nak ikut.....

Tuesday, June 14, 2011

Aku malu dengan Tony Blair

Tony Blair…. Satu nama yang tidak asing!!! Semua orang mengenalinya!!!

Beliau merupakan bekas Perdana Menteri Britain….

Dan beliau merupakan seorang penganut ajaran Katholik…

TETAPI beliau membaca kitab suci umat Islam, Al-Quran pada setiap hari walaupun hanya sekadar terjemahannya…


DAN Aku…


Seorang yang mengaku dirinya beragama islam…. Yang kadang-kadang terleka dengan kesibukan dunia ini… tertinggal untuk membuka dan membaca Al-Quran dalam sehari…


Aku malu dengan Tony Blair!!!


p/s: Al-Quran sekarang lebih menjadi perhiasan di rumah, berbanding menjadi bahan bacaan dan rujukan..


p/s/s: Aku perhatikan sekarang ramai orang yang beragama islam, hanyalah islam pada kad pengenalan saja dan diwarisi daripada ibu bapa… semoga diri aku dan umat islam dilindungi daripada sebarang godaan dan sentiasa di bawah keredhaan-Nya…


p/s/s/s: "Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...