nak ikut.....

Wednesday, March 19, 2014

Mereka Istimewa

“Assalamualaikum KJ, kau boleh mengajar kursus pendek tak esok??”

“Waalaikumusalam....Kursus apa??”

“Kursus komputer… Kau ajar lah 3 orang lagi pensyarah….sebab ada dalam 40 orang, guna dua makmal komputer”

“Aku cuba cari pengajarlah kalau ada….tapi dia nak kursus apa?? Kursus komputer banyak..”

“Ini budak-budak sekolah sahaja…cikgu dia kata nak yang slide-slide je…ajar yang asas-asas”

“Kalau macam tu aku ajar powerpoint je la eh”

“Okay”

Keesokan harinya…. Hari dimana aku dan 3 orang lagi rakan sekerja perlu bertugas untuk mengajar kursus pendek…. Aku berpasangan dengan Puan Fadilah….tetapi aku yang kena lead kelas dan Puan Fadilah jadi assist….

Aku memang tiada masalah untuk mengajar kursus pendek kepada komuniti setempat, lebih-lebih lagi kepada pelajar sekolah…aku memang suka, sebab golongan kanak-kanak dan remaja ini aku senang hendak menarik perhatian mereka dan hendak berlawak….Aku tidak suka kelas yang terlalu serius…. nanti kejap sahaja sudah hilang tumpuan… Dan kali ini aku kena mengajar sekolah STMI…. Ada dalam 17 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring…. Dalam 17 orang pelajar itu, seorang pelajar perempuan…

Dan seperti biasa, sebelum aku memulakan kelas, aku cuba mengenali audiens aku…. Umur dan karakter mereka…supaya aku boleh selaraskan dengan gaya penyampaian aku….

“Berapa umur ye….kalau dari rupa….abang boleh panggil sebagai adik”, tanya aku…

Maka, riuhlah kelas itu dengan suara pelajar-pelajar tersebut yang memaklumkan umur mereka…

“Okay-okay siapa paling tua? Berapa umur?”, tanya aku

“21 tahun”, kata seorang pelajar sambil mengangkat tangan

“Aik….umur 21 tahun? Paling muda pula??”, tanya aku lagi

“13 tahun”, jawab seorang pelajar yang paling kecil

“Kalau macam tu, umur abang 12 tahun”, balas aku selamba.

Kelas menjadi riuh dengan gelak tawa mereka. Dan dari situ aku mendapat tahu, yang aku boleh menarik perhatian pelajar-pelajar tersebut…..

“Okay…boleh kita mulakan kelas?”

“Boleh”, sahut mereka bersama

“Tapi kita nak belajar apa?? Word?? Excell?? Power Point?? Video??”

“Belajar gamela abang”, jawab seorang pelajar.

Aku tergelak….. Seronoknya kalau aku dapat jadi Pensyarah Game heheh

“Game mana boleh…Kita belajar powerpoint eh…..”

“Okay abang”

“Mula-mula tekan menu start…kemudian cari aplikasi powerpoint”

Tetiba seorang cikgunya datang menghampiri aku……

“Encik, sebenarnya pelajar-pelajar ini tidak tahu membaca….mereka lemah dalam pembelajaran seperti menulis, mengeja, mengira dan sebagainya….walaupun mereka dari luar nampak normal sebenarnya mereka banyak kekurangan….yang encik cakap powerpoint, menu start mereka tidak faham”

Aku rasa seperti dipanah…..serius aku tidak nampak mereka mempunyai kekurangan…aku nampak mereka semua sempurna……dari awal masuk kelas, mereka hormat pada aku….berminat untuk belajar dan memberi respon….

