nak ikut.....

Sunday, January 29, 2012

Sungai Lui Juara Lagu??

“Kau rasa lagu mana yang akan menang anugerah juara lagu malam ini??”

“Aku rasa Sungai Lui la”

“Eh kenapa kau pilih lagu tu…Selalunya apabila aku tanya orang lain, mereka akan jawab beribu sesalan ke, kisah hati ke, penakut ke atau pun sedetik lebih”

“Sebab lagu itu ikut tema”

“Tema??”

“Yelah, tema anugerah juara lagu kan air…hanya lagu sungai lui je yang bertemakan air”

“%$###@#”

Rasanya ramai sudah sedia maklum yang malam ini akan berlangsungnya anugerah juara lagu. Lagu mana yang akan menang?? Aku suka satu lagu ini…sesiapa yang naik kereta bersama aku, wajib untuk menyanyi lagu ini hahaha….Tapi aku tak nak ramal…selalu mesti tersasar haha… jadi hanya menonton saja malam ini…

p/s(i): Aku hendak ambil semangat najwa latif…walaupun orang kata lagu ‘cinta muka buku‘ tidak layak masuk peringkat akhir AJL…tetapi dia semangat untuk membuktikan lagu itu terbaik…jangan mengalah sebelum berjuang!!

P/s(ii): Harap Jac dapat nyanyi lagu kegemaran aku tu dengan baik

Friday, January 27, 2012

Aku akan buat ibu aku menangis juga nanti….

Hari ini…Jumaat…27 Januari 2012

Sepupu aku telah selamat melangsungkan majlis akad nikah petang tadi di Taiping, Perak.… Aku berpeluang duduk di sebelah imam, bukan sebagai saksi hanya untuk menyaksikan majlis itu… Rasa teramat gementar… Tetapi aku lihat sepupu aku tenang saja…Akad nikah hanya sekali lafaz je…sampai makteh aku kata:-

“Eh macam main kahwin-kahwin pula, senang je sudah jadi suami orang”

Aku pun rasa macam senang je majlis akad nikah tadi….tu yang aku terasa hendak kahwin ni….10 minit sudah selesai semua…tok imam itu siap bergurau dengan bakal pengantin lelaki lagi…tiada tanya-tanya hukum agama mahupun doa qunut macam dulu-dulu HAHAHA… Aku ni pantang kalau jumpa tok imam, tok kadi mahupun tok mudim….seram sejuk jadinya hahha…benda yang biasa baca pun, boleh terlupa nanti hahahah

Syukur sepupu aku sudah selamat jadi suami orang….kalau ikut giliran umur…giliran aku sudah semakin dekat…..Adoyai…kena cepat cari ni hahaha….Tetapi, semasa di bacakan doa selepas akad nikah tadi… aku perhatikan emak sepupu aku, iaitu mak lang aku…aku perhatikan mak lang aku mengesat air matanya…mungkin terlalu gembira, sampai menitis air mata… aku perhatikan makteh aku pula…turut mengesat air mata…aku perhatikan pula pengantin perempuan, turut mengesat air mata….Kenapa semua orang terutamanya kaum perempuan akan menangis apabila selesai akad nikah???

Kalau macam itu….aku akan buat ibu aku menangis juga nanti..tapi bukan menangis kerana kesalahan atau keburukan yang aku lakukan…tetapi aku akan pastikan ibu aku menangis kegembiraan kerana kebaikan yang aku lakukan….senang cerita, aku kahwin la…sudah pasti ibu aku akan menangis HEHHHE

Wednesday, January 25, 2012

Petua lari dari haiwan

Kecoh!!! Memang kecoh betul makcik aku!!!.. Eh silap, memang kecoh betul suasana di kampong aku sekarang ini…semuanya gara-gara lembu kaki pendek atau nama kasarnya ialah khinzir…atau lagi kasar ialah babi… hahah

Aku baru pulang dari tempat kerja tadi, tiba-tiba makcik aku memberitahu aku sesuatu ketika aku hendak makan malam di rumah makcik aku….

“Angah, tahu tak…kawasan kampong kita ni sudah kena serang dengan babi hutan”, cerita makcik aku dengan semangatnya siap terangkat-angkat tangannya lagi…persis seorang penceramah…. nasib baik makcik aku tidak tekan hidungnya ke atas buat rupa binatang itu tadi

“Babi hutan??” Aku terkejut… Percuma je aku mencarut depan hidangan makan malam aku..

