Tak berani aku…nak salahkan polis jika disaman…
Elok-elok dapat satu saman kerana bawa laju….di tambah menjadi dua saman kerana salahkan polis pula heheh
Setakat ini aku belum kena saman dengan polis lagi….Tapi aku ni jenis yang suka bawa kereta dengan laju gak…. Sebab masa itu kan emas…jadi aku rasa tidak berbaloi membuang masa di atas jalan raya… walaupun ramai mat rempit rasa berbaloi hilang nyawa di atas jalan raya….. Eh aku memandu laju, kira aku sama ciri dengan mat rempit juga la hehehh
Aku tidak akan salahkan polis jika disaman memandu melebihi had laju kerana aku perhatikan sekarang ini sudah ada peringatan berbentuk papan tanda “Awas Perangkap Had Laju” diletakkan beberapa kilometer sebelum lokasi polis merakamkan kelajuan kenderaan…. Baiknya polis Malaysia!!!! Hendak tangkap orang yang membuat kesalahan….ia perlu dimaklumkan dulu…. Sudahlah pembayaran saman selalu dilanjutkan tempoh dan mendapat potongan harga….sebab itulah saya suka polis Malaysia…
Jadi aku tidak akan sesekali menyalahkan polis jika disaman…
TETAPI…
Aku sangat bengang dan akan salahkan polis kerana susah untuk menyemak saman (jika ada) secara online… Aku sudah cuba macam-macam cara seperti SMS….laman web dan sebagainya.. Tapi selalu hampa..Anda tahu tak cara cepat untuk menyemak saman polis, jika ada melainkan pergi ke balai polis???
1 comment:
aku pernah kena saman..had lagu 80,aku bantai 90..rage!!!!
9 Benda Jijik Tapi Menghairahkan...
Post a Comment