nak ikut.....

Friday, April 15, 2011

Ambil kesempatan….

Adakah anda rasa Wesley Hosie ambil kesempatan??

Alkisahnya, Seorang pelatih akauntan, Wesley Hosie menemui gula-gula yang mengandungi wajah MIRIP tunang Putera William, Kate Middleton,..

Cuba anda perhatikan…apa yang anda nampak?? Betul ke ada rupa Kate Middleton… Kalau ada pun, hanya rupa seorang perempuan je…Tapi apa yang menunjukkan wajah itu mirip Kate Middleton??? Kalau aku kata ia mirip adik aku boleh tak?? hehehe

Aku hanya nampak, gula-gula yang berwarna oren yang sedap kalau dimakan je hahaha

Dan Hosie kini merancang untuk menjual gula-gula itu di laman lelongan di Internet, eBay.sehingga pada harga RM2,467…Gula-gula yang sebenarnya berharga mungkin 10 sen dapat dua biji itu…Kini hendak dijual sehingga RM 2, 467 semata-mata matanya nampak gula-gula itu ada mengandungi wajah Kate Middleton??? HAissshhh

Bak kata kawan aku,”Jika kepala kita telah diset untuk melihat sesuatu benda menyerupai sesuatu yang lain, maka kita akan nampak benda itu menyerupainya lah”…Pasti lepas ni, ada lagi benda yang mengandungi wajah MIRIP Kate Middleton….sebab boleh di buat duit…benda yang tidak serupa langsung pun boleh jadi serupa dengan imaginasi yang tinggi….dengan terbalikkan benda tu ke?? Dengan tengok bawah cahaya ke?? Dengan memotongnya ke??? Ohhh pelbagai cara….manusia memang kreatif!!!

Kalau macam tu, aku hendak jual duit RM 1 aku kat Mudah.com.my dengan harga RM 10,000 boleh tak?? Sebab duit RM 1 aku ada lakaran wajah SEBENAR DYMH Yang DiPertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman,..tak main mirip-mirip heheh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...