Sabtu lepas…aku tidak sangka….Aku tertengok konsert tirai AF9 secara langsung di Jusco AU2…Aku ni bukanlah peminat setia Akademi Fantasia, malah aku tidak tahu pun di Jusco itu akan diadakan konsert AF….Maklumlah aku sekarang kan sudah merantau…tidak duduk kL lagi, jadi sudah lama tidak baca akhbar mahupun tengok TV…..
gambar ini tidak bermakna aku peminat Af eh...tapi sebagai bukti aku tertengok konsert AF(haha masih tak nak mengaku minat af)
Awal pagi Sabtu tu aku gigih balik KL dari tanjung malim… pagi tu hendak pergi servis kereta, selepas tu aku hanya duduk di rumah je….aku pula jenis yang tidak suka duduk dirumah…asalkan ada kawan ajak aku keluar dan aku free masa tu…maka aku on je….
Dijadikan cerita, kawan aku, roy ajak pergi ke jusco untuk tebus hadiah hari jadinya…kerana dia member jusco card….dan jusco yang terdekat ialah jusco AU2…maka tersinggahlah kami di situ….sambil-sambil tebus hadiah, kami ronda satu jusco….dan dapat lah kami lihat tempat pelajar-pelajar AF musim ini berlatih di jusco itu…satu bilik kaca di mana peminat boleh melihat dari luar, apa yang pelajar AF buat di dalam…jadi pelajar AF tolong jaga tingkah laku…jangan Gedik ok hahah
Selepas penat meronda di dalam Jusco, kami meronda di luar jusco pula….terdapat banyak khemah dan satu pentas besar di halaman jusco….burung ni pandai posing pula, senget kan kepala bila aku hendak ambil gambar....
kami singgah ke khemah itu, ada maulana dan hafiz…dan pada bahagian pentas pula ada aril, hanif, ray, datuk AC mizal (dah boleh guna ke gelaran datuk??) dan kumpulan kecik…promosi maharaja lawak rupanya….dan baru aku tahu malam itu, akan diadakan konsert tirai akademi fantasia 9 di situ…. Hari semakin gelap, aku dan roy terus ke surau awal-awal sambil menunggu waktu maghrib di surau jusco… bukan sebab nak bentang sejadah ok…tapi confirm sesak nanti….waktu maghrib dah la pendek je…aku pun pergi ke surau dulu, sementara roy pergi ke tandas….tetiba terasa diri ini seperti ustaz amirul (cerita kegemaran aku hahaha)…wah dah lama aku tidak ambil air sembahyang awal daripada azan…aku sembahyang dalam kumpulan pertama…bila aku hendak keluar surau…aku lihat beratur ramai orang di pintu surau…termasuklah roy hahaha….bukan senang hendak melihat fenomena orang ramai beratur depan surau ini melainkan pada waktu solat jumaat saje heheh…
Maka aku tunggulah roy di luar surau, dan tetiba mata aku tertangkap kelibat seorang wanita yang sungguh cantik menuju ke arah aku….eh sebenarnya menuju ke arah surau perempuan hehe…itulah isteri mawi, ekin…body guard ekin tunggu di luar surau….Kira beratur la ramai hamba ALLAH yang masih mengingati ALLAH di luar surau…dan ada satu mamat ini, beratur di hadapan aku sambil mengeluh…..
“Ni yang malas ni, ramai betul orang, macam mana hendak solat”,protes dirinya tanda ketidakpuasan hati…
Dan aku tak tahu kenapa mulut aku tersangat lah lancar dan rajin untuk membalas keluhan mamat itu.. “Konsert yang ramai orang dan panas boleh pula pergi, solat pula jadi malas”…
Aku terdiam terus sejurus melengkapkan ayat aku…kelu dan takut heheheh Nasib baik mamat itu tidak marah, malah senyum kepada aku…
”saya boleh qada nanti” (mungkin maksud dia jamak kot)…. Mungkin dia datang daripada jauh untuk menyokong pelajar AF 9 kesayangannya hahaha
Dan bila roy keluar dari surau, aku pun cerita dengan penuh teruja yang aku terlihat ekin, dan roy pula teruja cerita yang dia solat sebelah shahir….arghhhh….so siapa kalah dalam situasi aku ini?? Haha
walaupun tidak sempat bergambar dengan shahir, tangkap gambar bayang-bayang shahir pun jadi la hahah
Kami pun pergi ke halaman jusco untuk melihat konsert….niat di hati hendak melihat sekejap je…tapi aku terjumpa pula kawan sekolah aku dulu, Diana dan Shahila…Rupa-rupanya adik Diana merupakan salah seorang pelajar AF….iaitu EKA….Jadi kalau korang terasa hendak mengundi EKA…undi lah… Kalau korang terasa hendak mengundi aku….Taip SHARE 017*******(no tel aku) 30 (nilai undian anda) dan hantar ke 22121 hahahh… dan aku juga terjumpa bekas cikgu aku, en zulkaimi muhamad….tidak sempat hendak tegur….(KALAULAH cikgu terbaca blog saya ni, sila lah contact saya =))…
Secara keseluruhannya, Pak Nil terbaik!!!!
p/s: Tetiba baru aku sedar, yang ramai “artis ” di kawasan rumah aku….aku tidak dapat bezakan, yang mana satu artis dan orang biasa….pakaian semua sama je….seksi!!!
p/s/s: gigih aku mesej semua member aku supaya tengok betul-betul af kat TV, kalau boleh jangan kelip mata, manalah tahu muka aku keluar kat TV ke….tapi hampeh!!!
p/s/s/s: Jika anda ingin menempah baju yang mempunyai gambar anda sendiri atau pelajar AF (rekaan sendiri)...Boleh la tempah di heartbeat. Make Your Own Gifts Here
No comments:
Post a Comment