“Yelah babi hutan, mamat depan rumah tu sudah kena sondol pagi tadi…habis koyak rabak dia punya…”

“Dia punya??” Aku seolah-olah blur….tidak dapat tangkap apa yang makcik aku juga sampaikan

“Alah…dia punya tu”, makcik aku mengulanginya sekali lagi apabila melihat aku seperti kebingungan

“Dia punya apa??”, Aku serius tidak dapat tangkap maksud makcik aku pada waktu itu

“Dia punya burung la….ish kamu ini”..

Laaaa…burung mamat tu ke makcik aku segan-segan hendak sebut??? Sedangkan dengan selamba je telah menyebut babi banyak kali hahahha

“Habis macam mana keadaan mamat tu??”

“Tak dapat diselamatkan”

“Mamat tu tidak dapat diselamatkan….kesiannya”

“Bukan mamat tu la…tapi burung dia”

“Burung dia?? Lagi la kesian”

“Tu la tadi orang kata dia tidak lari ketika bertembung dengan babi itu”

“Ish susah hendak lari makteh, binatang tu lari laju”

“Tu lah kata mak semah kau tadi….jangan lari lurus…kena lari bengkang-bengkok baru tak kena”

“Kenapa lari bengkang-bengkok??”

“Supaya babi tu pening la”

“Ohh macam tu eh makteh”

“Yelah… kalau jumpa ular pula, kena lari lurus…sebab ular kan menyusur bengkang bengkok macam huruf S

Aku hanya gelak je dengar makcik aku bercerita dengan semangatnya…mesti petua tu, dia dengar daripada jiran sebelah rumah tu hahah

“Macam mana pula kalau hendak lari daripada ketam makteh??” tanya aku

“hurm….Ketam??”, makcik aku berfikir…mesti jiran sebelah rumah terlupa hendak bagi tahu petua ini HAHAH

“Ketam kan jalan senget, jadi kita lari lurus lah”, jawab makcik aku dengan penuh yakin…

“Salah”, balas aku

“Habis tu macam mana hendak lari daripada ketam?? ”, tanya makcik aku tidak sabar-sabar…

“Buat apa kita hendak lari dari ketam…kita tangkap lah ketam itu dan makan HAHAH”

p/s: Bahasa orang Melaka memang kita dengar macam kasar, tapi mereka tidak maksudkannya…percaya lah!!!!

Akhirnya….

Akhirnya…hari ini aku dapat juga..

Dapat ang pow hehehe…aku dapat ang pow apabila pergi beraya di rumah budak aku HEHEH.. Pada mulanya, macam-macam alasan aku bagi apabila dia call tanpa henti-henti pada hari tahun baru cina.. aku beritahu family aku datang rumah…jadi tidak boleh datang beraya rumah dia… memang betul family aku datang….lagipun aku tiada member lain yang nak turut serta beraya ke rumah dia…Segan aku seorang diri…..Tapi dia balas macam ni..

“Tidak apa encik, saya sambut tahun baru cina sampai 31 hb ini…jadi encik boleh datang bila-bila”..

HAhaha….aku terjerat!!! Ini membuatkan aku tidak ada alasan lagi untuk tidak pergi beraya rumah dia…. Pagi ini, ketika aku sampai di tempat kerja…terus aku ternampak dia dari jauh…aku cuba mengelak… tetapi dia sudah nampak aku….jadi aku guna teknik biasa yang aku buat untuk mengelak dari jumpa orang….aku buat-buat jawab panggilan telefon sambil jalan cepat ke tempat duduk aku…. Dia follow aku kemana saja aku lalu…. Aku jalan cepat…dia pun sama jalan cepat…aku buat-buat jalan perlahan…dia pun turut jalan perlahan belakang aku.. akhirnya aku mengalah..

“yup, kamu hendak apa???”

“Encik jadi eh datang ke rumah saya petang ini lepas habis kerja???”

“Ok jadi!!”

