Thursday, May 26, 2011

Lisa surihani mesej aku???

Alkisahnya begini……

Semalam, pada waktu malam yang hening….hanya ditemani bunyi dengkuran teman serumah aku… ala teman serumah yang aku cerita dulu…yang tidur mesti nak buka “…….” hehe

Aku pula tidak dapat tidur…aku hanya leka golek-golek di atas katil saja…kejap pusing kiri….bila tak seronok…pusing kanan pula… begitulah keadaan aku berterusan pada malam itu…

Didalam kelekaan aku itu, masih sempat terlintas di dalam fikiran aku….

“Eh dah lama aku tidak dengar cerita mengenai Nas, dah balik Malaysia ke???”

DAN Tiba – tiba!!!! (macam cerita seram pula..)

Telefon aku berbunyi….mengeluarkan nada dering bunyi air pam tandas…itu menandakan ada mesej baru masuk…. Aku terus capai telefon aku… Aku buka dan baca mesej baru itu….

Daripada Nas…. “Bro! lama tak dengar. Mana ko???”

Aku terus pandang siling bilik aku…..Tak ada!!!

Aku cari kamera tersembunyi takut nas ada letak ke…. Hahaha

Dan hari ini pula… Perkara yang sama hampir berlaku….apabila aku teringat kawan lama, Annas… yang hanya akan mesej aku bila hari jadi dia je hahahah Gurau!!! (Sorry bro, kutuk kau….aku tahu kau akan baca entri ni)….Sudah hampir nak setahun kot aku tidak mesej dia…hanya ikut perkembangannya melalui blog dan facebook dia je…itu pun aku tidak tinggalkan sebarang komen dan jejak…

Tetiba juga, dia mesej aku tadi….rasanya hari ini bukan hari jadi dia…tidak silap aku, bulan 12 hari jadi dia, kalau silap AMPUN!!! Hahaha

Dia mesej..”sekarang dah sombong”

Kali ini aku tidak tengok siling, aku cari bawa katil pula hahaha

Terus tetiba aku terfikir….yang esok aku nak teringat…

“Dah lama la tak dengar cerita pasal lisa surihani….”

Mana tahu esok TETIBA lisa surihani pula mesej aku ke heheheh

p/s: Jom undi blog ini…klik sini

Wednesday, May 25, 2011

Anda popular???

Anda rasa anda popular??

Ya atau Tidak???

Bagaimana untuk mengetahui tahap ke”popular”an anda???

Mudah saja!!!

Yang anda perlu hanya lah INTERNET….

Anda buka laman sosial anda….sama ada facebook, twitter, friendster, myspace, blog, YM, dan sebagainya….dan anda tengok pengikut (follower) anda….Ramai??? Kalau ya, Bermakna anda popular!!!

Boleh lawan lady gaga tak???Lady Gaga telah diiktiraf sebagai individu yang paling popular dalam dunia maya ini setelah Berjaya mengumpul lebih 10 juta orang pengikut dalam laman blog mikro twitternya..

Manakala, Pemilik Fanpage paling ramai peminat di laman sosial Facebook di Malaysia ialah Lisa Surihani….Dia berjaya mengumpul lebih 1.4 juta orang,..Klik Sini untuk ke fanpage Lisa Surihani..

Jadi ayuh mengukur kepopularan anda….Hahaha Ini kayu pengukuran aku…

Friendster – tak ingat berapa orang, dah lama tak buka…mungkin akaun dah tak ada hehe..
Myspace – sama juga dah lama tidak buka…
Facebook – setakat ni ada 978… (nombor sentiasa berubah..kejap naik kejap turun hahaha)
Twitter – 0 pengikut….sedih-sedih!!! Sebab tiada akaun hehe
Blog – 286 pengikut

Owww aku tidak cukup popular….Aku mahu popular!!! Jadi add lah aku yer heheheh

p/s: Sesungguhnya kemuliaan di sisi Allah bukan dilihat dari harta benda,pangkat dan kemasyhuran yang kita miliki, melainkan ketakwaan lah yang membuat seseorang mulia di mata Allah.

