nak ikut.....

Friday, June 3, 2011

Perkara paling berani…

Apa perkara paling berani yang pernah anda buat???

Aku cuba untuk ingat kembali, perkara yang paling berani pernah aku buat….mungkin ketika pergi ke Genting Highland kot… Aku ni seorang yang takut….eh silap fobia (baru nampak macam jantan sikit hahah) pada tempat tinggi…. Mesti gayat dan menggeletar lutut aku ni….


Nak di jadikan cerita, kali pertama aku pergi ke genting highland adalah bersama dengan keluarga aku… ketika itu, saja meraikan adik aku yang habis mengambil peperiksaan PMR….jadi semua permainan yang mencabar seperti roller coaster dan space shoot aku tidak main… boleh bagi alasan aku menjaga adik aku yang paling kecil hehehe…. Nampak macam abang yang sungguh baik kan?? Padahal takut heheh Kalau tidak silap aku, aku hanya main mini go kart tu je hahaha


Selepas itu, berkali-kali aku pergi ke genting highland bersama dengan kawan-kawan pula… Macam-macam alasan aku reka supaya aku tak main permainan yang mencabar tu…. Tapi biasa lah, kalau pergi dengan kawan-kawan, ego mengatasi segalanya hahaha… Bila aku tak main sesuatu mainan itu, aku dikutuk.. Aku ni dah lah pantang di cabar heheh


Aku ingat lagi, ketika pertama kali aku main space shoot…. Punya lah aku cengkam pemegangnya erat-erat…masa tu lah baru nak ingat Tuhan… mengucap, selawat dan macam-macam surah aku baca…. Kira masa tu, aku lah paling alim…kalah ustaz amirul… nasib baik ketika itu kawan aku tidak duduk di sebelah aku…. budak cina yang duduk disebelah aku…dia bukan faham apa yang aku sebut…mungkin dia ingat aku cakap sesuatu yang teruja hahaha… tapi memang pertama kali main agak menyeramkan…tapi bila dah cuba sekali…menjadi ketagih pula untuk bermain berkali-kali hehhe….



Selain dari space shoot, aku takut juga nak main corkscrew pada mulanya…. Seram tengok terbalik sana, terbalik sini…. Tapi lagi sekali, bila sudah keluar dengan kawan…kalau aku berjaya mengelakkan diri… aku terlepas la…tapi selalunya aku gagal untuk mengelakkan diri hahahh… dan aku tahu kat corkscrew ni ada kamera yang akan ambil gambar kita untuk kenang-kenangan… jadi aku kawal baik punya, supaya muka aku tidak nampak takut hahahah…. Aku ingat lagi, dah lah ketika itu aku takut…tapi disebabkan ego dan berlagak punya pasal…. Aku tengok orang depan main corkscrew sambil angkat dua tangan ke atas… aku pun nak ikut juga angkat…konon berani!!!! Aku angkat tangan dengan bangganya…tapi sebelah je tangan… lagi sebelah genggam erat pemegang yang kat peha tu hahaha….



Tapi bila aku dah main space shoot dan corkscrew tu, semua permainan lain kat genting highland seperti pirate ship, spinner, cyclone, bumper boat, flying dragon, rolling thunder mine train, dan sungai rejang flume ride tiada masalah bagi aku hehehe


Kira main space shoot dan corkscrew la perkara paling berani pernah aku buat hahaha


p/s: Tapi aku rasa….perkara yang paling berani aku pernah buat ialah melafazkan kata cinta pada seorang gadis walaupun aku tahu akan di tolak hahahh….kalau tak cuba, mana lah tahu kan???

3 comments:

FaiE said...

wahh . berani . faie smpai skrg xbrany nak cube . congrats . ha3 .

kj said...

cik ros: aku sihat je...ala mcm ko x ada no hp aku eheheh

faie: cuba la skali pasti nak main banyak kali lepas tu

Ms Pearl said...

salam.

i tried those once. ohhh cukup lah :D
baru je pergi genting lagi bulan lima hari tu. the best part? semua yang mendebarkan dada I tak layan dah cukup la mingled mingled kat ground hehehehhehe usia dah tua gitew!

nice blog!
ms pearl

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...