedua-duanya terencat akal, namun budak yang berisi itu agak peramah...dia mengajak kami ke bahagian dia ditempatkan...kami mengikut je....di bangunan tu terdapat hampir 20 org remaja lelaki yg terencat akal ditempatkan..aku masuk je, duduk diantara mereka....aku ajak diorang borak...tapi diorg segan2 seperti memahami apa yang aku cakapkan....mereka mencuit2 aku seperti nak memberi tahu sesuatu..tetapi bila aku tanya diorg hanya senyum...aku rasa diorang memerlukan perhatian dari kita....klu boleh kita yang normal ini selalu lah melawat dan meluang masa dengan diorang...ketika aku rancak bermesra dengan diorang aku perhatikan budak yang berisi tadi cakap sesuatu dengan kawan dia yang duduk di sebelah aku...kemudia tetiba kawan dia tu menarik tangan aku supaya berdiri dan dibawa ke bahagian tengah...aku ingat apa tadi..rupanya diorang nak aku menari...haaha kelakar je...dah la aku ni pemalu...yeke??..kami meluangkan masa dalam setengah jam lebih melayan kerenah diorang...rasa seronok sangat...tapi apabila kita orang nak balik mereka melambai2kan tangan dan mengharap kami datang kembali...

Sebenarnya setiba kami sampai pagi tadi, kami telah dengar nyanyian daripada penghuni2 di ctu...namun kami tidak berkesempatan untuk menyaksikannya kerana apabila kami sampai di kelas nyanyian di ctu..mereka semua tengah makan tengah hari....mesti best klu dapat melihat diorang menyanyi....Setelah selesai kesemuanya, kami pun beredar dari pusat tu dalam pukul 1 lebih...

Namun begitu, dalam perjalanan balik utm...kami pun terfikir untuk melawat hospital sultanah aminah (HSA), niat di hati untuk menhibur dan meluangkan masa bersama kanak-kanak disitu. yela dah alang2 keluar biar sampai penat kan....kami pun singgah lah dictu...kami sampai dalam pukul 1:50 petang dan waktu melawat habis pukul 2 petang...dan kami rasa, kehadiran kami dengan tujuan tersebut akan dibenarkan walaupun waktu melawat telah habis..namun begitu jururawat disitu seperti tidak memberi respon dengan kehadiran kami...seperti nampak tak nampak je...n disebabkan kami rasa kehadiran kami seperti akan mengganggu tugas mereka..kami pun tukar plan ke rumah barkat iaitu sebuah pertubuhan anak-anak yatim..yela maklumlah kami datang redah macam tu je...maybe perlu ikut prosedur yang kompleks kot...

Setibanya sampai di rumah barkat,kami terus naik ke pejabat...niat dihati nak berbincang mengenai kelas tusyen keesokan harinya...untuk makluman, setiap ari ahad jam 9 hingga 11 pagi...beberapa orang ahli kelab penyayang akan menjadi guru tusyen kepada bebudak di situ..fokus utama adalah mengajar matematik.kami juga meminta kebenaran untuk berjumpa dengan bebudak ni...namun menurut pihak pejabat, bebudak ni keluar membeli kasut raya..dan mungkin nasib kami baik, ketika nak beredar..budak2 ni pun balik....kami pun bergurau n bermesra...kami turut membantu mereka memasak untuk juadah berbuka puasa kerana pada petang tu ada majlis berbuka puasa dengan pihak luar (group amy??)...dalam pukul 5:45 petang kami beredar dari rumah barkat tue...kami menuju ke 'payung' taman U untuk berbuka puasa beramai-ramai...namun aku tidak dapat join kerana ada hal lain...konvoi ni merupakan satu pengalaman yang aku x dapat lupakan...

kjkun
2 am (ahad)
bilik aku r...tgah tunggu nak tido