Aku baca surat khabar hari ini…
DAN aku tertarik dengan satu surat kiriman seorang pembaca…
Menurut surat itu, dia dan keluarganya pergi ke Pantai Remis untuk menikmati keindahan alam pada cuti hari pekerja yang lepas..Apa yang menarik perhatiannya ialah kadar bayaran tandas awam di situ. Terdapat tiga kadar: RM0.30 untuk buang air kecil, RM0.50 untuk buang air besar dan RM1.00 untuk mandi.
Baginya, perkara itu kelakar kerana, macam mana hendak pastikan sama ada hanya satu aktiviti yang dilakukan semasa menggunakan tandas? Sebagai contoh, apabila buang air besar sudah tentu akan buang air kecil sekali.
Aku pun pernah mengalami situasi itu, tetapi di tandas awam Teluk Chempedak dan aku tidak rasa ianya kelakar sebaliknya peluang keemasan kepada aku, aku boleh membayar hanya 30 sen untuk buang air kecil, air besar dan mandi sekali….bukan penjaga tandas itu tahu heheheh…
Aku memang boleh buat begitu TETAPI aku tidak buat malah aku bayar 30 sen untuk mencuci muka sahaja…
KENAPA???
Anda pernah masuk tandas awam di teluk Chempedak??? Terutamanya tandas lelaki la…. Tandas perempuan aku tidak tahulah keadaannya bagaimana…aku belum cuba masuk lagi…hehehe
Tandasnya amatlah kotor dan tidak selesa….di tambah pula pintu tandasnya yang rendah seperti untuk kegunaan budak sekolah rendah….aku yakin…sesiapa yang berjalan di luar pintu tandas itu, boleh perhatikan apa yang dibuat oleh orang yang berada di dalam tandas….sama ada tengah buang air kecil atau air besar….oww tidak sanggup aku diintai!!! Heheehe
p/s: owww sebenarnya aku baru sedar selepas membaca surat kiriman itu, kita akan secara automatik membuang air kecil ketika kita membuang air besar….lepas ni nak cuba tahan dari buang air kecil ketika membuang air besar la hehheheh… rasa-rasa boleh ke???? Ada sesiapa yang tahu kenapa??
p/s/s: jom mengundi blog ini di SINI
No comments:
Post a Comment