Baru dia senyap tidak call dan mesej aku hari ni….sebab dia sudah dapat jawapan yang pasti….yang aku akan datang beraya di rumah dia petang ini… sedangkan, aku hanya cakap saja tanpa memaksudkannya..hehe

~tepat jam 5 petang~

Telefon aku berbunyi, aku lihat di skrin telefon aku…nama budak aku itu muncul…aku mengangkat telefon…

“Encik sudah siap hendak balik?? Jangan lupa singgah rumah saya ye”

Aku hanya tersenyum saja…Betul-betul semangat budak ini….Mesti daripada pagi tadi, dia asyik fikir pasal aku hendak datang kot…

“Ok saya datang”

“Saya tunggu encik”

Tiiitttt!!!! Telefon di letak…aku melihat senarai nama dalam telefon aku… aku telefon kawan-kawan aku yang lain yang turut kenal budak itu… ajak turut serta beraya ke rumahnya

~jam 6 petang~

Kami sampai di rumahnya…dia sungguh seronok apabila nampak kami..dia memberitahu pada ahli keluarganya….aku rasa dia seronok kami datang lah, sebab dia cakap dalam mandarin sambil tersenyum.. satu apa pun aku tidak faham hahaha…dia cuba melayan kami sebaik-baiknya, dia tahu apa yang orang islam sensitive… dan tiba-tiba ayah dia keluar dengan membawa ang pow… aku turut dapat juga, sebab aku kan masih bujang HEHEHE…tetapi korang mesti boleh agak kan… aku mesti mula-mula tolak, kononnya malu hendak terima heheheh… Aku tak pasti lah.. kalau orang bagi ang pow pada kita, kita perlu balas ke??? Aku tengok dalam cerita dan iklan cina, kena balas… tapi aku tak bagi ang pow pada budak itu tadi….rasa bersalah pula hehehe aku kena lebih kaji adat resam kaum cina ni… tetapi sempat pula aku bagi tahu budak itu sebelum aku balik…

“Kalau kamu nak ang pow juga, datanglah rumah saya pada hari raya puasa nanti”

p/s(i): Asalkan kita saling hormat-menghormati antara kaum…pasti kita akan hidup dengan aman, seronok dan saling mempercayai….

p/s(ii): kali kedua aku dapat ang pow pada tahun baru cina dalam hidup aku….

p/s(iii): Malam ini masih bunyi mercun…Jom tengok!!!

Saturday, January 21, 2012

Pakai helmet salah tempat…

Petang tadi aku teman makcik aku pergi pasar malam…senang cerita aku jadi driver makcik aku la…. Aku sebenarnya malas hendak pergi…sebab mesti hari ini ramai orang…maklum lah, aku kan sekarang ni tinggal kat kampong…hari ini berduyun-duyun orang KL pulang ke kampong sebab cuti sudah mula… mesti tempat-tempat di kampong ini menjadi sesak… tapi disebabkan aku anak sedara yang baik dan makcik aku perlukan aku untuk mengangkat barang-barangnya…aku pun pergi sajalah haha

Setelah aku parking kereta…berdesup makcik aku keluar dari kereta dan hilang dari pandangan aku… Ni mesti tak sabar dan risau barang yang hendak di beli nanti habis.. Makcik aku ni memang macam tu… Aku hanya berjalan perlahan-lahan melalui kaki lima kedai sebelum sampai ke tapak pasar malam itu..

Semasa aku berjalan di kaki lima kedai itu, aku perhatikan ada seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai helmet…tetapi helmet ada di hadapannya.

“Ish berani budak ni tidak pakai helmet…polis dah la banyak”, mengomel aku sendirian.

Yelah, macam mana aku tidak bising…helmet ada je dibawa tetapi letak kat bahagian depan… nak suruh seat tu pakai helmet ke??? Nanti bila sudah kena saman…polis juga disalahkan…Sekarang ni aku rasa kerja polis yang paling payahkan??