“Sebab itu kami semua ada….sebab kalau kami tiada mereka akan menjadi pasif dan diam sahaja”, sambung cikgu itu lagi

Selepas itu, aku mengubah cara pengajaran aku….dan Alhamdulillah pelajar-pelajar tersebut dan cikgu-cikgunya berpuas hati dengan apa yang aku ajar….Walaupun, kali ini aku tidak dapat melihat komen peserta kursus aku dari borang kaji selidik sebab mereka semua tidak pandai menulis…tetapi dari segi tindakbalas mereka aku faham masa 4 jam perjalanan kursus itu tidak mencukupi bagi mereka…. Aku harap dapat mengajar mereka dalam kursus yang lain…Aku rasa sangat seronok mengajar mereka.


Nota kaki kanan:  Walaupun mereka mempunyai kekurangan, tetapi mereka mempunyai adab-adab ketika menuntut ilmu. Itulah keistimewaan mereka

Monday, March 10, 2014

Bengkel Kejurulatihan

Sebenarnya pada 5 dan 6 Mac yang lepas, aku baru saja balik dari Bengkel Kejurulatihan di Taman Botanikal, Melaka.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkasakan pasukan kepimpinan pelajar yang terdiri daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi (PRiSS).. Di sebabkan aku penyelaras PRiSS dan rakan sekerja aku, En. Saifol penyelaras JPP…Maka kami perlu turut mengiringi pelajar ke Bengkel Kejurulatihan tersebut.

Kami bergerak ke Taman Botanikal tersebut pada jam 9.00 pagi dengan bas kolej. Sampai sahaja di sana… kami perlu berjalan kaki lebih kurang sejauh 100 meter kerana bas tidak boleh memasukinya… jalan agak sempit. Ada yang terpaksa mengangkat toto, selimut dan sebagainya.

Sampai saja ditempatnya,kami diberikan sedikit taklimat mengenai keselamatan….dan diteruskan dengan aktiviti pertama iaitu Sesi Pengenalan…. Mereka semua di minta untuk membuat satu bulatan besar, dan memperkenalkan diri masing-masing dengan menggunakan pembesar suara… Disebabkan kebanyakan daripada mereka adalah pelajar baru dan pertama kali kena berucap di hadapan orang ramai….Pelbagai ragam dapat diperhatikan hehehe….. ada yang bercakap pandang langit saja, ada yang menyorok belakang kawan, ada yang malu-malu…ada yang tidak kedengaran suara walaupun sudah pakai pembesar suara… Mungkin ini pengalaman pertama mereka….Harap selepas ini, mereka semua menjadi pemimpin yang berani menyuarakan pandangan mereka….

Aktiviti diteruskan dengan sesi berkenalan antara mereka…mereka dikehendaki berkenalan mengikut warna kegemaran, bulan lahir dan sebagainya…. Yang aku tidak tahan apabila fasilitator memberi arahan berikut,

“Anda di minta duduk dalam kumpulan dan berkenalan berdasarkan warna kulit anda”

Berkeliaran la mereka mencari kumpulan dalam masa yang ditetapkan… ada yang mengaku putih, ada yang mengaku tidak hitam sangat….ada yang mengaku hitam manis hehe

Selepas sesi tersebut, mereka di kehendaki membuat nama, carta organisasi dan bendera kumpulan. Dan akhirnya dibenarkan makan, masuk ke dalam bilik untuk meletak barang dan berehat.. Sesi seterusnya iaitu jungle trekking dilakukan selepas solat zohor.


Apa yang menarik bagi aku mengenai jungle trekking ini ialah ia berbeza dengan kem-kem yang pernah aku sertai sebelum ini….di mana ketika sampai check point tertentu di dalam jungle trekking ni, fasilitator meminta beberapa orang pelajar membuat pengucapan awam….. dan yang paling seronoknya mereka perlu merentas kolam selut yang agak berbau…. Kebiasaannya, kalau kem-kem lain….aku sebagai pensyarah pengiring terpaksa buat sekali aktiviti tersebut…mujur kali ini aku ada alasan

“Erk saya tidak boleh masuk air tu, sebab saya pegang kamera”

