Mana satu menjadi pilihan anda??
Matrikulasi atau IPT???
Tidak kiralah sama ada IPTA atau IPTS…
Sejak entri aku mengenai Kolej matrikulasi Pahang paling best!!! menjadi hangat secara tiba-tiba (perasan kejap)… Aku rasa ramai pembaca blog ini adalah di kalangan lepasan SPM…muda lagi usia pembaca blog ini seperti aku…(Aku perasan lagi)…Mungkin mereka tengah pening untuk membuat keputusan sama ada mahu memilih matrikulasi mahupun IPT…. Sebenarnya semuanya bergantung kepada diri sendiri!!! Kalau di matrikulasi,tidak silap aku…hanya ada dua jurusan iaitu sains (FIZIK atau BIOLOGI) dan PERAKAUNAN….DAN anda hanya ada tempoh setahun (dan sekarang sudah ada program 2 tahun) untuk belajar hampir semua topik… lebih kurang 21 jam kredit untuk satu semester… jadi anda tiada masa untuk berbulan madu.. Apa salahnya korban kan tempoh setahun saja untuk mendapatkan keputusan yang membanggakan di matrikulasi ….Jangan terkejut,kerana ramai pelajar yang akan dapat 4 flat nanti…
Kalau anda tanya pendapat aku, aku akan pilih matrikulasi sebab menjimatkan masa (setahun belajar) berbanding mengambil diploma….Cuma yang bahayanya…sijil matrikulasi tidak ada pengiktirafan…tak laku untuk buat cari kerja berbanding sijil diploma….JADI di matrikulasi anda perlu mendapatkan gred yang bagus supaya anda dapat sambung ijazah di dalam bidang yang anda minat…jika anda hanya dapat gred cukup-cukup makan je…kemungkinan besar anda akan dapat kursus lelong iaitu kursus yang tidak anda minta tetapi pihak universiti tawarkan kepada anda berdasarkan kelayakan dan kesesuaian anda… Manalah tahu anda minat dengan kursus baru itu apabila sudah mula mempelajari…tidak cuba, tidak tahu kan….DAN yang paling teruk sekali, anda akan di buang daripada matrikulasi…selalunya amat jarang pelajar dibuang daripada matrikulasi….itupun kalau pointer bawah 1.5 (kalau tidak silap) dan mempunyai masalah disiplin…
Jika anda kena buang daripada matrikulasi, itu tidak bermakna hidup anda sudah gelap… anda terfikir macam-macam seperti hendak membunuh diri atau membunuh pensyarah anda kerana membuat soalan susah…jangan melakukan perkara bodoh untuk kali kedua selepas kali pertama anda ditendang daripada matrikulasi…..anda sebenarnya boleh memohon untuk sambung belajar diploma di IPT…Cuma anda terlewat sikit saja….tetapi tiada istilah terlewat dalam menuntut ilmu…yang penting kemahuan!!!
Kalau anda memilih untuk sambung diploma di IPT, ia bagus juga...kerana anda sudah membuat pengkhususan bidang yang anda minat daripada awal...mungkin bidang kejuruteraan, pendidikan, akauntan dan sebagainya... anda mungkin perlu belajar paling cepat 3 tahun sebelum anda menyambung pelajaran ke peringkat ijazah...dan kebiasaannya, tidak ramai yang sambung belajar...itu tidak kisah kerana sijil diploma itu laku untuk mencari kerja berbanding sijil matrikulasi.... Jika selepas diploma, anda ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.. anda boleh gugurkan beberapa subjek yang mungkin hampir sama ketika belajar diploma... Ini dinamakan OPS GUGUR hahahha....Jadi anda sudah dapat jimatkan masa di situ....
Tidak kira lah di mana anda belajar, sama ada di matrikulasi, IPT, politeknik mahupun institut latihan / kemahiran, yang penting jangan putus asa untuk belajar sesuatu yang baru….kerana hidup itu sendiri adalah satu proses pembelajaran…
p/s: Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai pukul 12 tengah hari ini.Semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline 03-88835858, helpline 03-88835848 dan juga ditalian am 03-88835801/5802.atau boleh juga melayari http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my atau menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.
“KMPh & UTM BEST!!!!!!”
2 comments:
erm..
dulu saye masa nak uat keputusan pn pikir macam2..
de buruk baek nye matrik n ipt ni..
at last matrik gak jadi pilihan dan sambung degree pn mmg kos yg d tawarkan masa dapat dip dulu..
yg penting buat solat istikharah...nanti Allah bg petunjuk...
=D
walawei....haha...nice entri....istikharah...matrik!uitm...i choose PhD haha.....
Post a Comment