nak ikut.....

Tuesday, May 10, 2011

Please call me back…

Teeet …Teeettt

Telefon celcom aku berbunyi pagi tadi…Itu menandakan ada mesej baru masuk…

Aku pun buka dan baca….oww mesej dari nombor yang tidak dikenali… 012-7032456.. Mesejnya berbunyi…

“Hi..please call me back”

Erk?? Tetiba minta aku telefon dia balik….Kenapa???

Tapi aku cukup familiar dengan nombor ni….aku semak nombor tu kat telefon maxis aku…mungkin aku terlupa simpan kat telefon celcom aku tu….tapi tetap tiada…. Aku tidak puas hati…sebab nombor 012-7032456 amat biasa aku lihat….aku terus memikirkan…sehingga kerja aku terabai sekejap…

DAN akhirnya…aku dapat juga tahu…

Rupanya 7 angka belakang itu serupa dengan nombor celcom aku….Aku rasa budak yang hantar mesej ini, mungkin saja nak berkenalan dengan orang yang sama dengan nombornya tetapi pakai celcom, digi dan sebagainya….

p/s: Sekarang semua pembaca blog ini sudah tahu nombor budak itu…. Mesti lepas ini, dia akan terima mesej dari nombor yang tidak dikenali pula HAHAAH

p/s/s: Rasanya anda juga tahu nombor aku HAHAHA

1 comment:

atak said...

promot nom .. cait !

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...