Laju je aku memberi alasan….hehe…Kalau dipaksa masuk pun, aku akan berfikir panjang…fikir 1000 kali kot..sebab air itu agak berbau, sebab sudah lama tidak musim hujan….jadi air itu bertakung disitu sahaja heheh
Kemudian diteruskan dengan aktiviti halangan (obstacle), oh ni pun antara aktiviti yang aku suka…tetapi tidak banyak halangannya….pelbagai gelagat dapat di perhatikan, ada yang jatuh….ada yang mengelat untuk bergayut… ada yang tergelincir hehehe….. Dan dihujungnya, mereka semua direndam di dalam kolam yang agak berbau hehe…. Aku yang berdiri 5 kaki dari pelajar aku pun boleh bau yang “wangi” melekat pada mereka hehe…habis lah mandi nanti kena sental badan bersih-bersih.

Aktiviti malam diteruskan dengan pembentangan carta organisasi, bendera setiap kumpulan dan pengucapan awam…ia turut diselitkan dengan kata-kata motivasi…. Dan hujung sekali, aktiviti yang ditunggu-tunggu…..iaitu Night Walk….

Laluan yang perlu dilalui, tidak lah panjang mana….tetapi sangat gelap dan hanya diterangi sinaran bulan sahaja…. Pelajar dilepaskan secara seorang demi seorang….. ada yang sudah gerak tetapi patah balik… ada yang mengaku lemah jantung lah…semput, dan sebagainya….tiba-tiba semua penyakit keluar malam itu…. Pelajar dilepaskan dalam jarak 5-10 minit antara setiap orang bagi melalui jalan yang gelap tu…. Yang bertambah menariknya apabila, beberapa orang fasilitator menyorok di sebalik pokok sepanjang perjalanan itu bagi mengacau…. Kami yang sedang menunggu untuk perlepasan ini, akan mendengar la beberapa jeritan pelajar yang terlebih dahulu melalui jalan tersebut heheh…. Dan apabila semua pelajar sudah melalui jalan tersebut dan berkumpul di satu tempat, aku dengar mereka bercerita dengan semangat kepada aku… ada yang menangis…ada yang menjerit…ada yang berlari…ada yang sesat… dan ada juga yang bersilat hehe…..tetapi bagi aku, Ini sebenarnya untuk menguji keberanian pelajar tersebut

Malam itu berakhir disitu….aku melihat jam hampir 2.30 pagi….tetapi rupanya malam itu ada lagi satu tugasan baru…. Mereka perlu berjaga secara bergilir-gilir bagi menjaga keselamatan semua… bagus juga idea ini…kita boleh lihat, siapa yang mementingkan diri dan siapa yang sanggup bertolak ansur…. Dalam keadaan kesemuanya kepenatan….

Keesokan paginya, dimulai dengan senaman pagi……dan diselitkan juga dengan aktiviti “free fall”, di mana pelajar perlu menjatuhkan dirinya dan disambut oleh rakan-rakan yang lain…. Disini, di tanamkan sifat kepercayaan kepada rakan. Dan seterusnya adalah aktiviti Robot… di mana seorang pelajar dalam setiap kumpulan akan ditutup mata, dan ia perlu menerima arahan daripada ahli lain dalam kumpulan untuk sampai ke hujung laluan yang dipenuhi dengan halangan…. Disini, pelbagai ragam lucu dapat dilihat hehe….



Akhir sekali, aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar iaitu aktiviti paint ball…. Memang seronok…yang ni aku tidak lepaskan peluang, walaupun aku pegang kamera hahah…. Inilah pengalaman pertama aku main paintball….sangat seronok…dan lagi “seronok” apabila badan lebam-lebam hehe…



Itulah secara ringkas aktiviti semasa Bengkel Kejurulatihan….Rasa tidak puas 2 hari 1 malam…

Thursday, March 6, 2014

Aku Terkena

Terkena aku!!!

