nak ikut.....

Thursday, December 16, 2010

Ada apa dengan Planet Nibiru??

Kecoh!!!

Ramai yang memperkatakan mengenai kewujudan Planet Nibiru kebelakangan ini…

Mereka merasa risau apabila ada ramalan kiamat akan berlaku apabila planet itu melanggar bumi pada 2012..

Kenapa perlu risau??

Bukankah umat Islam wajib mempercayai kedatangan hari kiamat??? Semua itu kan ketentuan Allah SWT dan bukannya ramalan tukang tilik.

Cuba bayangkan, kalau benar planet itu akan melanggar bumi pada 2012…apa akan kita buat?? Berhenti kerja dan sentiasa duduk di atas tikar sembahyang??? Sentiasa duduk di masjid???

Dan jika sebaliknya, planet itu tidak akan melanggar bumi pada 2012….apa akan kita buat??? Terus lalai dan leka???…tinggalkan sembahyang??? Singgah masjid setahun sekali itupun masa hari raya??

Kan lebih bagus jika setiap masa melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya….maka tidak lah perlu risau bila kiamat akan berlaku kan???

p/s: Hari kiamat dan bumi musnah pasti akan berlaku seperti dijelaskan al-Quran jadi beramal ibadah lah seperti akan mati esok dan bekerjalah seperti akan hidup 1000 tahun lagi

p/s/s: Walaupun kiamat mungkin masih jauh, tapi kematian bila-bila masa boleh berlaku…sudah kah kita bersedia??

5 comments:

Iskandar Agong said...

NASA dah nafikan ni..

-me- said...

suka entry kau nie..=)
betul2x..sokong..

KJ-kun said...

iskandar agong: yup Nasa dah nafikan

Mir: thanx =)

Zulee @ Wee said...
This comment has been removed by the author.
Zulee @ Wee said...

great entry bro !

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...