Monday, January 5, 2009

Selamat pagi cikgu!!

HARI ini bermulanya sesi persekolahan di kebanyakkan sekolah seluruh negara kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu yang telah memulakannya semalam. Teringat aku kenangan ketika belajar di sekolah rendah (sekolah kebangsaan AU keramat) dan sekolah menengah (sekolah menengah kebangsaan taman setiawangsa) suatu ketika dahulu. Pelbagai kenangan sama ada pahit atau manis yang masih tersemat kemas dalam fikiran aku..



Sekolah Kebangsaan AU Keramat (SKAUK)......

Keadaan riuh di sekolah rendah dengan pelbagai ragam kawan-kawan yang baru melangkah ke alam persekolahan, ada yang menangis, ada yang nakal, ada yang gembira..x kurang juga dengan ragam ibu bapa yang mengalahkan ragam anaknya..aku ingat lagi, masa tu aku x nangis..biasa la dah tersemat dari kecil, lelaki x elok menangis..betul ke?? Hari demi hari berganti, aku bersekolah seperti biasa..pelbagai perkara aku lalui..aku menjadi pengawas ketika darjah tiga, wakil sekolah dalam badminton, pancaragam sekolah dan banyak lagi...subjek yang aku paling suka adalah matematik...aku ingat lagi, setiap ari sebelum aku dan kakak aku melangkah kuar dari rumah untuk pergi ke sekolah, mak dan ayah aku mesti mencium pipi kami dan berpesan supaya belajar rajin2...sehingga lah sekarang aku dah melanjutkan pelajaran kat u..aku akan ingat pesanan mak dan ayah aku..bagi ayah aku, pantang kalau anak2 dia jatuh kelas mean dari kelas atas jatuh kelas bawah, pasti kena marah punya..tp masa darjah enam nak UPSR aku jatuh kelas, dari kelas no 1 ke kelas no 6..tp aku bersyukur sangat sebab jatuh kelas...banyak aku pelajari...kat kelas ni lah aku kenal erti persahabatan sebenar...tiada perbezaan yang diwujud, semua sama saje....dan aku seronok belajar..aku ingat lagi ketika ramai yang memperlekehkan kelas ni kerana kelas belakang, tp kami pelajar kelas ini dah membuktikan sesuatu..kami berjaya menang banyak pertandingan dalam minggu matematik, membuat sandwich (kh),menulis esei sains, kelas terbersih beberapa minggu, dan pelbagai lagi..rasa sangat seronok jika dapat kembali semula ke waktu itu..aku rindu pada korang semua dan kenangan masa kita darjah enam..khairi, rizal, amylea, yushairi, liyana, anura, dan semua pelajar Tahun 6 Raya 1998. Jika korang terbaca blog aku ni sila lah contact aku ye...Aku juga ingin berterima kepada semua cikgu yang telah mengajar aku sehingga berada pada tahap ini..tidak kenal erti penat, mengajar dari pagi sampai ke kelas malam...aku pernah pergi melawat kembali ke sekolah ini. hampir kebanyakkan cikgu ketika itu sudah tiada...mungkin telah berpindah ataupun bersara...kepada adik2 yang masih belajar, hargailah zaman persekolahan anda...belajar lah bersungguh2..


Terima kasih cikgu.


p/s: nak tahu kenangan aku semasa berada di sekolah menengah???coming soon.....

2 comments:

  1. wah..teringat kenangan dulu2...kj..masa ak baca tuh ak der terperasan, der satu part tuh ko tertinggal perkataan 'kasih'..uhuh..kalu ak betoi la...

    ReplyDelete
  2. a'ah la...saja nak tgok ko baca sampai habis atau tak hahaha (cover line)...tq2

    ReplyDelete