Aku lihat budak itu berhenti berhampiran sebuah kedai di kaki lima itu… dia toleh ke kiri dan ke kanan…kemudian dia pakai helmet…

“Eh dia dengar ke aku kutuk dia…tiba-tiba berhenti pakai helmet pula…syukur la..”,

Aku memerhatikan saja gerak-geri budak itu… Aku sangkakan dia akan meneruskan perjalanannya selepas pakai helmet itu.. tetapi sangkaan aku meleset sama sekali… Budak itu turun dari motornya dan masuk ke dalam satu kedai di kaki lima itu sambil memakai helmet… Aku terus kan perjalanan aku sepanjang kaki lima itu sehingga aku betul-betul berdiri di hadapan kedai yang dimasuki oleh budak itu tadi… Aku perhatikan ke dalam kedai itu, aku nampak budak itu…yang aku peliknya, bukan budak itu seorang saja yang memakai helmet…ada lagi tiga ke empat orang lain yang turut memakai helmet di dalam kedai itu…

“Eh ini kedai jual helmet ke??”,

Aku perhatikan pada signboard kedai itu…

“Owww kedai 4D rupanya…”

p/s: Kalau masuk bank anda wajib tanggalkan helmet…kalau tidak orang lain akan pandang anda dan menyangkakan anda seorang perompak…aku pernah mengalaminya huhu

Monday, January 16, 2012

Aku bangga aku masih bujang

Buat pertama kali, dalam tempoh 2 minggu ini, aku bangga menyatakan aku masih bujang…Hahah

Tak kisah lah walaupun orang Nampak aku macam ayah anak seorang…huhu.. aku hendak bagi tahu semua orang yang aku jumpa…aku masih bujang…terutamanya kawan-kawan cina aku… tadi aku dah hantar beberapa mesej kat mereka…

“Hai, saya masih bujang haha”

Aku pun ada bagi tahu budak-budak cina aku….aku masih bujang…tapi ada yang buat-buat tak faham pula hahah

“Hai saya masih bujang tau…”

“Ye…jadi kenapa encik??”

“Saya nak ang pow la….you ni buat-buat tak tahu pula…..orang bujang kan dapat ang pow masa tahun baru cina…you mesti bagi saya”

“Encik, tiada girlfriend lagi ke??”

“Ish kamu ni, ke situ pula….cukup je la tahu saya masih bujang…tak perlu tanya saya ada girlfriend atau tak…”

“Kalau encik tak ada girlfriend lagi…saya kesian sama encik”……Sabar je lah aku dengan budak ni…

“Tak kira, saya nak ang pow juga”

“Camtu encik datang lah rumah saya nanti”

“OK”

p/s(i):Teringat dulu masa dapat ang pow daripada bos syarikat lama…Walaupun tak de lah banyak…tapi keseronokan dapat ang pow itu yang bernilai….

p/s(ii): Hanya 2 minggu je aku bangga masih bujang….selepas itu aku mula risau kembali hahahha

p/s(iii): Tak dapat ang pow.....oren sekotak pun jadi lah....

Sunday, January 15, 2012

Tahniah kalau minta alamat aku!!!

Kalau anda minta alamat saya…

Anda akan dapat ucapan tahniah….Hahah Maklum lah, umur pun sudah lanjut…nak masuk kategori remaja purba ni…jadi faham-faham sajalah kalau kawan-kawan mula mesej tanyakan alamat rumah.. Kebiasaannya aku terus balas…Tahniah!!!

Itu tandanya tak lama lagi majlis kenduri kahwin akan berlangsung…. Ye lah..tak kan tiba-tiba nak alamat rumah?? Mesti hendak hantar kad undangannya…HAHAHA… Aku biasanya akan simpan kad undangan perkahwinan kawan-kawan aku…supaya bagi semangat untuk aku kahwin cepat HAHAHA… Kalau dalam kelas ada 60 orang….dan kad kahwin baru aku dapat 10 keping…jadi rileks la dulu hahahah

p/s(i): Seronok tengok kawan-kawan dah kahwin dan ada anak…

p/s(ii): Tahniah eni kerana baru minta alamat aku hehehe

Saturday, January 14, 2012

Pengaruh Iklan…

(Jam 4.00 petang…di Shopping Complex Family Store, Jasin)

Aku menemani makcik aku untuk membeli-belah tadi…. Makcik aku kata kita mesti pergi membeli-belah hari ini, kalau tidak minggu depan mesti sesak atau shopping complex tutup…Maklum lah cuti sempena sambutan tahun baru cina… Semasa di Famili store:-

“Angah, apa jenama sabun baju salleh yaakob tu??”

“Bonux, kalau tak silap..Kenapa makteh???”

“Makteh nak beli la…”

“Eh sebelum ni kan makteh pakai yang lain”

“Yelah, makteh nak pakai bonux pulak….wangi”

“Macam mana makteh tahu wangi?? Pernah cuba ke??? Ke jiran sebelah rumah kita pakai??”