Tuesday, May 24, 2011

Lewat kahwin!!!

Sekarang ini, kecoh kembali isu ramai wanita lewat kahwin….

Kalau aku tidak silap, isu ini pernah kecoh suatu ketika dulu…kemudian senyap dan kini kecoh kembali… Kira isu bermusim la….dan aku tidak faham kenapa isu ini dibangkitkan…. Rasanya banyak lagi isu yang lebih penting seperti….ramai remaja wanita tidak kahwin tetapi sudah ada anak ke????

Bagi aku ramai wanita lewat kahwin kerana tiada jodoh lagi…. Selalunya terjadi dalam kalangan wanita berpendidikan tinggi…. Yelah habis belajar pun dah dekat umur 25 tahun….pastu hendak kerja untuk mencari duit bagi majlis perkahwinan pula….lain lah kalau ada yang hendak taja…

Selain tiada jodoh lagi, ada faktor-faktor lain seperti pasangannya tidak bersedia lagi, wang hantaran yang tinggi kerana ada ijazah… Tiada pasangan yang setaraf / sesuai dan sebagainya….Tapi pada umur berapa yang di kategorikan sebagai lewat?? Adakah antara umur 25 dan 29 tahun???

p/s: Aku akan kahwin kalau kewangan aku sudah stabil…Cemburu aku tengok abang salih yakob bakal mencukupi koata isterinya…

p/s/s: Kenapa perempuan risau kalau lewat kahwin??? Malu kalau dekat nama masih ada CIK walaupun sudah lanjut usia???? Jadi sanggup ambik mana-mana lelaki menjadi suami asalkan tiada panggilan CIK???

p/s/s/s: kawan perempuan aku pernah kata, “lebih baik jadi janda daripada anak dara tua…itu tanda tidak laku”….betapa dahsyatnya kerisauan dalam diri wanita jika tidak kahwin…

p/s/s/s/s: Untung juga menjadi lelaki….orang tidak dapat tahu kita sudah kahwin atau tidak!!! Hehehe.. Tapi aku geram dengan rakan sekerja aku…ketika aku mula-mula masuk kerja, dia tanya aku… “Encik khairul ini ayah anak satu ke???”… arghhhh…terus esoknya aku jaga pemakanan aku supaya badan aku tidak ada rupa gaya ayah-ayah lagi..

Thursday, May 19, 2011

Aku tidak akan salahkan polis jika disaman TAPI…..

Tak berani aku…nak salahkan polis jika disaman…

Elok-elok dapat satu saman kerana bawa laju….di tambah menjadi dua saman kerana salahkan polis pula heheh

Setakat ini aku belum kena saman dengan polis lagi….Tapi aku ni jenis yang suka bawa kereta dengan laju gak…. Sebab masa itu kan emas…jadi aku rasa tidak berbaloi membuang masa di atas jalan raya… walaupun ramai mat rempit rasa berbaloi hilang nyawa di atas jalan raya….. Eh aku memandu laju, kira aku sama ciri dengan mat rempit juga la hehehh

Aku tidak akan salahkan polis jika disaman memandu melebihi had laju kerana aku perhatikan sekarang ini sudah ada peringatan berbentuk papan tanda “Awas Perangkap Had Laju” diletakkan beberapa kilometer sebelum lokasi polis merakamkan kelajuan kenderaan…. Baiknya polis Malaysia!!!! Hendak tangkap orang yang membuat kesalahan….ia perlu dimaklumkan dulu…. Sudahlah pembayaran saman selalu dilanjutkan tempoh dan mendapat potongan harga….sebab itulah saya suka polis Malaysia…

Jadi aku tidak akan sesekali menyalahkan polis jika disaman…

TETAPI…

Aku sangat bengang dan akan salahkan polis kerana susah untuk menyemak saman (jika ada) secara online… Aku sudah cuba macam-macam cara seperti SMS….laman web dan sebagainya.. Tapi selalu hampa..Anda tahu tak cara cepat untuk menyemak saman polis, jika ada melainkan pergi ke balai polis???

