nak ikut.....

Sunday, January 29, 2012

Sungai Lui Juara Lagu??

“Kau rasa lagu mana yang akan menang anugerah juara lagu malam ini??”

“Aku rasa Sungai Lui la”

“Eh kenapa kau pilih lagu tu…Selalunya apabila aku tanya orang lain, mereka akan jawab beribu sesalan ke, kisah hati ke, penakut ke atau pun sedetik lebih”

“Sebab lagu itu ikut tema”

“Tema??”

“Yelah, tema anugerah juara lagu kan air…hanya lagu sungai lui je yang bertemakan air”

“%$###@#”


Rasanya ramai sudah sedia maklum yang malam ini akan berlangsungnya anugerah juara lagu. Lagu mana yang akan menang?? Aku suka satu lagu ini…sesiapa yang naik kereta bersama aku, wajib untuk menyanyi lagu ini hahaha….Tapi aku tak nak ramal…selalu mesti tersasar haha… jadi hanya menonton saja malam ini…

p/s(i): Aku hendak ambil semangat najwa latif…walaupun orang kata lagu ‘cinta muka buku‘ tidak layak masuk peringkat akhir AJL…tetapi dia semangat untuk membuktikan lagu itu terbaik…jangan mengalah sebelum berjuang!!

P/s(ii): Harap Jac dapat nyanyi lagu kegemaran aku tu dengan baik

2 comments:

Riki said...

I'm Jaclyn fan too! :D

miss faten said...

Akhirnya..

Awan Nano juaaaa yang menang akhirnya :)

Dan saya rasa sedikit kesal Anuar Zain tak membawakan lagu sedetik lebih. Kalau dia bawak, mesti lagu tu boleh menang. Tapi benda dah lepas, kena tunggu next year pulaklah :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...