nak ikut.....

Thursday, June 30, 2011

Bangun Pagi…

Sejak dari isnin lepas aku dijangkiti satu penyakit iaitu penyakit bangun awal pagi….Dah empat hari berturut-turut aku terbangun sebelum azan subuh berkumandang…selalunya payah untuk aku bangun kalau hanya tidur 4-5 jam….syukur juga kerana sekarang kerap mendengar azan subuh di pagi hari… amat mendamaikan!!!!

Aku rasa…aku tahu kenapa aku kerap bangun awal pagi minggu ini… terutamanya hari ini!!!

Mungkin kerana minggu ini adalah minggu terakhir aku bekerja di syarikat ini…. Malam tadi hampir setiap jam aku terbangun dan terus melayari internet…. Aku bukan gila!!! Aku buka lawan web cimbclick.. hendak semak sama ada gaji aku sudah masuk atau tidak… Kalau tidak masuk lagi, mungkin aku akan batalkan niat aku untuk berhenti kerja hari ini…. Pukul 12 tepat aku semak…belum masuk lagi… Jadi aku tidur la…kemudian aku terbangun pada pukul 1 pagi, semak...masih belum masuk lagi… kemudian tidur balik….begitulah keadaan aku untuk jam 2 pagi sehingga 4 pagi…. Sampailah pukul 5 pagi, aku semak sudah masuk…terus tidak boleh tidur semula HAHAHA…..

Sekarang hanya tinggal lagi satu saja tugasan… iaitu hantar surat berhenti kerja.. Sedih juga hendak tinggalkan kawan-kawan di syarikat ini… tapi aku memikirkan yang aku tiada masa hadapan di syarikat ini… baik aku cari lain…. Rezeki bukan ditentukan oleh syarikat tetapi Tuhan!!

Harap semuanya berjalan dengan lancar!!! Taknak lah jadi seperti ini :-

Aku: Bos, hari ini saya hendak ber… ber… ber..

Bos: BER…. Apa???

Aku: Bekerja dengan lebih semangat lagi hehe

p/s: Aku akan merindui sahabat-sahabat aku di syarikat ini…. Walaupun kita akan jarang berjumpa lagi selepas ini…. Tapi kita masih boleh berhubung lagi…apa gunanya telefon yang mahal??? Hahah

Monday, June 27, 2011

Kepada semua ex-SK AU Keramat…

Hari ini aku baca surat khabar Kosmo…aku terjumpa berita mengenai sekolah rendah aku, SK AU Keramat…

Rupanya, telah diadakan satu perjumpaan semula bekas-bekas guru dan pelajar SK AU Keramat… Tapi kenapa aku tidak tahu??? Nampak sangat aku tak penting dan tidak popular di sekolah itu hahahha

Perjumpaan itu diadakan sempena ulang tahun ke-20 sekolah itu…. Kira sekolah itu lagi muda dari aku…..hahah..Aku rasa aku batch ke-3 kot….Aku masuk tahun 1993, darjah 1 kemboja, 2 dahlia, 3 hingga 5 cempaka dan 6 Raya…. Banyak kenangan yang aku tidak dapat lupakan di sekolah itu, termasuk lah kisah cinta pertama aku…cinta monyet hehehheh

Pada perjumpaan itu, bekas guru dan pelajar SK AU Keramat telah bercadang untuk mengadakan majlis makan malam pada bulan Disember nanti.Sehubungan itu, sekretariat yang dilantik berharap lebih ramai bekas guru dan pelajar sekolah itu menyertai majis tersebut. Mereka yang berminat boleh menghubungi Cikgu Wan Salahudin 019-2623784 atau Intan Syafinaz 019-3480968…. Jadi jom ramai-ramai kita menyertai majlis itu…rasanya buat tema “back to school” paling sesuai… aku nak pakai baju sekolah rendah dan sikat rambut ke tepi hahahha

P/s: rindunya pada cikgu-cikgu aku!!! Nak sangat ucap terima kasih kepada semua cikgu aku, kerana cikgu lah aku berjaya seperti ini….

Wednesday, June 22, 2011

Hendak kahwin percuma???

“Biar betul boleh kahwin percuma?? Masuk tandas pun kena bayar sekarang ini”

“Betul kalau tahu caranya!!!”

“Ke maksud kau kahwin je dulu, nikah nanti-nanti…seperti kebanyakkan remaja buat masa kini??”

“Ish ke situ pula…ni kahwin siap nikah la…yang mengikut syariat islam”

“Macam mana caranya???”

Anda hendak tahu juga???