Monday, May 16, 2011

Aku baru sedar…

Aku baca surat khabar hari ini…

DAN aku tertarik dengan satu surat kiriman seorang pembaca…

Menurut surat itu, dia dan keluarganya pergi ke Pantai Remis untuk menikmati keindahan alam pada cuti hari pekerja yang lepas..Apa yang menarik perhatiannya ialah kadar bayaran tandas awam di situ. Terdapat tiga kadar: RM0.30 untuk buang air kecil, RM0.50 untuk buang air besar dan RM1.00 untuk mandi.

Baginya, perkara itu kelakar kerana, macam mana hendak pastikan sama ada hanya satu aktiviti yang dilakukan semasa menggunakan tandas? Sebagai contoh, apabila buang air besar sudah tentu akan buang air kecil sekali.

Aku pun pernah mengalami situasi itu, tetapi di tandas awam Teluk Chempedak dan aku tidak rasa ianya kelakar sebaliknya peluang keemasan kepada aku, aku boleh membayar hanya 30 sen untuk buang air kecil, air besar dan mandi sekali….bukan penjaga tandas itu tahu heheheh…

Aku memang boleh buat begitu TETAPI aku tidak buat malah aku bayar 30 sen untuk mencuci muka sahaja…

KENAPA???

Anda pernah masuk tandas awam di teluk Chempedak??? Terutamanya tandas lelaki la…. Tandas perempuan aku tidak tahulah keadaannya bagaimana…aku belum cuba masuk lagi…hehehe

Tandasnya amatlah kotor dan tidak selesa….di tambah pula pintu tandasnya yang rendah seperti untuk kegunaan budak sekolah rendah….aku yakin…sesiapa yang berjalan di luar pintu tandas itu, boleh perhatikan apa yang dibuat oleh orang yang berada di dalam tandas….sama ada tengah buang air kecil atau air besar….oww tidak sanggup aku diintai!!! Heheehe

p/s: owww sebenarnya aku baru sedar selepas membaca surat kiriman itu, kita akan secara automatik membuang air kecil ketika kita membuang air besar….lepas ni nak cuba tahan dari buang air kecil ketika membuang air besar la hehheheh… rasa-rasa boleh ke???? Ada sesiapa yang tahu kenapa??

p/s/s: jom mengundi blog ini di SINI

Friday, May 13, 2011

Housemate aku tidur, mesti buka….

Aku baru je dapat seorang housemate baru….

Setakat ini, OK lah….aku boleh lah “masuk” dengan dia…kira orang kata sekepala la…

CUMA satu je yang aku tidak suka dengan perangai dia…

Setiap malam, apabila hendak tidur….dia mesti buka…

Masalahnya dia tu lelaki…dan aku juga lelaki…

Tak kan lah dia tidur, buka depan aku….

Habis aku dapat lihat semuanya…

Tidak lena aku tidur….kejap-kejap pusing kiri….kemudian pusing kanan…

Aku tidak dapat tidur… risau dan gelisah memikirkannya….

Bila aku nasihatkannya tutup….dia buat tak tahu je…buat muka tidak malu…

Nanti apa orang kata???

Arghhhhh!!! Geramnya aku, macam mana aku hendak tidur dengan lampu terbuka ni???

Tuesday, May 10, 2011

Please call me back…

Teeet …Teeettt

Telefon celcom aku berbunyi pagi tadi…Itu menandakan ada mesej baru masuk…

Aku pun buka dan baca….oww mesej dari nombor yang tidak dikenali… 012-7032456.. Mesejnya berbunyi…

“Hi..please call me back”

Erk?? Tetiba minta aku telefon dia balik….Kenapa???

