nak ikut.....

Wednesday, December 15, 2010

Jersi kuning tak bawa tuah….

Jersi biru atau jersi kuning???



Warna jersi mempengaruhi ke corak permainan pasukan Malaysia???

Suratan atau kebetulan???

Pada dua aksi Kumpulan A sebelum ini, Malaysia menggunakan jersi kedua berwarna biru dan berjaya mengikat Thailand 0-0 dan membelasah Laos 5-1. Ketika mereka menggunakan jersi kuning pada aksi pertama menentang Indonesia, skuad negara dibelasah 5-1.

Maka, untuk menentang pasukan Vietnam pada separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini,pasukan Bola sepak Malaysia akan menggunakan jersi berwarna biru.. Harap warna biru membawa tuah kepada pasukan Negara lah….

Namun kata jurulatih Vietnam, Henrique Calisto "Kalau Malaysia pakai jersi biru, biarlah kami pakai jersi kuning."…Tajam sungguh seloroh beliau!!! hahahah

Tapi betul ke warna mempengaruhi seseorang atau pasukan??? Kawan aku yang pernah pergi ke seminar Rahsia Tarikh Lahir, Dr Azizan Osman,(korang kenal tak???) kata tarikh lahir mempengaruhi warna dominan seseorang….Dan hasil daripada kiraan kawan aku tu terhadap tarikh lahir aku, aku sesuai warna biru dan merah… Patut la kebanyakkan baju aku warna biru dan merah…Warna bawa tuah tu hahahha

p/s: Jom sokong pasukan bola sepak Malaysia malam ini…

2 comments:

man yusoef said...

tapi design baju Msia wrna kuning tak LAWA!!!..sape design..haha

KJ-kun said...

hahaha simple kan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...