“Tak adalah…makteh tengok dalam iklan…salleh yaakob kata wangi”

“Erk!!!!”

Kuatnya pengaruh iklan pada makcik aku…..Kalau Salleh Yaakob ajak kaum lelaki berpoligami…makcik aku akan beri ke?? HAHAH

Selepas sampai ke rumah….penat punggah barang yang di beli keluar dari kereta ke dalam rumah… aku dengan makcik aku lepak di ruang tamu sambil tengok TV…Tiba-tiba kat TV menyiarkan iklan jualan baju. Makcik aku pandang aku…cepat-cepat aku pandang tempat lain…Takut tetiba makcik aku ajak pergi beli baju pula hahaha

Cuba Teka??

(Semalam.…Jam 12.30 pm…. Di pejabat….Waktu rehat)

Kring! Kring!

Telefon bimbit aku berbunyi…Aku perhatikan pada skrin telefon aku… nombor pemanggil dari KL

“Ish ni mesti orang nak jual insurans call lagi ni”, bisik hati aku… Aku saja je angkat panggilan itu lambat-lambat.

“Hello!!”

“Hello, KJ ke??”. Kedengaran suara perempuan di hujung panggilan..

“Yup, bercakap. Siapa ni??”

“Kawan lama, tak kan tak kenal kot??”..

Aku paling lemah kena teka-teka ni… pasti tak tepat!!! aku pun mula cuba teka berdasarkan klue yang ada…. Perempuan, kawan lama, nombor KL, panggil aku KJ (hanya kawan Universiti, kawan facebook dan kawan ofis aku je panggil aku dengan nama KJ) , … Satu per satu nama kawan perempuan aku sebut…

“Bukan lah….ish banyaknya skandal”, balas si pemanggil setiap kali aku sebut nama kawan perempuan aku… Tensen aku nak main teka-teka ni…aku pun mengalah je..

“Entah, tak tahu lah”

“Tak pe lah kalau tak tahu…dah tak ingat la tu.. camtu bye la”….Aku paling pantang kalau girl dah merajuk… dan lagi aku pantang, aku tak tahu siapa yang call hahha

“Eh kejap-kejap, sudah ingat!!!”, aku cepat-cepat jawab supaya dia tidak letak telefon…sedangkan memang aku tidak tahu siapa yang memanggil.. Hahah

“Hah…siapa??”.

Aku diam saja…cuba mengamati lenggok suara si pemanggil itu dengan betul-betul…

“Cepat lah…. Siapa??”

“Kejap lah…nama tu dah nak datang tadi dalam kepala ni…sekarang dah lari balik”

“Ish lambat la…. Kak Ila la…”

Aku memang fail dalam bab teka-teka dan ingat-ingat ini…

p/s: Takutnya hendak bercinta…nanti kena ingat tarikh mula berkenalan, apa perkara yang diborak mula-mula, tempat pertemuan, lagu tema percintaan, warna baju dan kasut masa first date… Hahah.. Pasti aku gagal!!!! Tapi perempuan mesti ingat perkara-perkara ini kan?? Kenapa ye??

Thursday, January 12, 2012

Kini aku boleh berbangga…

Kalau kawan-kawan aku lebih cenderung memilih kereta buatan luar Negara seperti Toyota, Honda, dan sebagainya…

Aku pula telah memilih kereta buatan Malaysia, Myvi…yang aku bagi nama Cik ViVi…. Hahah…Kenapa aku memilih Myvi?? Entah lah…Dulu aku minat pak cik Os, last-last aku pilih Cik Vivi juga…dah jodoh agaknya….

DAN kini aku boleh berbangga dengan kawan-kawan aku…selain Cik Vivi aku comel, ringan dan senang cilok-mencilok…Kemungkinan besar Cik Vivi aku boleh terbang juga seperti yang pernah dibuat oleh kawannya di Kota Bahru…Lepas ini, kita mungkin dapat lihat kereta Myvi membuat aksi terbang dalam filem Shamsul Yusof ke??...dalam Kl Gengster 2 kot hehhe

p/s: Utamakan barang buatan tempatan =)

Cik Mymy Kawan kepada Cik Vivi

Tuesday, January 10, 2012

Online: TIDAK untuk jual beli…MUNGKIN untuk cinta

Pada suatu petang….Di dalam sebuah rumah budak-budak bujang….

