nak ikut.....

Friday, January 27, 2012

Aku akan buat ibu aku menangis juga nanti….

Hari ini…Jumaat…27 Januari 2012

Sepupu aku telah selamat melangsungkan majlis akad nikah petang tadi di Taiping, Perak.… Aku berpeluang duduk di sebelah imam, bukan sebagai saksi hanya untuk menyaksikan majlis itu… Rasa teramat gementar… Tetapi aku lihat sepupu aku tenang saja…Akad nikah hanya sekali lafaz je…sampai makteh aku kata:-

“Eh macam main kahwin-kahwin pula, senang je sudah jadi suami orang”

Aku pun rasa macam senang je majlis akad nikah tadi….tu yang aku terasa hendak kahwin ni….10 minit sudah selesai semua…tok imam itu siap bergurau dengan bakal pengantin lelaki lagi…tiada tanya-tanya hukum agama mahupun doa qunut macam dulu-dulu HAHAHA… Aku ni pantang kalau jumpa tok imam, tok kadi mahupun tok mudim….seram sejuk jadinya hahha…benda yang biasa baca pun, boleh terlupa nanti hahahah

Syukur sepupu aku sudah selamat jadi suami orang….kalau ikut giliran umur…giliran aku sudah semakin dekat…..Adoyai…kena cepat cari ni hahaha….Tetapi, semasa di bacakan doa selepas akad nikah tadi… aku perhatikan emak sepupu aku, iaitu mak lang aku…aku perhatikan mak lang aku mengesat air matanya…mungkin terlalu gembira, sampai menitis air mata… aku perhatikan makteh aku pula…turut mengesat air mata…aku perhatikan pula pengantin perempuan, turut mengesat air mata….Kenapa semua orang terutamanya kaum perempuan akan menangis apabila selesai akad nikah???

Kalau macam itu….aku akan buat ibu aku menangis juga nanti..tapi bukan menangis kerana kesalahan atau keburukan yang aku lakukan…tetapi aku akan pastikan ibu aku menangis kegembiraan kerana kebaikan yang aku lakukan….senang cerita, aku kahwin la…sudah pasti ibu aku akan menangis HEHHHE

1 comment:

piNky LuCiA said...

Aku tak menangis pun masa suami sudah akad nikah. Aku siap tanya, dah siap ke? kejap nya. Haha. sekali lafaz, nampak macam kelam kabut laa plak.. hahahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...