Tapi aku cukup familiar dengan nombor ni….aku semak nombor tu kat telefon maxis aku…mungkin aku terlupa simpan kat telefon celcom aku tu….tapi tetap tiada…. Aku tidak puas hati…sebab nombor 012-7032456 amat biasa aku lihat….aku terus memikirkan…sehingga kerja aku terabai sekejap…

DAN akhirnya…aku dapat juga tahu…

Rupanya 7 angka belakang itu serupa dengan nombor celcom aku….Aku rasa budak yang hantar mesej ini, mungkin saja nak berkenalan dengan orang yang sama dengan nombornya tetapi pakai celcom, digi dan sebagainya….

p/s: Sekarang semua pembaca blog ini sudah tahu nombor budak itu…. Mesti lepas ini, dia akan terima mesej dari nombor yang tidak dikenali pula HAHAAH

p/s/s: Rasanya anda juga tahu nombor aku HAHAHA

Friday, May 6, 2011

Matrikulasi atau IPT???

Mana satu menjadi pilihan anda??

Matrikulasi atau IPT???

Tidak kiralah sama ada IPTA atau IPTS…

Sejak entri aku mengenai Kolej matrikulasi Pahang paling best!!! menjadi hangat secara tiba-tiba (perasan kejap)… Aku rasa ramai pembaca blog ini adalah di kalangan lepasan SPM…muda lagi usia pembaca blog ini seperti aku…(Aku perasan lagi)…Mungkin mereka tengah pening untuk membuat keputusan sama ada mahu memilih matrikulasi mahupun IPT…. Sebenarnya semuanya bergantung kepada diri sendiri!!! Kalau di matrikulasi,tidak silap aku…hanya ada dua jurusan iaitu sains (FIZIK atau BIOLOGI) dan PERAKAUNAN….DAN anda hanya ada tempoh setahun (dan sekarang sudah ada program 2 tahun) untuk belajar hampir semua topik… lebih kurang 21 jam kredit untuk satu semester… jadi anda tiada masa untuk berbulan madu.. Apa salahnya korban kan tempoh setahun saja untuk mendapatkan keputusan yang membanggakan di matrikulasi ….Jangan terkejut,kerana ramai pelajar yang akan dapat 4 flat nanti…

Kalau anda tanya pendapat aku, aku akan pilih matrikulasi sebab menjimatkan masa (setahun belajar) berbanding mengambil diploma….Cuma yang bahayanya…sijil matrikulasi tidak ada pengiktirafan…tak laku untuk buat cari kerja berbanding sijil diploma….JADI di matrikulasi anda perlu mendapatkan gred yang bagus supaya anda dapat sambung ijazah di dalam bidang yang anda minat…jika anda hanya dapat gred cukup-cukup makan je…kemungkinan besar anda akan dapat kursus lelong iaitu kursus yang tidak anda minta tetapi pihak universiti tawarkan kepada anda berdasarkan kelayakan dan kesesuaian anda… Manalah tahu anda minat dengan kursus baru itu apabila sudah mula mempelajari…tidak cuba, tidak tahu kan….DAN yang paling teruk sekali, anda akan di buang daripada matrikulasi…selalunya amat jarang pelajar dibuang daripada matrikulasi….itupun kalau pointer bawah 1.5 (kalau tidak silap) dan mempunyai masalah disiplin…

Jika anda kena buang daripada matrikulasi, itu tidak bermakna hidup anda sudah gelap… anda terfikir macam-macam seperti hendak membunuh diri atau membunuh pensyarah anda kerana membuat soalan susah…jangan melakukan perkara bodoh untuk kali kedua selepas kali pertama anda ditendang daripada matrikulasi…..anda sebenarnya boleh memohon untuk sambung belajar diploma di IPT…Cuma anda terlewat sikit saja….tetapi tiada istilah terlewat dalam menuntut ilmu…yang penting kemahuan!!!