“Hello…Hello”, kedengaran nada suara Ahmad yang agak kuat dari dapur untuk menjawab panggilan telefon… sehingga kedengaran sampai ruang tamu..

“Ali, apasal Ahmad tu?? Terjerit-jerit kat dapur tu???”, tanya afiq pada Ali…

“Biasalah…line tak clear kat area rumah kita ni”

“Ish macam cakap dengan batu pula…terjerit-jerit!! Marah jiran kita nanti”

“Eh memang dia tengah cakap dengan batu la tu….lesung batu”

“ERK….”

Telefon lesung batu??? Eh itu bukan inovasi telefon terkini la…bukan juga telefon dwifungsi…yang mana boleh telefon dan tumbuk masakan sekali…HAHA..tetapi ada mangsa yang telah kena tipu ketika hendak membeli telefon secara dalam talian…dia bercadang hendak membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian tetapi terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, lebih menyakitkan hatinya ialah tulisan RM14.50 masih ada pada lesung batu berkenaan… Hahah..

Apa la orang yang hantar lesung batu tu…patutnya cabut la harga tu dulu…macam aku selalu bagi hadiah kahwin pada kawan-kawan aku tu…aku akan pastikan harga pada hadiah itu sudah di cabut terlebih dahulu…bukan sebab hadiah aku tu murah dan takut kawan aku tu tahu harganya….tapi aku ikhlas bagi dan taknak mereka terhutang budi dan bayar kembali hahahah

Mangsa yang telah kena tipu itu telah membuat pembelian selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900. Dia gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.

Aku tidak pernah percaya pembelian secara talian…iaitu membeli melalui internetlah…tapi kalau untuk bercinta secara online….mungkin aku percaya hahahha…..kawan aku selalu membeli barang melalui internet…kasut, kek aiskrim, jam dan pelbagai lagi…..setakat ini aku tengok, kawan aku tidak pernah kena tipu lagi…tapi aku tetap takut hendak shopping dalam internet…lagipun tidak puas la..kalau tidak cuba sendiri dan melihat dengan mata kasar aku ni sebelum membeli.

p/s(i): Telefon budak-budak zaman sekarang semua canggih-canggih, sampai aku segan hendak keluarkan telefon aku depan mereka…huhuhu

p/s(ii): Aku selalu kena sindir dengan kawan-kawan aku sebab masih lagi tidak pakai telefon pintar….syukur je apa yang ada =)

Monday, January 9, 2012

Aku telah membuat dosa??

Aku Berdosa??

Ya aku telah berdosa!!!!

…kerana aku telah menjadi ahli Facebook… Anda juga telah berdosa kerana mempunyai akaun facebook…itulah kata Ulama Iran…Seorang Ulama kanan Iran, Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani yang telah menetapkan Facebook bercanggah dengan ajaran Islam sekali gus berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral.

Betul juga, kerana sering juga kita dengar dalam akhbar, banyak kesan negatif facebook ini berbanding positif…Aku ni dah lah kaki facebook…sehari mesti kena buka sekali….macam mana hendak tinggalkannya??Tapi bagi akulah, kita dikurniakan akal…boleh fikir yang mana baik dan buruk…melalui facebook juga kita boleh sebarkan perkara baik kan??….jadi tersilap klik, tanggung lah sendiri…

p/s: Suka nyanyi lagu “cinta muka buku”…Harap aku tidak jatuh cinta, melalui facebook, putus melalui tweeter!!!.

Berhimpun…

Jam 7.00 pagi. Hari isnin.Suasana pagi yang sungguh nyaman.

“Emak,abang gerak dulu ye….hendak pergi berhimpun ini”, kata Afiq, seorang anak remaja yang semakin meningkat dewasa.

“Pergi, berhimpun?? Bahaya lah…Afiq duduk rumah sajalah hari ini”, kata seorang ibu yang risaukan keadaan anak terunanya..

“Bahaya apanya mak??….selalu afiq berhimpun, ok je”

“Ok, kalau afiq hendak sangat pergi berhimpun, pastikan afiq ikut 10 syarat yang telah ditetapkan”, celah ayah yang tiba-tiba keluar dari bilik.

