nak ikut.....

Wednesday, April 27, 2011

Aku hendak melamar menggunakan blog…

Kreatif dan romantik….


Bila aku terbaca akhbar pagi ini, seorang lelaki, Corey Newman yang menggunakan teka silang kata sebagai satu cara untuk melamar kekasihnya, Marlowe Epstein….aku terasa sungguh romantik caranya…


Newman yang berusia 28 tahun berpakat dengan akhbar Washington Post untuk bertanyakan soalan itu kepada Epstein, 31, menerusi satu kolum teka silang kata.





Pembayang untuk soalan nombor 51 berbunyi: Kata-kata yang mempunyai cincin padanya. Apabila Epstein menjawab dengan betul: "Adakah awak ingin berkahwin dengan saya?" Newman terus melutut dan menyerahkan sebentuk cincin permata dan mengulangi soalan sama.



Epstein telah menerima lamaran tersebut.



Banyak juga aku pernah terbaca lamaran-lamaran yang kreatif telah di buat….bagaimana cara lamaran anda pula????



Kalau aku hendak membuat lamaran menggunakan blog boleh??? Heheh…ye la dari blog kita boleh tahu karakter tuannya….betul tak?? Ada yang sudah jatuh cinta dengan blog ini??? Maka anda telah jatuh cinta dengan tuannya iaitu saya hahhaha..aku sudah PERASAN!!!



p/s: Melamar macam iklan corneto yang menggunakan penyanyi seperti ana rafali dan tomok pun menarik juga.. Tapi aku nak lamar siapa eh???=)



p/s/s: Kawan baik aku pernah kata…”blog kau tu, memang seperti diri engkau yang sebenarnya”… Tapi kawan ofis aku kata, “Kau tak banyak bercerita mengenai diri engkau dalam blog…banyak rahsia”.. Aku pula kata..”Itulah beza kawan baik dan kawan ofis”… hehehe



p/s/s/s: harap hanya lamaran saja menggunakan kaedah yang kreatif ini seperti teka silang kata, blog, mesej, facebook dan sebagainya….jangan pula kalau hendak bercerai/berpisah pun menggunakan silang kata juga… jenuh pasangan anda hendak mencari jawapannya hahhaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...