Kalau anda memilih untuk sambung diploma di IPT, ia bagus juga...kerana anda sudah membuat pengkhususan bidang yang anda minat daripada awal...mungkin bidang kejuruteraan, pendidikan, akauntan dan sebagainya... anda mungkin perlu belajar paling cepat 3 tahun sebelum anda menyambung pelajaran ke peringkat ijazah...dan kebiasaannya, tidak ramai yang sambung belajar...itu tidak kisah kerana sijil diploma itu laku untuk mencari kerja berbanding sijil matrikulasi.... Jika selepas diploma, anda ingin menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.. anda boleh gugurkan beberapa subjek yang mungkin hampir sama ketika belajar diploma... Ini dinamakan OPS GUGUR hahahha....Jadi anda sudah dapat jimatkan masa di situ....

Tidak kira lah di mana anda belajar, sama ada di matrikulasi, IPT, politeknik mahupun institut latihan / kemahiran, yang penting jangan putus asa untuk belajar sesuatu yang baru….kerana hidup itu sendiri adalah satu proses pembelajaran…

p/s: Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai pukul 12 tengah hari ini.Semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian hotline 03-88835858, helpline 03-88835848 dan juga ditalian am 03-88835801/5802.atau boleh juga melayari http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my atau menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.

“KMPh & UTM BEST!!!!!!”

Thursday, May 5, 2011

Adakah rakyat di Negara miskin terlalu subur???

Ini bukan lah entri lucah mahupun entri double meaning heheh… Tetapi entri berinformasi!! (boleh caya ke???)…. Menurut kajian yang dilakukan, kadar kelahiran yang dicatatkan di negara-negara miskin adalah tinggi.
Mengapa??

Adakah mereka pengguna utama air tongkat ali?? Kacip Fatimah??? Serbuk perangsang dan sebagainya???

Mengikut ramalan yang tidak dapat di pastikan kesahihannya tapi boleh dipercayai, bilangan penduduk dunia dijangka bertambah daripada hampir 6.9 bilion pada masa ini kepada 9.3 bilion menjelang 2050 dan 10.1 bilion pada tahun 2100. Kebanyakan punca utama peningkatan itu dijangka membabitkan negara miskin yang mencatat kadar kesuburan tertinggi di dunia terutama di sub Sahara Afrika.

DAN aku pernah berbincang dengan kawan aku mengenai perkara ini ketika kami sama-sama menonton rancangan mengenai kehidupan sebuah keluarga di Afrika yang di siarkan di TV… Dalam rancangan itu, di paparkan kehidupan sebuah keluarga yang sangat miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang….kalau terlupa kais??? Tidak makan lah jawabnya… Dalam keluarga itu, ada ayah, ibu dan 8 orang anak….

Kawan: Eh kau tengok tu (sambil menunjuk ke arah TV)… keluarga ni miskin tapi ada ramai anak…kesian anak-anak dia…hidup susah…sepatutnya dia rancanglah keluarga dia… kalau anak seorang tiada lah teruk sangat keadaannya… Ni yang aku pelik lah…kenapa bila di paparkan je pasal keluarga miskin…mesti anak mereka ramai???

Aku: alah bro, kan setiap anak…membawa rezeki…mungkin masa kecik je susah..bila anak-anak itu sudah besar dan berkerjaya…senanglah keluarga tu nanti…

Kawan: Itu pun kalau anak-anak itu bersekolah….Aku rasakan sebab dah tak tahu nak buat apa…jadi buat anak lah…itu yang anak dia ramai…

Aku: &*^%$%$#@

p/s: Ramalan aku, kaum wanita akan lebih ramai daripada kaum lelaki….. yea boleh kahwin empat!!! Heheh

p/s/s: Jom undi blog ini di SINI

Wednesday, May 4, 2011

Mengapa aku masih tidak kahwin (Alasan 1)

*Aku di dalam entri ini bukan merujuk kepada diri ku tetapi secara umum*

Aku memang hendak kahwin….Calon isteri pun sudah ada… tapi macam mana aku hendak kahwin???

