Hari nie (14 sept) aku kena mengajar matematik di rumah barkat..jam 8 pagi dah kena berkumpul kat bus stop FAB..kelas tution tu start jam 9 pagi sampai 11 pagi...Mula-mula rasa malas nak g sebab penat konvoi semalam pun masih x hilang lagi..tp sebab bila terfikir semangat budak2 dirumah barkat (pertubuhan anak-anak yatim) yang nak belajar tu..aku xkisah..lagi pun aku dah janji dengan ali (salah sorang anak murid aku) nak bagi hadiah sempena ari jadinya yg jatuh pada 10 sept. Setibanya sampai di sana, aku terpaksa mengambil peranan si radzi (x datang) untuk membahagi2 kan tutor kepada bebudak ni....aku dari dulu mengajar budak2 darjah empat dengan rikha..namun disebabkan kekurangan tutor dan kenakalan budak2 lelaki darjah tiga dan dua..aku terpaksa mengajar diorang...bleh plak tu diorang x nak aku ajar...siap tolak aku pergi mengajar darjah empat balik...kelakar bila teringatnya...nak mengajar diorang kena sabar...kena faham dengan perangai budak2 yang x ada tempat mengadu...yang terdedah dengan persekitaran bermain dengan kawan-kawan...dalam jam pertama aku mengajar diorang matematik...mula2 diorang semangat buat tapi disebabkan mereka kanak2..faktor bermain sangat kuat...ada yang bagi alasan nak g tandas r....nak g jumpa kakak...nak g cari kawan kat tandas r...haha kelakarnya...ingat aku x pernah laluinya ke??dalam jam kedua aku lebih tertumpu kepada masalah2 yg diorang hadapi....aku dengar r diorang bercerita...memberi motivasi kepada diorang...yang kelakarnya budak2 darjah 6 yang dah lepas upsr minggu lepas pun nak join...budak2 yg sepatutnya belajar malas pulak...pening!pening! tapi sepanjang ari ni aku mengajar darjah 3, aku dapati diorang ni bukannya x pandai matematik tetapi diorang x faham istilah2 tu dalam bahasa inggeris...bila aku suruh baca dalam bi mereka x faham tp bila aku translate, laju je mereka jawab....tu sebab aku bercadang hendak mengajar mereka bi minggu depan...dalam bnyak2 darjah 3 tadi..ada seorang yg komited dan rajin iaitu manan...walaupun dia xada r cerdik sangat tp keutamaan belajarnya lebih tinggi daripada benda2 lain...cthnya tadi aku bg r bebudak ni rehat...yg lain laju je hilang keluar dari kelas tp dia sorang je masih terus membuat sifir yang aku bg...kemudian kakak dia datang nak jumpa, tp dia kata nanti, jumpa lepas kelas..bgusnya manan...yang lain terpaksa aku kejar supaya masuk balik dalam kelas..aku terpaksa kejar amri, iqram, hairi, najmi n nizam (siap berlakon buat kaki terseliuh lagi hahahha).
selepas habis mengajar, bebudak ni terpaksa berkumpul di bawah..kerana terima kunjungan daripada pemuda UMNO....diorang dapat duit raya..hahaha...aku rasa gembira kalau diorang semua berjaya n lulus ujian....Kemudian aku balik utm...sampai di utm terus aku tido.....
Take care of those orphans very well...
ReplyDelete