nak ikut.....

Thursday, March 31, 2011

Kanak-kanak Asia tidak pandai berenang??

Satu kajian telah dijalankan oleh The Alliance for Safe Children (TASC) dan United Nations Children's Fund (UNICEF)…Berdasarkan kajian itu, didapati lebih 350,000 kanak-kanak dianggarkan mati lemas di Asia setiap tahun, iaitu kira-kira hampir 1,000 kanak-kanak mati lemas dalam sehari.

Kejadian lemas dikenal pasti sebagai punca utama kematian kanak-kanak berumur satu hingga empat tahun di kebanyakkan negara Asia….dan aku pernah terlihat di TV, ada kanak-kanak berumur satu hingga empat tahun sudah pandai berenang….Nampak comel dan kelakar..

Jangan di katakan kanak-kanak tidak pandai berenang, aku yang layak menjadi bapa kanak-kanak pun tidak pandai berenang juga hahhaha…..Aku mungkin boleh dikecualikan, sebab aku mempunyai alasan yang kukuh…..Dulu masa kecil,aku pernah hampir lemas…jadi aku agak fobia dengan air…ini bukan bermakna aku tak suka mandi ok…heheh…Aku hanya fobia dengan air yang banyak…..Tetapi apabila aku semakin meningkat dewasa, rasa fobia mula hilang…tapi rasa segan pula semakin menebal…segan baru hendak belajar berenang hahah…. Last- last sampai sekarang aku tidak tahu berenang….diri sendiri yang rugi…..Tapi aku bernasib baik sebab tinggi…jadi bila ada member ajak mandi kat sungai, aku berjalan la dalam air sambil buat-buat libas tangan macam berenang hahah… Nampak la gaya aku seperti berenang juga heheheh….Tapi suatu hari nanti, aku akan belajar juga berenang… Ada sesiapa yang sudi untuk mengajar aku berenang???

Kriteria pengajar renang yang dicari:-

a) Perempuan tulen….tak nak “perempuan” yang anu dalam botol hehe

b) Single diberi keutamaan…(isteri orang dan janda mungkin dipertimbangkan)

c) Berumur dalam lingkungan 20-30 tahun

d) Paling penting pandai berenang….kalau tak pandai berenang pun tak pe, kita boleh belajar sama-sama hahah

p/s: Gambar aku pergi "berenang" di Sg. Gabai


p/s/s: Jika anda mempunyai gambar-gambar kenangan yang menarik seperti di atas dan ingin diabadikan pada baju / mug / puzzle dan sebagainya bolehlah click di sini. Make Your Own Gifts Here

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...