“Burger ini Gergasi yang punya…”
“Kenapa pula??”
“Hanya Gergasi saja atau orang yang teringin menjadi gergasi saja mampu menghabiskannya….”
Mampukah anda menghabiskan burger ini???
Burger ini yang di dakwa terbesar di Britain dan mungkin juga terbesar di dunia ini mengandungi 13,000 kalori menjadi menu hidangan tengah hari di Restoran Over De Flames, Norwich. Tetapi tahukah anda, manusia hanya memerlukan lebih kurang hanya 2000 kalori saja sehari …Jika pengambilan kalori adalah lebih, ia akan ditukar menjadi lemak. Ini yang mengakibatkan individu menghadapi kegemukan dan kegergasian…. Bila lemak sudah banyak, pelbagai penyakit pula yang akan dating dan boleh juga membawa maut…Jadi kiranya, jika anda makan burger ini…makan lah dengan gembira…mungkin itu kali terakhir anda menikmatinya heheheh
Burger ini yang di beri nama Over de Flames hanya berharga RM 148.70 tetapi ia percuma jika anda berjaya menghabiskan makanan itu dalam masa dua jam…dan setakat ini…tiada sesiapa lagi berjaya….Ayuh rakyat Malaysia, jom pergi ke sana untuk menyahut cabaran itu… Malaysia Boleh!!! Lagipun rakyat Malaysia kan suka makanan segera dan tinggi kalori ni….
Sedikit info tentang burger ini…ia mempunyai diameter berukuran 30 sentimeter, mengandungi tiga kilogram daging lembu dan 40 keping keju serta dihidang bersama sos tomato, mayonis, dua biji bawang, tiga biji tomato dan salad.
p/s: Aku suka makan bergedil…
Sumber: Kosmo
No comments:
Post a Comment