nak ikut.....

Tuesday, December 21, 2010

Jangan membiasakan perkara yang biasa…


Cuba anda baca berita di atas ini…(sumber: harian metro)

Apa yang anda jumpa??

Kebanyakkan kita biasa melakukannya:-

a) Seorang lelaki ditahan dan dibelasah orang awam selepas cuba meragut – Disinilah kita biasa melakukan perkara yang tidak sepatutnya, membelasah peragut dan pencuri setelah berjaya menangkapnya. Bukankah kita ada pasukan polis?? Janganlah meletakkan hukuman di tangan sendiri seperti yang berlaku di Kelantan baru-baru ini dimana pencuri maut dibelasah. Aku pernah juga perhatikan orang belasah peragut…tetapi yang aku peliknya, orang sekeliling yang baru tiba ditempat kejadian yang tidak tahu hujung pangkal kejadian itu pun turut serta membelasah peragut itu…Siap buat smack down lagi tu…. Kalau pun hendak lepas geram, janganlah belasah sehingga mati…Tapi buat lah seperti kat Sabah dimana pencuri di usung sekitar kawasan…baru peragut tahu malu dan tidak akan buat jenayah lagi….ataupun cara mudah ikut kata emak aku, ikat je kat pokok yang penuh kerengga HAHHA

b) Rantai emas milik seorang lelaki – Sudah menjadi kebiasaan kebelakangan ini kita lihat kaum lelaki memakai alat-alat perhiasan yang menyerupai perempuan seperti rantai dan subang… bukankah berdosa?? Siap rantai emas pula tu…

c) Memberi makanan kepada dua anaknya yang masil kecil – Dengan duit ragut?? Memberi makan dengan duit haram?? Apalah akan jadi pada anak-anak kecil itu bila besar nanti…

p/s: Aku pernah dengar….”jangan guna duit haram itu untuk makan, tapi boleh diguna untuk membeli pakaian dan sebagainya, barulah tidak ada daging haram dalam diri kita”…. Erk????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...