nak ikut.....

Thursday, March 31, 2011

Malaysia VS Taiwan

Adakah pasukan Malaysia mampu mengalahkan pasukan Taiwan??

Adakah Malaysia mampu melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014??

Adakah Malaysia mampu untuk bertemu dengan Singapura pada pusingan kedua???

Semuanya akan menjadi tanda tanya sehinggalah Malaysia menerima kunjungan Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun ini sebelum membalas kunjungan ke negara itu untuk perlawanan timbal balik pada 3 Julai.

Mengikut percaturan di atas kertas, Malaysia mungkin akan menang mudah ke atas Taiwan kerana Malaysia kini menduduki ranking ke-138 dunia manakala Taiwan berada di tangga ke-147. Tetapi apa-apa pun boleh berlaku, bola kan bulat!!.

Jadi, jom ramai-ramai menyokong pasukan Malaysia sama ada di stadium mahupun di rumah..=)

p/s: Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...