Saturday, December 18, 2010

Jom sokong Malaysia…

Malam ini….

Stadium My Dinh di Hanoi, Vietnam bakal menjadi saksi sama ada pasukan bola sepak Malaysia berjaya atau tidak melayakkan diri ke pentas akhir Piala AFF Suzuki 2010

Seterusnya menamatkan badi separuh akhir selepas 14 tahun

Di stadium tersebut malam ini, skuad negara akan berdepan Vietnam untuk meneruskan aksi separuh akhir kedua setelah Malaysia menang 2-0 pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

Jom sokong skuad negara…sesiapa yang ada duit lebih…sila tempah tiket kapal terbang ke Hanoi sekarang =)….Semoga skuad negara berjaya melangkah ke final dan terus menjulang trofi itu…. Dan keesokkannya pasti dapat cuti umum kan?? HAHAA


bola itu bulat....macam-macam boleh jadi sehingga wisel penamat

p/s: Adakah pasukan malaysia akan memakai jersi biru lagi malam ini??? Jersi kuning kan tidak bawa tuah…klik sini

No comments:

Post a Comment