“10 syarat apanya ayah?? ”, balas afiq yang dalam kebingungan.

“10 syarat yang telah ditetapkan untuk berhimpun di mahkamah tu la”

“Mahkamah apanya ayah?? Afiq hendak pergi berhimpun di sekolah la…hari ini kan hari isnin, setiap pagi isnin kan ada perhimpunan sekolah”

Saturday, January 7, 2012

Aku lah Aaron Aziz!!!

Selepas mandi, aku tengok cermin….aku perhatikan rambut aku sambil menyikatnya dengan jari.. Pakai jari pun boleh!!! heheh

“Oh rambut aku sudah panjang…mesti kena gunting ni..”, bisik hati aku

Aku pun menyiapkan diri dengan mengenakan t-shirt dan seluar yang aku pinjam dari jin iaitu seluar jeans heheh. Aku ambil kunci kereta dan terus gerak ke kedai gunting rambut yang biasa aku pergi di Melaka ini…. Tak de lah potong rambut sampai pergi ke salon…aku ni bukan artis…hanya pegawai kerajaan yang menurut perintah saja heheh

Sesudah sampai di kedai gunting rambut, aku menunggu giliran aku…..ramai pula orang hari ini… Aku saja je taknak pergi gunting rambut minggu lepas,sebab penggal sekolah baru hendak buka…mesti ramai budak sekolah hendak gunting rambut pada waktu itu… Rupanya hari ini pun sama je ramai….mungkin hendak gunting rambut untuk raya cina kot hehehhe…

Setelah lama aku menunggu,sampai lah giliran aku…

“Ye bang, hendak potong macam mana??”,tanya tukang gunting rambut itu

“Potong bagi pendek eh”, balas aku

“Memang lah kalau potong dia jadi pendek…tapi abang nak style macam mana??”. Aku terkena pula dengan budak gunting rambut tu..

“Potong rambut saya macam dalam gambar itu”, kata aku sambil menunjuk ke arah poster Aaron Aziz yang tertampal di dalam kedai itu

“Ok bang!!”

p/s: tak sabar hendak pergi kerja hari isnin ni….mesti ramai awek akan berombak rindu dengan aku nanti HAHHA

Mak cik aku seorang penari tiang??

Jam 7.00 pagi. Hari Sabtu. Hari aku bercuti.

Walaupun hari ini, hari aku bercuti, tapi banyak kerja rumah yang aku perlu buat..Maklumlah tinggal seorang diri…Hidup membujang..

Selepas solat subuh, aku terus bangun dan membasuh baju… Ketika hendak menyidai pakaian aku di ampaian luar rumah…aku perhatikan makcik aku, yang tinggal di rumah hadapan sedang menyapu halaman rumahnya…

“Selamat pagi makteh”, tegur aku sambil menyeret baldi yang berat di penuhi baju seminggu yang aku basuh..

“Selamat pagi, angah! Awal bangun hari ini??”, balas makcik aku

“Memang selalu bangun awal….nanti murah rezeki…Makteh, masak apa untuk sarapan pagi ini???”, balas aku.. Aku Nampak je macam tinggal berasing dengan makcik aku..tapi makan minum aku semua kat rumah makcik aku..HAHAHA… Biasalah, kalau duduk seorang, tidak berbaloi masak…

“Ada bihun goreng…datang lah makan nanti”, teriak mak cik aku…Memang murah rezeki aku pagi-pagi ni HEHEH

“Makteh sapu halaman rumah tu janganlah asyik pegang tiang rumah itu”, jerit aku saja menyakat makcik aku..

“Kenapa?? Ada semut api ke??”

“Tak adalah, tak manis orang kampong tengok makteh asyik main tiang tu…silap-silap hari bulan nanti boleh kena tangkap dengan jabatan agama nanti”

“Eh yeke boleh kena tangkap?? Kenapa??”, Mak cik aku terus melepaskan tangannya dari tiang itu… Aku hanya tergelak melihat gelagat makcik aku tu.

“Yela…Nanti orang ingat makcik penari tiang pula”, Aku terus tergelak besar..

