nak ikut.....

Tuesday, April 26, 2011

Kolej matrikulasi Pahang paling best!!!

Khamis ini, keputusan kemasukan program matrikulasi kementerian Pelajaran Malaysia akan di ketahui.. semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat permohonan pada 10 Julai hingga 10 Okt tahun lepas boleh membuat semakan itu menerusi laman web KPM di alamat www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor angka giliran SPM dan nombor kad pengenalan. Mereka juga boleh menyemak keputusan menerusi khidmat SMS dengan menaip perkataan MOE MAT (jarak) nombor kad pengenalan dan dihantar ke 15888.


Selain itu, keputusan kemasukan ke matrikulasi itu juga boleh disemak dengan menghubungi talian bantuan bahagian matrikulasi di nombor 03-8884 4083 mulai pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.


Pendaftaran pelajar ke matrikulasi akan diadakan pada 23 Mei ini dan pelajar yang berjaya memohon dikehendaki mencetak sendiri surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang pendaftaran di laman web KPM yang sama.


Bagi pelajar yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di laman web KPM yang sama mulai hari semakan Khamis ini sehingga 13 Mei ini.


Tahniahlah kepada pelajar yang berjaya menempatkan diri ke matrikulasi nanti…Aku pun dulu belajar di matrikulasi…..kolej matrikulasi Pahang (KMPh)….dah hampir 6 tahun aku tinggalkan dunia matrikulasi yang merupakan satu pengalaman yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila…. Disitulah yang banyak mengajar aku erti kehidupan, kerana pada ketika itulah, pertama kalinya aku duduk asrama dan berjauhan dengan keluarga…tapi aku tidak homesick….malah ibu bapa aku yang sebaliknya..suruh aku selalu balik ke rumah hahha… Disitulah aku kenal ramai rakan yang baik walaupun hanya setahun saja tempoh masa perkenalan kita di KMPh, tetapi persahabatan itu kekal sampai sekarang… Azuwan, Hadi, Farah Hanim, Eni, faiz, solahaden, izzudin, afif, pian, Leh, budak-budak tf28, budak-budak kuliah 4 dan ramai lagi…. Kalau boleh aku hendak pulang kembali ke zaman itu…seronoknya walaupun orang kata matrikulasi ini memberi tekanan dan sebagainya…..


DAN aku masih ingat lagi….budak-budak tutor aku,TF28, selalu ingat aku budak Pahang…bukan budak KL…. Mungkin sebab aku tidak berpakaian seperti budak KL kot… dan lagi satu… mereka suka panggil aku NUAR walaupun aku perkenalkan diri aku KHAIRUL….. Mula-mula aku tidak biasa, sebab jarang orang panggil aku dengan nama NUAR…tapi sekarang aku boleh terima…dan aku akan tersenyum ingat kenangan matrik itu…


p/s: Awal-awal matrik lagi aku sudah marah seorang awek kerana lambat datang pertandingan badminton dan sampai sekarang kami jadi kawan karib hahaha


p/s/s: Aku tak puas lagi lawan badminton dengan roommate aku lagi…


29 comments:

Unknown said...

nice... saya pun nnti kalu dapat matrik nak masuk matrik jugak...

Anonymous said...

hahahaha... malu aku ko masukkan gamba2 lame... kui2... muke sangat la bajet innocent... kui3~

udacun said...

Nuar.. pesal pic aku xde kat sini???
!
!
!
!
!
!!
!
!
!
!
!
!
ohh..lupe.. kamu lagi tua dari aku.. adesss..

Wan Gerrard said...

hahaha Gerrard matrik pahang gak, batch 06/07..huhu rindu main bola kat padang die, jumpa ramai awek cun kt sini hehe :P

Unknown said...

btl kewr best..sy dapat matriks pahang la..tp sy nk g uniten 30.4.2011 ni...uniten ambil course engineer sbb dari mula lg minat engineer.so pd pndpt korang should i choose matrix or uniten????

ezaty noor said...

salam. sy bkal plajar matrik pahang. ta saba rase nak msuk . doakan kejayaan sy dekat sane ye ? huhu

Kadeeja Zuleesham said...

oh,thanx share experience..saye pun dtempatkan ke matrik pahang..tak tahulah mcam mane nanti..takut homesick.huhu

whosaysfai said...

sy pon bakal dak matrik pahang...citer cam bes je....

Yana said...

salam encik senior..
hehe~~ :)
google2 jumpe blog encik senior..~~
kmph terbaiikkk!!!

Yana,
KMPh batch 8, 2010/2011

Anonymous said...

saya pon dpt sini...:)thanks snior..hope best memori dlm idop kat sana nnti...

tukang taip :D said...

saya pon dapat sini,thanks 4 ur info bro :)

SITOT said...

23 mei ni.. tercipta pulak kenangan lain buat saye di matriks tu..hehe

Anonymous said...

sy p0n bdk A2...

Anonymous said...

saya pun A2. huii, siling bilik cantikk sungguh skrg. bertebuk-tebuk. :D

shiqe said...

aku pun A2 gak...A2 sekarang bdk pompuan yg huni...

Nur Hani said...

Assalamualaikum,

haha :) kmph the best kan. even the hardship we went through, Allah je tau.

pergh, hello senior ! :)

aku sesi 2009/2010

Aimi said...

bila ak tgk gambo2 lama ni ak rasa nak nangis...bkn rindu ko ke pe...p rindu nak kurus cam dlu2 lik...hahahaaa:) rindu zmn tekanan kat KMPh....

ila nabilah said...

skrg blok A dah jd blok girl dahh..

ZatyAnuar said...

nk masuk matrik jugak. sy bru 16 tahun, xsalah kan pasang cite-2 masuk matrik, hee

Anonymous said...

terbaeq...aq pun rase bes duk matrik..

❤nur' amalina❤ said...

dapat matriks phg. (i;m sarawakian)

Anonymous said...

mmg best pn.............^_^

Anonymous said...

ha? A2-T3-21? saye duduk bilik tu sekarang. heeehe

Anonymous said...

blok A dah jadi blok budak perempuan skunk...
saya student batch 2012/2013..hee..masih ade kt dalam matrik pahang nie..ngee..

Anonymous said...

sedihnyer,sebulan agi duk matrik nie...sdih nk bpisah ngn kwn2....

Unknown said...

Hehe saya bakal menjadi pelajar matriks pahang 27 mei nii . Hope boleh bawa diri kat sana :)

Unknown said...

Hehe saya bakal menjadi pelajar matriks pahang 27 mei nii . Hope boleh bawa diri kat sana :)

Unknown said...

dapat matrik pahang gak! tak sabar nak pergi

Anonymous said...

saye pon dpt matrik gambang tpi msuk due sembilan mei nie..sebab bru balik dri plkn due enam mei..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...