Senang saja!!! Anda hanya perlu buat satu karangan…”kenapa anda suka blog ini”…dan pemenang akan di taja oleh aku hehehe…Ish bukan lah…aku sendiri pun tidak cukup duit nak kahwin, ni nak taja orang lain kahwin pula hahah… aku hanya harap pada duit iklan nuffnang je ni, cukup duit iklan aku kahwin la hahaha (rajin-rajin la klik iklan-iklan yang ada di blog ni ye HAHAHAH)

Sebenarnya anda boleh kahwin percuma jika anda memenuhi SEMUA syarat ini :-

a) Siapkan karangan bertajuk “Kenapa saya layak dipilih…..” tidak kurang daripada 300 patah perkataan selewat-lewatnya sebelum 17 Julai ini.

b) Terbuka hanya kepada mana-mana pasangan yang BELUM PERNAH berkahwin… Jadi kalau yang hendak berpoligami, anda tidak layak….Tetapi kalau anda hendak kahwin sekali 4 terus, anda mungkin perlu hasilkan 4 karangan yang bagus la heheheh

c) Pendapatan tidak melebihi RM 1500 sebulan.

d) Salah seorang daripada pasangan itu, perlu berusia tidak kurang daripada 21 tahun dan bermastautin di Kuala Terengganu.

Ini adalah sempena program My Idol, Raja Sehari 1Malaysia, 1 Pasangan anjuran UMNO Bahagian Kuala Terengganu. 10 pasangan bertuah (8 pasangan Melayu / 1 pasangan Cina dan India) akan dipilih dan di taja majlis perkahwinan mereka serta mendapat wang saku sekurang-kurangnya RM 5000… Setiap pasangan akan diberikan satu khemah khas dan mereka juga dibenarkan menghantar jemputan kepada 1,000 tetamu bagi memeriahkan majlis Majlis akad nikah untuk program ini akan diadakan pada 16 September 2011 di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam manakala jamuan rakyat yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pula akan diadakan di Dataran Shahbandar di sini sehari kemudiannya.

p/s: Semua syarat aku cukup KECUALI……kena cari awek Kuala Terengganu la hehehe

Tuesday, June 21, 2011

Ubah Selera…

Aku ni hantu milo…pergi mana-mana mesti hendak pesan air milo…tidak kira lah kedai mamak atau kedai makanan segera…. Tapi aku tak kan beli air milo kat pasar malam…mesti bukan milo tapi selain dari itu (klik sini…ada kisah pasal milo)….itu yang aku benggang!!!

Hendak di jadikan cerita, aku selalu sarapan kat satu kedai ini sebab harga dia berpatutan dan banyak pilihan…. Aku mesti pesan air milo, sampai tukang buat air, waiter dan tauke kedai dah cam muka aku.. muka hantu milo… belum aku duduk kat meja makan, waiter dah jerit kat tukang buat air….milo ais satu!!! Aku tersenyum je… Kira diorang ni prihatin dengan pelanggan setianya ini hahaah

Dan hari ini aku pergi sarapan seperti biasa di kedai makan yang sama…. Aku baru melangkah masuk ke kedai makan itu… dengan dimulakan dengan langkahan kaki kanan lagi hehe… aku pergi kat tempat makanan… tengok lauk-lauk yang ada…sambil tu aku jeling ke tempat orang membuat air… aku perhatikan tukang buat air sedang buat milo air… aku tersenyum je…

Tetiba waiter tanya….

“Abang nak milo ais kan??”

“Tak lah…hari ini hendak ubah selera…bagi Nescafe suam”…aku tersenyum dalam hati…

“Nescafe suam satu”, jerit waiter tu…

“La selalu abang tu hendak milo ais, dah buat ni…”, jerit tukang buat air

Aku hanya ketawa saja…

~customer is always right~

p/s: Lepas ni hendak minum susu lah…baru kulit aku cerah sikit…ni tidak, dah sama je warna dengan Milo hehhe

Monday, June 20, 2011

Aku sudah kurang minat balet….

Aku mula suka tengok tarian balet selepas aku menonton filem “black swan” lakonan Natalie Portman.. Bagi aku, semasa menonton filem itu…terasa aura baletnya…sehingga aku teringin untuk turut serta menari balet bersama Natalie Portman… Kalau tidak percaya…cubalah tengok filem tu… terlalu psiko sangat file mini…sampai habis cerita pun aku kurang faham jalan ceritanya heheheh

Tapi apabila aku tengok gambar ini…

Minat aku terhadap balet mula kendur hahaha…Seorang datuk berusia 91 tahun, John Lowe yang pernah berkhidmat sebagai askar Britain di Malaya dulu kini menjadi penari balet yang paling tua di Britain..

p/s: Rupanya askar ini, luar je nampak garang dan ganas…tapi dalamnya ada kelembutannya…dalam hati ada taman la hahah

p/s/s: Macam mana eh askar bercinta???

