Monday, January 5, 2009

Madah Cinta......

Semester baru sudah bermula seminggu. Bilik aku kat KtR ni masih x di kemas lagi. Jadi aku ambil lah peluang hujung minggu lepas untuk mengemas bilik. Sedang aku kemas bilik n susun2 fail aku terjumpa lah satu keratan majalah yang berkaitan madah cinta huhuu...aku x ingat mcm mana ada keratan tu..keratan tu x diguna oleh aku untuk mengayat awek eh..aku kan baek huhuhu.Di sebabkan aku tersangatlah baik, aku ingin berkongsi madah cinta tu dengan korang... Madah cinta ni amatlah berguna bagi lelaki-lelaki yang kering idea untuk memikat (ala2 Dr. Love plak haha), pasti cair perempuan kalau tgok korang bermadah...(aku x pernah cuba lagi, klu x berkesan jgn marah ye hehe)....

1. Cinta tidak pernah meminta,ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan
tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada
cinta di situ ada kehidupan.Manakala kebencian membawa kepada
kemusnahan.


2. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia
meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta
itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan
dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang
salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia
tidak berada disisi kita.

5. Manusia tidak jatuh ke dalam cinta dan tidak juga keluar dari cinta. Tetapi
manusia tumbuh dan besar dalam cinta.

6. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

7. Semua orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang merasai cinta. Setiap
orang pernah bercinta. Tetapi tidak semua mampu mengecapi bahagia.

8. Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan
sendirinya cinta itu akan hadir.

9. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan
diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa
pertimbangan.

10. Cinta ibarat pasu antik ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk
jatuh berderai.

11. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh
hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu tiada guna sesalan
kerana perginya tanpa berpatah lagi.

12. Sungguh menyakitkan menyintai seseorang yang tidak mencintaimu tetapi
lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah
memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

13. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh
menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi
nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

14. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi mambangkitkan kekuatan.Cinta
bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

15. Jangan melarikan diri dari cinta apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan
melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti kamu pasti akan teringat-
ingatnya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

p/s: Selamat bermadah

5 comments:

  1. aku suka madah cinta ni especially no 12 dan no 2 la.

    ReplyDelete
  2. huhu...wah kj dah mula menulis madah cinta la...nice post ...dalam kesemua 15 madah tuh yang paling tertusuk kat ati ak adalah yang no14...feel bangat...

    ReplyDelete
  3. ada kaitan ke madah cinta yg korang pilih dgn diri korang eh ehsan n riz???huhuh

    ReplyDelete
  4. wah2 kj..
    eemm ak xde y feveret.. ooppsss~

    ReplyDelete
  5. hahahha...sebab ko still single lagi kot orchid??ops..huuhu

    ReplyDelete