nak ikut.....

Thursday, April 14, 2011

Nasib baik anak abah selamat….

Di antara kereta sport yang berharga RM 1.35 juta atau nyawa si anak, yang mana satu pilihan anda??



Alkisahnya, Seorang remaja berusia 20 tahun hilang kawalan menyebabkan kereta sport bapanya yang berharga RM1.35 juta remuk akibat terbabas di sebatang jalan raya









Kereta sport itu merupakan salah sebuah kereta yang paling laju di dunia. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam tempoh 2.8 saat.



Namun, berita gembira untuk si ayah, remaja tersebut dan seorang penumpang wanita berumur 19 tahun hanya mengalami cedera ringan selepas kereta sport Gumpert Apollo itu terbabas heheh



Pihak berkuasa kini melakukan siasatan bagi mengetahui sama ada remaja itu memandu dengan laju di kawasan yang mempunyai had kelajuan 80 kilometer sejam…



Bagi aku, sayang lah kalau ada kereta sport tapi tidak bawa laju hehehhe



Kalau si anak hendak tahu….yang mana ayahnya lebih sayang….atau yang lebih bernilai di mata si ayah…. antara diri dia dengan kereta sport… lihat reaksi pertama ayahnya ketika sampai di tempat kemalangan.. sama ada si ayah lari ke kereta sambil berkata “habislah kereta sport aku” terlebih dahulu atau lari kepada si anak…sambil berkata “anak abah selamat…ada cedera di mana-mana tak???” heheh



Kalau si ayah memilih kereta sport, si anak boleh balik jalan kaki ke rumah dari tempat kemalangan… kemas-kemas baju dan keluar lari dari rumah. Nasib tidak baik, mungkin itupun ayah anda tidak sedar yang anda sudah lari dari rumah…sadisnya hahahha



p/s: Aku tengah memikirkan sama ada kereta buatan Malaysia cukup selamat atau tidak..



p/s/s: Had kelajuan di Malaysia adalah lebih kurang 110 km/j….tetapi ada je dijual kereta-kereta yang berkelajuan tinggi di Malaysia…Habis tu hendak di pandu dimana??? Mungkin saman yang dikenakan itu nanti boleh di bayar bila-bila masa…ialah hanya orang kaya yang pakai kereta sport…atau betul kata kawan aku ni “Kalau kau hendak bawa laju, pastikan engkau bawa lebih daripada 160km/j….kerana polis tak dapat kejar dan kamera (speed trap) pun tak sempat ambil gambar…”



p/s/s/s: aku hanya membawa kenderaan dilorong paling kiri je…iaitu lorong kecemasan…kerana aku hanya lah penunggang motosikal heheh

1 comment:

-eni- said...

cantek ah kete sport neh.. nnti ko bagi adiah camni kalo aku kawen eh???? ngeh3~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...