Kebiasaannya aku hanya mengetahui peristiwa seperti ini di dalam facebook sahaja…

Tetapi….tadi terkena ke atas batang hidung aku sendiri….

Sebelum ini, aku ada terbaca di dalam facebook mengenai penyelewengan jurujual di pam minyak…
Mereka beroperasi dengan menekan nilai untuk pam minyak tidak sama dengan bayaran…. Contohnya kita hendak mengepam minyak sebanyak RM 10…..maka kita membayar RM 10, tetapi jurujual tersebut akan menekan kurang daripada nilai tersebut…sama ada RM 9, RM 8 atau sebagainya….. Jika kita jenis menuang minyak tanpa menengok bacaan pada pam minyak….kita tidak akan sedar di tipu… Begitu juga jika kita jenis orang yang menunggu di dalam kereta dan membiarkan pekerja pam minyak itu sendiri mengisikan minyak ke dalam kereta kita…. Maka kita juga akan tertipu.

Petang tadi aku ingin mengisi minyak ke dalam kereta aku, Miss Vivi di satu stesen pam minyak…. Aku pergi ke kaunter, dan minta untuk mengisi minyak sebanyak RM 10….Aku memberi dua keping RM 5 kepada jurujual tersebut dan kembali ke kereta….Aku menuang minyak ke dalam kereta aku…. Aku perhatikan bacaan pada pam minyak tersebut bergerak dan berhenti di RM 2…. Tiada minyak keluar lagi…

Aku tidaak berpuas hati….aku pergi semula ke kaunter bayaran dan aku bertanya kepada jurujual itu tadi

“Eh tadi saya bayar RM 10….tetapi kenapa hanya RM 2?”

“Eh kamu bayar RM 2 tadi”

“Eh mana pulak….apahal saya nak isi minyak kereta RM 2 je….lain la kalau saya naik motor..”

“Betul kamu bayar RM 2”, sambil mengomel

“Kalau tidak percaya, kamu check CCTV kamu”, balas aku dengan yakin

“Yela”, sambil terus tekan skrin komputernya untuk menambah nilai minyak sebanyak RM 8 kepada aku.

Aku terus keluar ke arah kereta aku, dan mengisi baki minyak….



Nota kaki kanan: Berhati-hati lah….sekarang ini banyak orang menggunakan penipuan untuk mengaut keuntungan dengan cepat

Nota kaki kiri: Dalam cuaca yang panas sekarang ini….ditambah dengan kekurangan bekalan air… ramai orang cepat naik minyak!!!

Saturday, March 1, 2014

Lahir setiap minit….

Wow!!!!

Jumlah rakyat Malaysia sudah mencecah angka 30 juta orang, atau lebih tepat lagi 30,001,710 orang pada pukul 5 petang semalam.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan…. Jumlah rakyat Malaysia kini telah meningkat tiga kali ganda berbanding tahun 1963 iaitu hanya 6.3 juta orang… Jumlah tersebut berdasarkan kajian  dan perangkaan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mengikut jangkaan kadar kelahiran seorang pada setiap minit..

Kawan-kawan aku pun ramai yang sudah melahirkan anak pada tahun lepas…. Rasa happy aku sudah menjadi uncle heheh…. Dulu aku asyik menyediakan hadiah kahwin je, kali ini kena menyediakan hadiah untuk bayi yang baru lahir hehe….

Nota kaki kanan: Kepada pelajar lepasan SPM yang tidak tahu ke mana hendak menyambung pelajaran, apa kata sambung di Kolej KomunitiLedang… Ada empat kursus Utama

a)      Sijil Pastri
b)      Sijil Akauntansi
c)       Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
d)      Sijil Kenderaan Ringan


Pengambilan terbaru 5 Mac 2014 ini….Tidak sabar jumpa pelajar-pelajar baru heheh


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...