Makcik aku angkat penyapunya ke arah aku…Aku cepat-cepat menyidai baju aku yang terakhir dan berlari ke dalam rumah…Haha… Tapi, adakah aku akan dapat bersarapan bihun goreng dengan aman di rumah makcik aku nanti??? =P

Friday, January 6, 2012

Nak jadi apa??

Jam 7.00 pagi…Di sebuah sekolah rendah… Sekolah baru saja hendak memulakan sesi pembelajaran bagi tahun 2012…Kebiasaannya, akan datang seorang wartawan menemu bual pelajar darjah 1….dialog yang biasa di tanya ialah:-

“Adik, bila dah besar hendak jadi apa??”

“Adik nak jadi Perdana Menteri”

“Wow!!! Kebiasaannya, apabila saya tanya kawan-kawan adik, dah besar hendak jadi apa?? Mereka akan jawab cikgu dan polis…Adik ni lain la…Kenapa adik pilih untu menjadi perdana Menteri”

“Cepat kaya….gaji perdana Menteri kan tinggi…macam Singapura tu”

“Oww…betul juga!!!”

p/s(i): Aku pun dulu, apabila orang tanya hendak menjadi apa semasa sekolah rendah…aku mesti jawab hendak menjadi polis…

p/s(ii):Patut lah sekarang ini ramai orang hendak berebut memegang jawatan perdana menteri… Kalau rasa diri itu tidak layak menjadi pemimpin, lebih baik undur diri….kerana pemimpin lah yang akan banyak ditanya dan dihitung di akhirat nanti…aku sedar diri!!!!

p/s(iii): Selamat kembali ke sekolah ye adik-adik dan cikgu-cikgu =)

Tuesday, January 3, 2012

Saya tak nak jadi budak pandai!!!

Satu per satu…

Berita mengenai pelajar atau orang yang celik pandai membuat perkara yang tidak pandai muncul… Tidak tahu mana silapnya… Mereka memang sudah pandai…Tengok keputusan, semua A… tetapi tindakan mereka tidak mencerminkan kepandaian mereka…mereka ada akal untuk membezakan yang mana baik dan buruk….Tidak tahu mana silapnya???...Kejutan Budaya??Tidak tahulah…. Ada yang jadi pelacur, ada yang kahwin sejenis, ada yang berubah ke arah negatif…..Hurm tidak tahu aku hendak cakap apa…..Dulu kita suruh sangat anak-anak, pelajar dan adik-adik kita mencontohi mereka.. tapi sekarang kita hendak jawab apa apabila di tanya:-

“Kenapa kebanyakkan budak pandai hancur??”

Aku terdiam…Tidak tahu hendak cakap apa…Ini lah akibatnya apabila sudah terlalu pandai, dan memandai-mandai membuat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang dan berlandaskan Al-Quran…

Jangan sampai nanti anak-anak kita atau generasi muda memberi alasan:-

“Buat apa belajar rajin-rajin sampai pandai…nanti rosak hidup…jadi saya tak nak jadi budak pandai!!”

p/s: Marilah kita sama-sama berdoa dan berazam semoga hari ini lebih baik daripada semalam…

Monday, January 2, 2012

Seronok kerja apabila orang lain cuti…

Puas aku bercuti selama seminggu di Kuala Lumpur minggu lepas….dimana aku bercuti dan kawan-kawan aku yang lain pula bekerja..aku dengan niat jahatnya telah mesej kawan-kawan aku yang bekerja pada waktu itu..

“Bestnya tidur di atas katil ini pada waktu ini”

Dimana mesej itu pasti membuat kawan-kawan aku yang bekerja cemburu dan marah HAHA…Dan biasalah, apabila kita buat jahat kita tidak sedar kesannya…sudah terkena baru rasa hendak insaf dan taubat HAHAH….aku tidak sindir siapa-siapa kay….yang makan cili terasa la pedasnya HAHA… Dan pagi ini, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi banyak kali…menandakan ada mesej masuk…aku lihat nama kawan aku tertera, aku buka dan baca

Macam aku pernah terlihat je mesej ini….adoyai..hari ini, negeri johor saja bekerja…aku kena bekerja, kawan-kawan aku pula cuti…Sabar je lah, hari ini aku pula terkena HAHAH.. Kalau Tuhan hendak balas, sekejap saja akan kena…Aku Insaf!!!! =)

p/s: Cuba menyeronokkan diri untuk bekerja hari ini =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...