nak ikut.....

Tuesday, April 19, 2011

Haiwan peliharaan, penyelamat anda…

Mungkin ada yang beranggapan, memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, kura-kura, hamster dan sebagainya adalah suatu pembaziran…kerana apa yang boleh diperolehi daripada haiwan peliharaan tersebut?? Hendak dimakan tidak boleh…. Jadi ia membazir dari segi masa dan wang ringgit (bagi membeli makanan haiwan)…

TAPI mungkin tidak bagi Steven Thorne… Haiwan peliharaannya, seekor kucing telah menjadi hero kerana telah menyelamatkannya daripada dipenjarakan…. Hakim telah membatalkan hukuman penjara ke atasnya yang di dapati bersalah atas tuduhan mencuri arak dan membenarkannya pulang ke rumah untuk memberi kucingnya makan.

“Kucing itu ditinggalkan sejak anak guam saya ditahan kelmarin. Ia tentu lapar,” hujah peguam bela lelaki itu

Steven Thorne hanya dikenakan denda RM 370. Dan hakim kemudian mengarahkan dia membuat lubang keluar masuk kucing di rumahnya… Kalau Steven Thorne seorang yang bijak, dia tidak akan menuruti arahan hakim itu….sebab kalau dia sudah buat lubang keluar masuk kucing dirumahnya….sudah pasti dia tidak akan terlepas daripada hukuman penjara lain kali… kerana hakim itu mesti akan kata;

“Rumah awak sudah ada lubang keluar masuk kucing, jadi kucing itu boleh mencari makanannya sendiri”

p/s: Aku pernah membela 40 ekor hamster pada satu-satu masa… tetapi sekarang yang hidup hanya 7 ekor je…

p/s/s: Dulu emak aku tidak benarkan aku menjadi seorang peguam….aku tidak tahu kenapa, tapi sekarang baru aku tahu……kerana peguam mampu membuat orang yang bersalah pun boleh menjadi tidak bersalah…dan yang lebih teruk orang tu pula menjadi mangsa aniaya pula, dan yang membuat pertuduhan pula menjadi orang bersalah…



kucing aku buat muka 10 sen....cubaan untuk meminta makanan




lepas dah kenyang...cubaan menggoda aku pula....kucing aku memberi pose yang paling seksi sekali....nasib baik iman aku masih kuat...aku tak layan heheh




bila aku tak layan...kucing aku merajuk..tak nak pandang kamera dah....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...