nak ikut.....

Tuesday, March 8, 2011

Jom teka usia nenek paling muda di dunia…

Boleh di buat soalan peperiksaan untuk subjek matematik ni hehehe…

Di sebuah kawasan di Bucharest……Nenek paling muda di dunia, Rifca Stanescu…mempunyai dua orang anak, Maria dan Nicole…Perbezaan usia kedua-dua anaknya hanyalah satu tahun

Dia membesarkan anak sejak berusia 12 tahun… Dia berkahwin dengan penjual barang kemas, Ionel Stanescu ketika dia baru berusia 11 tahun…manakala lelaki itu berusia 2 tahun tua daripadanya.. Perkahwinannya dilangsungkan kerana bapanya mahu menjodohkannya dengan seorang pemuda lain yang tinggal di kampong berbeza…Walaupun berkahwin tanpa restu, ibu bapanya telah memaafkan perbuatannya apabila dia melahirkan Maria.

Manakala, anak sulung Rifca, Maria telah melahirkan zuriat pertamanya yang diberi nama Ion ketika baru berusia 11 tahun…Maria telah berhenti sekolah dan berkahwin pada usia 10 tahun…walaupun Rifca telah cuba memujuk maria supaya meneruskan pembelajaran sehingga dewasa daripada berkahwin.. Namun usahanya gagal…”Emak borek anak rintik” heheh

Kini Ion telah berusia dua tahun dan dia tetap mendapat kasih sayang daripada Rifca…

Soalan UPSR :-

a)Berapakah usia Rifca ketika beliau menjadi nenek sehingga berjaya mendapat gelaran nenek paling muda di dunia???
b) Berapakah usia adik Maria, Nicole sekarang??

c)Apakah jantina anak Maria yang juga merangkap sebagai cucu kepada Rifca???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...