nak ikut.....

Friday, December 3, 2010

Malaysia…Bila nak anjur Piala Dunia???

Apa…. Malaysia hendak anjur piala dunia???

Rasanya lambat lagi kot…atau tak mungkin sama sekali…

Melainkan pasukan bola sepak Malaysia dah cukup mantap…yela segan la nanti, pasukan tuan rumah kalah kesemua perlawanan….

Dan baru-baru ini pun Malaysia sudah kalah agak teruk kepada pasukan Indonesia…kalah 5-1 tu…

Tetapi apa-apa pun…

Tahniah kepada Rusia dan Qatar yang telah dipilih untuk menganjurkan Piala Dunia…

Rusia telah berjaya memenangi hak penganjuran Piala Dunia 2018 manakala Qatar terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.

Rusia berjaya menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 dengan mengetepikan tiga calon dari Eropah yang lain iaitu England, Sepanyol/Portugal dan Belanda/Belgium.

Qatar pula dipilih tuan rumah Piala Dunia 2022 mengatasi empat calon lain iaitu Australia, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Tetapi sebelum itu, kita akan berdemam bola dulu pada tahun 2014 di Brazil kerana piala dunia akan berlangsung di sana…

4 comments:

Izzat Aziz said...

Aku rasa syarat wajib nak bida jadi tuan rumah, kena at least pernah layak ke world cup.. malaysia tak pernah lagi so tak de harapanlah..haha

Fyzal said...

selagi tak boleh macam Spain atau German atau Brazil atau Portugal... memang takkan jadi tuan rumah la jawabnya.

dengan Indonesia kena 5-1. kalau dengan spain aku tak tau brapa pulak yg bolos. defender kita nak kejar fernando torres entah dpt entah tidak.

ohujan said...

gabung dengan indonesia bid world cup 2030

.sweet-ants. said...

yepp
tkejut gak dgr malaysia kalah ngn indon 5-1 tu...
dah confident je malaysia leh mng ngan indon :(

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...