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Ayah… Bapa… Papa… Abah… Daddy… dan sebagainya

kerana abah aku disini

kerana abah aku gembira

kerana abah kuterasa bahagia…

engkau semangat ku

engkau penawarku

Selamat Hari Bapa!!!

(Sepatutnya setiap hari kita perlu menghargai pengorbanan ibu bapa kita…)

p/s: Bagi yang masih mempunyai ayah, maka hargailah dan sayangilah ayah anda….Bagi yang telah tiada, maka doa anak yang soleh sentiasa hidup bersama roh mereka di sana…

p/s/s: terima kasih juga kepada encik idris yang sudi menjadi ayah angkat aku!!!

p/s/s/s: aku tidak boleh membaca entri kawan aku ini,sedih….kerana aku terlalu mengenali dia dan ayahnya…

p/s/s/s/s: Tetiba terasa hendak menjadi ayah!!!

Friday, June 17, 2011

Amannya Malaysia….

Keamanan pun ada indeks tau….

Indeks Keamanan Antarabangsa (GPI) tahun ini telah mengiktiraf Malaysia di tangga ke-19 sebagai Negara paling aman di dunia, tangga TERATAS di peringkat Asia Tenggara, manakala tangga KEDUA di seluruh Asia. Jadi kita perlu bersyukur hidup di sebuah Negara yang aman… Hendak makan pun senang!!!

AMANNYA.....boleh bergelak ketawa depan KLCC... :)

AMANNYA....boleh main sorok-sorok di taman KLCC :)

AMANNYA....boleh baca akhbar di mana-mana seperti di KLCC hahah

p/s: Marilah kita sama-sama mengekalkan dan mempertingkatkan tahap keamanan yang telah dimiliki ini.. Bersyukurnya aku hidup di bumi Malaysia ini

p/s/s: Negara mana eh paling aman sekali???

p/s/s/s: Negara Singapura pun berada di tangga ke-24… motif banding dengan singapura hehe

Thursday, June 16, 2011

Berita paling sedih!!!

Ketika aku membaca akhbar Kosmo secara online tadi….mata aku tertarik dengan berita ini…

Aku tidak tahu sama ada aku hendak bersedih atau bergembira….

Tapi yang pasti, semasa aku membaca berita ini, aku ketawa sampai keluar air mata jantan aku…. Kira Tawa dalam tangisan la hahahha…

Yang kelakarnya, pada bahagian di mana…semasa lelaki itu merogol wanita tua itu, dia boleh berhenti melakukan hubungan seks untuk berehat….

Perogol: “Chop, makcik!!! Kita berhenti dulu, saya penat hendak berehat dulu…saya kurang sihat”

Wanita tua: “Makcik pun hendak berehat juga…Penat!!! Makcik kan dah tua!!!”

Bahagian kedua yang kelakar. Ialah di mana perogol itu hendak menyambung kembali perlakuan terkutuk itu….

Perogol : “Ok makcik, cukup lah berehat 10 minit je tu…jom sambung balik”

Wanita tua: “Makcik dari tadi duduk sini je….tak gerak pergi mana-mana pun”

Ini lah berita paling sedih...kerana telah berjaya mengeluarkan air mata aku!!!

*dialog diatas adalah imaginasi aku…tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia…hehe

p/s: Aku kalau bab 18 sx ni, imaginasi terlalu tinggi, sampai boleh membuat bayangan sendiri hahaha

p/s/s: Ni kira entri aku lucah ke???

p/s/s/s: Patutlah aku pernah membaca satu artikel yang mengatakan, hubungan seks boleh diumpamakan seperti bersenam…memenatkan!!! Jika hubungan seks secara halal umpama jogging… rileks tetapi menyihatkan… Manakala hubungan seks secara haram umpama berlari 100 meter… memenatkan dan tergesa-gesa…HAHAAH!!!

p/s/s/s/s: Semoga kita mati dalam keadaan dimana ketika kita melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya..

Tuesday, June 14, 2011

Aku malu dengan Tony Blair

Tony Blair…. Satu nama yang tidak asing!!! Semua orang mengenalinya!!!

Beliau merupakan bekas Perdana Menteri Britain….

