Monday, September 15, 2008

KonVoi Penyayang UTM…Penat Tapi Best ~

Sepanjang Hari Sabtu yang lepas (13 Sept 2008) aku n member2 kelab PEnyayang yang lain (cik as,radzi,azam, ehsan, khalid, mai n lain2) telah berkonvoi ramai2 pergi ke PERSATUAN PENJAGAAN KANAK-KANAK TERENCAT AKAL JB / HANDICAPPED & MENTALLY RETARDED CHILDREN ASSOCIATION JB yang beralamat di LOT 5042, Jalan Indah Permai 9,Taman Saleng Indah,81400 Saleng,Johor.. Ini merupakan satu pengalaman pertama aku join aktiviti seumpama ini..

Pada mulanya hampir cancel program nie, sebab pagi tu hujan turun....nasib kita org baik sebab hujan berhenti dalam pukul 10.30 pagi...jadi kami berkumpul terlebih dahulu di bilik kelab..Apabila semuanya dah cukup, kamipun berkonvoi beramai-ramai..Perjalanan kesitu mengambil masa dalam setengah jam dari UTM.

Setiba sampai disana, kami di bawa ke bahagian kanak – kanak. Terdapat hampir 11 org kanak–kanak ditempatkan di situ. Pelbagai alasan dan sebab mereka ditempatkan disitu..seperti buta, cacat, brain zero, hyper aktif..Rasa sedih je bila melihat keletah mereka...Namun begitu, menurut penjaga di situ; cik Saroja, masih ada gak ibu bapa mereka yang datang melawat tetapi x ramai..ada yang ditinggalkan terus tanpa dikunjungi...apabila kami datang, mereka seronok seperti mengalu-alukan kehadiran kami...especially budak hyperaktif tue...kami budak ini diikat kerana terlampau hyperaktif..inilah first time aku melihat budak yg hyperaktif...dia sentiasa melompat-lompat n tidak boleh duduk diam...rasa kesian pun ada..tp penjaga tue terpaksa mengikatnya demi keselamatannya kerana dia boleh membahayakan dirinya..

Selepas bahagian kanak-kanak, kami hendak menuju ke bangunan sebelah dengan tujuan untuk ke bahagian orang tua pula. Semasa kami keluar dari bilik kanak-kanak tersebut, terdapat one girl duduk di muka pintu.Menurut penjaga tue, girl itu dulu sebenarnya normal tapi menjadi terencat akal disebabkan di buli oleh emak tirinya...dia mengalami tekanan yang terlalu dahsyat sehingga menjadi sebegitu...Rasa kasihan melihat keadaannya...jadi ingatlah bahawa kita yang normal tidak semestinya akan terus normal...kita tidak tahu apa akan jadi keesokan harinya...jadi hendaklah sentiasa bersyukur kepada ALLAH apa yang kita miliki...selepas itu kami meneruskan niat ke bahagian orang tua..

Namun begitu, dalam perjalanan, kami terjumpa seorang remaja lelaki yang agak gempal sedang menolak kawannya yang berkerusi roda..kedua-duanya terencat akal, namun budak yang berisi itu agak peramah...dia mengajak kami ke bahagian dia ditempatkan...kami mengikut je....di bangunan tu terdapat hampir 20 org remaja lelaki yg terencat akal ditempatkan..aku masuk je, duduk diantara mereka....aku ajak diorang borak...tapi diorg segan2 seperti memahami apa yang aku cakapkan....mereka mencuit2 aku seperti nak memberi tahu sesuatu..tetapi bila aku tanya diorg hanya senyum...aku rasa diorang memerlukan perhatian dari kita....klu boleh kita yang normal ini selalu lah melawat dan meluang masa dengan diorang...ketika aku rancak bermesra dengan diorang aku perhatikan budak yang berisi tadi cakap sesuatu dengan kawan dia yang duduk di sebelah aku...kemudia tetiba kawan dia tu menarik tangan aku supaya berdiri dan dibawa ke bahagian tengah...aku ingat apa tadi..rupanya diorang nak aku menari...haaha kelakar je...dah la aku ni pemalu...yeke??..kami meluangkan masa dalam setengah jam lebih melayan kerenah diorang...rasa seronok sangat...tapi apabila kita orang nak balik mereka melambai2kan tangan dan mengharap kami datang kembali...

Sebenarnya setiba kami sampai pagi tadi, kami telah dengar nyanyian daripada penghuni2 di ctu...namun kami tidak berkesempatan untuk menyaksikannya kerana apabila kami sampai di kelas nyanyian di ctu..mereka semua tengah makan tengah hari....mesti best klu dapat melihat diorang menyanyi....Setelah selesai kesemuanya, kami pun beredar dari pusat tu dalam pukul 1 lebih...

Namun begitu, dalam perjalanan balik utm...kami pun terfikir untuk melawat hospital sultanah aminah (HSA), niat di hati untuk menhibur dan meluangkan masa bersama kanak-kanak disitu. yela dah alang2 keluar biar sampai penat kan....kami pun singgah lah dictu...kami sampai dalam pukul 1:50 petang dan waktu melawat habis pukul 2 petang...dan kami rasa, kehadiran kami dengan tujuan tersebut akan dibenarkan walaupun waktu melawat telah habis..namun begitu jururawat disitu seperti tidak memberi respon dengan kehadiran kami...seperti nampak tak nampak je...n disebabkan kami rasa kehadiran kami seperti akan mengganggu tugas mereka..kami pun tukar plan ke rumah barkat iaitu sebuah pertubuhan anak-anak yatim..yela maklumlah kami datang redah macam tu je...maybe perlu ikut prosedur yang kompleks kot...

Setibanya sampai di rumah barkat,kami terus naik ke pejabat...niat dihati nak berbincang mengenai kelas tusyen keesokan harinya...untuk makluman, setiap ari ahad jam 9 hingga 11 pagi...beberapa orang ahli kelab penyayang akan menjadi guru tusyen kepada bebudak di situ..fokus utama adalah mengajar matematik.kami juga meminta kebenaran untuk berjumpa dengan bebudak ni...namun menurut pihak pejabat, bebudak ni keluar membeli kasut raya..dan mungkin nasib kami baik, ketika nak beredar..budak2 ni pun balik....kami pun bergurau n bermesra...kami turut membantu mereka memasak untuk juadah berbuka puasa kerana pada petang tu ada majlis berbuka puasa dengan pihak luar (group amy??)...dalam pukul 5:45 petang kami beredar dari rumah barkat tue...kami menuju ke 'payung' taman U untuk berbuka puasa beramai-ramai...namun aku tidak dapat join kerana ada hal lain...konvoi ni merupakan satu pengalaman yang aku x dapat lupakan...

kjkun
2 am (ahad)
bilik aku r...tgah tunggu nak tido

No comments:

Post a Comment