nak ikut.....

Thursday, May 5, 2011

Adakah rakyat di Negara miskin terlalu subur???

Ini bukan lah entri lucah mahupun entri double meaning heheh… Tetapi entri berinformasi!! (boleh caya ke???)…. Menurut kajian yang dilakukan, kadar kelahiran yang dicatatkan di negara-negara miskin adalah tinggi.
Mengapa??

Adakah mereka pengguna utama air tongkat ali?? Kacip Fatimah??? Serbuk perangsang dan sebagainya???

Mengikut ramalan yang tidak dapat di pastikan kesahihannya tapi boleh dipercayai, bilangan penduduk dunia dijangka bertambah daripada hampir 6.9 bilion pada masa ini kepada 9.3 bilion menjelang 2050 dan 10.1 bilion pada tahun 2100. Kebanyakan punca utama peningkatan itu dijangka membabitkan negara miskin yang mencatat kadar kesuburan tertinggi di dunia terutama di sub Sahara Afrika.

DAN aku pernah berbincang dengan kawan aku mengenai perkara ini ketika kami sama-sama menonton rancangan mengenai kehidupan sebuah keluarga di Afrika yang di siarkan di TV… Dalam rancangan itu, di paparkan kehidupan sebuah keluarga yang sangat miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang….kalau terlupa kais??? Tidak makan lah jawabnya… Dalam keluarga itu, ada ayah, ibu dan 8 orang anak….

Kawan: Eh kau tengok tu (sambil menunjuk ke arah TV)… keluarga ni miskin tapi ada ramai anak…kesian anak-anak dia…hidup susah…sepatutnya dia rancanglah keluarga dia… kalau anak seorang tiada lah teruk sangat keadaannya… Ni yang aku pelik lah…kenapa bila di paparkan je pasal keluarga miskin…mesti anak mereka ramai???

Aku: alah bro, kan setiap anak…membawa rezeki…mungkin masa kecik je susah..bila anak-anak itu sudah besar dan berkerjaya…senanglah keluarga tu nanti…

Kawan: Itu pun kalau anak-anak itu bersekolah….Aku rasakan sebab dah tak tahu nak buat apa…jadi buat anak lah…itu yang anak dia ramai…

Aku: &*^%$%$#@

p/s: Ramalan aku, kaum wanita akan lebih ramai daripada kaum lelaki….. yea boleh kahwin empat!!! Heheh

p/s/s: Jom undi blog ini di SINI

1 comment:

atak said...

ade ati gak na kawen 4 . mampu ke ?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...