Dan beliau merupakan seorang penganut ajaran Katholik…

TETAPI beliau membaca kitab suci umat Islam, Al-Quran pada setiap hari walaupun hanya sekadar terjemahannya…

DAN Aku…

Seorang yang mengaku dirinya beragama islam…. Yang kadang-kadang terleka dengan kesibukan dunia ini… tertinggal untuk membuka dan membaca Al-Quran dalam sehari…

Aku malu dengan Tony Blair!!!

p/s: Al-Quran sekarang lebih menjadi perhiasan di rumah, berbanding menjadi bahan bacaan dan rujukan..

p/s/s: Aku perhatikan sekarang ramai orang yang beragama islam, hanyalah islam pada kad pengenalan saja dan diwarisi daripada ibu bapa… semoga diri aku dan umat islam dilindungi daripada sebarang godaan dan sentiasa di bawah keredhaan-Nya…

p/s/s/s: "Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."

Wednesday, June 8, 2011

Dalam sehari aku dapat lebih RM 10 000!!!

Wah gembiranya aku…

Macam tidak percaya!!!

Aku sudah jadi OKB….Orang Kaya Baru…. Hanya dalam tempoh kurang daripada 24 jam

Kerana entri ini….aku mungkin boleh dapat lebih RM 10 000…kalau ia boleh menjadi realiti

Aku tengok statistik….ramai yang membaca entri itu…

Tidak tahulah sebab apa???

Sama ada suka aku bodoh atau ingat aku kutuk “KJ” lain kot hehehe (Maaf aku tidak minat politik!!!)

p/s: Aku tidak suka orang tag gambar pegang duit dekat facebook aku!!!

Tuesday, June 7, 2011

KJ bodoh???

Siapa berani panggil polis bodoh??? Angkat tangan!!!

Aku??? Tidak berani sama sekali!!!

Yela, gara-gara memanggil seorang angota polis, Konstabel Mohd Hafifi Ali (bukan nama sebenar) dengan gelaran bodoh, Nur syafa watiha wahab (bukan juga nama sebenar HEHEHE) dikenakan denda Rm 50 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah…

Ketika itu, Konstabel Mohd Hafifi menahan Nur syafa kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal…. Bagi aku lah, daripada dia kata polis itu bodoh semasa dia di tahan… lebih baik dia merayu dan berjanji akan memakai topi keledar kemana sahaja dia pergi selepas ini…termasuk pergi tandas heeehe… yela mungkin polis itu akan lepaskannya, dan beri peringatan sahaja…. Ini tidak, kata polis itu bodoh…terus la polis itu jadi panas dan bengang…terus la di dakwa kerana tidak memakai helmet dan mengata polis bodoh…. hahaha

p/s: Kalau ada orang panggil aku bodoh, boleh ke aku dakwa mereka dan dapat Rm 50??? Kalau boleh, aku hendak dakwa anda semua sebab awal-awal masa baca tajuk entri ni dah kata aku bodoh….

p/s/s: Janganlah ada 40 orang baca entri ini….silap-silap, betul-betul bodoh nanti….TIDAK!!! heheh

Friday, June 3, 2011

Perkara paling berani…

Apa perkara paling berani yang pernah anda buat???

Aku cuba untuk ingat kembali, perkara yang paling berani pernah aku buat….mungkin ketika pergi ke Genting Highland kot… Aku ni seorang yang takut….eh silap fobia (baru nampak macam jantan sikit hahah) pada tempat tinggi…. Mesti gayat dan menggeletar lutut aku ni….

Nak di jadikan cerita, kali pertama aku pergi ke genting highland adalah bersama dengan keluarga aku… ketika itu, saja meraikan adik aku yang habis mengambil peperiksaan PMR….jadi semua permainan yang mencabar seperti roller coaster dan space shoot aku tidak main… boleh bagi alasan aku menjaga adik aku yang paling kecil hehehe…. Nampak macam abang yang sungguh baik kan?? Padahal takut heheh Kalau tidak silap aku, aku hanya main mini go kart tu je hahaha

Selepas itu, berkali-kali aku pergi ke genting highland bersama dengan kawan-kawan pula… Macam-macam alasan aku reka supaya aku tak main permainan yang mencabar tu…. Tapi biasa lah, kalau pergi dengan kawan-kawan, ego mengatasi segalanya hahaha… Bila aku tak main sesuatu mainan itu, aku dikutuk.. Aku ni dah lah pantang di cabar heheh

Aku ingat lagi, ketika pertama kali aku main space shoot…. Punya lah aku cengkam pemegangnya erat-erat…masa tu lah baru nak ingat Tuhan… mengucap, selawat dan macam-macam surah aku baca…. Kira masa tu, aku lah paling alim…kalah ustaz amirul… nasib baik ketika itu kawan aku tidak duduk di sebelah aku…. budak cina yang duduk disebelah aku…dia bukan faham apa yang aku sebut…mungkin dia ingat aku cakap sesuatu yang teruja hahaha… tapi memang pertama kali main agak menyeramkan…tapi bila dah cuba sekali…menjadi ketagih pula untuk bermain berkali-kali hehhe….

