Agak rugi la, jika tidak pernah main boling, paling koman kena rasa main sekali dalam seumur hidup ini..hehe
Aku biasa juga main boling….kalau lepak dengan member-member.. Sebab boling adalah sukan yang bersifat santai…
Tetapi tahu kah anda….
Kebiasaannya lelaki akan menunjukkan kelakiannya ketika bermain boling… Betul!! aku biasa perhatikan kawan-kawan aku…terutamanya kalau ada awek yang turut serta bermain juga..
Bagaimana mereka menunjukkan kelakian mereka…
1st – Mereka tidak akan mengambil bola boling yang beratnya kurang daripada 10lb…Kerana bagi mereka, itu bola untuk perempuan je…
2nd- Markah mesti lebih daripada 100 mata….kalau tidak dipanggil gegurl… (ini my bestfriend cakap kat aku)
3rd – Seboleh-bolehnya jangan baling bola boling masuk longkang… lebih-lebih lagi kalau ada budak kecil yang sedang bermain di lane sebelah yang baling tak pernah masuk longkang..Pasti tercabar punya..
4th – Ketika membaling bola mesti la se”macho” mungkin…Janganlah baling sambil kepit kaki..
geng boling masa zaman utm
p/s: Tapi betul ke semua lelaki macam tu?? =)
p/s/s: Aku pernah tengok ada gurl main boling dengan sungguh ganas dan pakai bola 13lb… mesti lengan dia nanti ada muscle punya… =)
1 comment:
masuk longkang la best. boleh gelak sakan. kalau sume dah reti main,. kena pin tapi tak strike pon. boring ah. HAHA.
Post a Comment