Selain dari space shoot, aku takut juga nak main corkscrew pada mulanya…. Seram tengok terbalik sana, terbalik sini…. Tapi lagi sekali, bila sudah keluar dengan kawan…kalau aku berjaya mengelakkan diri… aku terlepas la…tapi selalunya aku gagal untuk mengelakkan diri hahahh… dan aku tahu kat corkscrew ni ada kamera yang akan ambil gambar kita untuk kenang-kenangan… jadi aku kawal baik punya, supaya muka aku tidak nampak takut hahahah…. Aku ingat lagi, dah lah ketika itu aku takut…tapi disebabkan ego dan berlagak punya pasal…. Aku tengok orang depan main corkscrew sambil angkat dua tangan ke atas… aku pun nak ikut juga angkat…konon berani!!!! Aku angkat tangan dengan bangganya…tapi sebelah je tangan… lagi sebelah genggam erat pemegang yang kat peha tu hahaha….

Tapi bila aku dah main space shoot dan corkscrew tu, semua permainan lain kat genting highland seperti pirate ship, spinner, cyclone, bumper boat, flying dragon, rolling thunder mine train, dan sungai rejang flume ride tiada masalah bagi aku hehehe

Kira main space shoot dan corkscrew la perkara paling berani pernah aku buat hahaha

p/s: Tapi aku rasa….perkara yang paling berani aku pernah buat ialah melafazkan kata cinta pada seorang gadis walaupun aku tahu akan di tolak hahahh….kalau tak cuba, mana lah tahu kan???

Wednesday, June 1, 2011

Tersalah Potong!!!

Panas!!!

Hati aku panas…Diri aku pun panas!!!

Alkisahnya tengah hari semalam….

Sedang aku seronok melayari internet…..tiba-tiba komputer aku terpadam…aku pandang ke siling… aku lihat putaran kipas semakin perlahan…SAH!!! Bekalan elektrik terputus….

Geramnya!!!

Tapi aku masih boleh bersabar….aku cuba untuk fikir positif, mungkin ada hikmahnya….mungkin dengan tiada elektrik ini, aku boleh pergi ke kedai makan dulu….aku tidak makan sejak pagi lagi….wah tak sangka, aku ni seorang yang berfikiran positif hahaha…

Dalam perjalanan pergi ke kedai makan…aku lihat rumah-rumah dan kedai-kedai yang berhampiran dengan rumah sewa aku ini, semua ada bekalan elektrik…. Aku dalam keadaan kepelikkan!!! Tak kan lah tuan rumah sewa aku ini tidak bayar bil elektrik??? Sedangkan kalau minta aku untuk bayar sewa tepat pada masanya…. siap selalu hantar mesej peringatan kepada aku lagi untuk membayar sewa…

Aku pun mesej tuan rumah…

“Salam, kenapa dekat rumah sewa ini tiada lektrik???”

Beberapa minit kemudian, aku dapat mesej balas daripada tuan rumah….

“Maaf, TNB salah potong….sekarang dalam proses penyambungan semula….ambil masa..mungkin pukul 5 petang baru siap”

Arggghhhh!!! TNB salah potong???? Betul-betul menguji kesabaran aku didalam cuaca yang panas ini….

p/s: Aku tengah membayangkan macam mana kalau tok mudim pun tersalah potong??? Boleh sambung balik ke??? heheheh

Tahniah Salih Yaacob!!

Akhirnya berjaya juga abang salih yaacob kita melengkapkan kuota isterinya….Tahniah!! Abang Salih memang menjadi inspirasi saya dan kaum-kaum lelaki lain hehehe…

Kerana hidung dan abang salih yang ada “isi”, akhirnya Samihah Sheikh Ali selamat diijabkabulkan sebagai isteri keempat Abang salih….

Walaupun sudah mempunyai banyak kali pengalaman akad nikah, namun di khabarkan abang salih melafazkan dua kali akad nikah di depan juru nikah….Gemuruh kot abang salih kita ni hehehhe

Emi, (nama manja isteri keempat abang salih ini) menerima wang hantaran RM25,000 dan mas kahwin RM23. Sebagai tanda pernikahan itu, Salih turut menyarungkan cincin emas ke jari manis Emi.

p/s: Aku kena banyak belajar lagi. Nak dapat seorang pun susah hehehe. Abang salih wajib buat bengkel seluruh Malaysia…Pasti ramai yang datang hehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...