Duit untuk belanja kahwin sangatlah tinggi….tak terjangkau dengan duit gaji aku ini…..hantaran dan kenduri segala bagai semua perlukan duit…. Kalau calon isteri setakat SPM…orang kata duit hantaran je dalam rm 8000, kalau ada Diploma pula…tinggi sikit nilainya…mungkin RM 10000…dan kalau ijazah ke atas bertambah tinggi lah nilainya….. itu kata orang lah kepada aku…jadi kepada kaum wanita…itulah pentingnya…higher education!!! (sebut ikut gaya usop wilca hahah)…Aku pernah beritahu kepada kawan baik aku……

Aku: Alangkah indahnya hidup kita jika masih ada gadis yang sanggup hanya menerima senaskah Al-Quran sebagai hantaran yang lebih tinggi nilainya daripada wang ringgit….

Kawan: Nak masuk tandas sekarang pun sudah pakai duit…30 sen paling murah…sekarang semua perlukan duit bro!!!

Aku: Camtu aku bagi duit hantaran 40 sen la..up sikit dari duit masuk tandas HAHAH

BUSHHHH!!! ~ Aku di belasah!!!!

Berbalik kepada duit hantaran yang tinggi, kalau sama-sama, kedua-dua belah pihak bertimbang rasa dan saling tolong menolong…itu tidak apa… tapi jika semuanya diserahkan kepada pihak lelaki, itu namanya pecah kepala… terseksa pihak lelaki untuk mengumpul duit hantaran, duit untuk beli rumah dan sebagainya… Tak kanlah lepas kahwin, hendak tumpang duduk dengan ibubapa pula??? Kalau rumah besar mungkin tiada masalah….

Mungkin ada yang rasa duit hantaran sekarang ini tidak tinggi sangat…ikut pasaran semasa kan… tapi cuba anda buka surat khabar hari ini….masakan ada orang yang sanggup tipu tunangnya dengan menghantar SMS minta RM 47000 kerana kena culik???

Kerana terdesak akibat ketiadaan wang untuk melangsungkan majlis perkahwinannya, seorang perunding luar cuba menipu tunangnya sendiri dengan menghantar SMS yang berbunyi ‘tunang awak diculik dan berada dalam tangan saya... untuk menyelamatkannya tunggu arahan seterusnya’ bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM47,000 daripadanya.

Mangsa menerima SMS kedua kira-kira jam 10 malam yang memintanya memasukkan wang berjumlah RM47,000 ke satu akaun bank seperti diarahkan. Bertindak atas laporan dibuat wanita itu sebaik menerima mesej pertama, polis berjaya mengesan lokasi suspek dan menahan seorang lelaki di Stesen KL Sentral pada malam sama.

Ketua Polis Selangor berkata siasatan yang dijalankan mendapati SMS itu dihantar sendiri tunang mangsa dan tujuannya adalah untuk mendapatkan wang hantaran perkahwinan dengan cara mudah.

Katanya, suspek mendakwa terdesak untuk mendapatkan wang bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan dilangsungkan akhir bulan ini.

Rasa-rasanya apa kisah akhir perhubungan mereka ini???

p/s: Nak beli kereta atau rumah, emak aku bagi berhutang…tapi untuk berkahwin…emak aku tidak bagi!!!

p/s/s: Setiap kali buka facebook….sentiasa ada jemputan kahwin dari kawan-kawan….HUHU… Misi untuk mengumpul RM 47000!!! Tak nak jadi orang terakhir kahwin!!! HAHAHA

Tuesday, May 3, 2011

OBAMA VS OSAMA

Terkejut aku ketika menonton berita Buletin Utama malam semalam…

Betul ke Osama sudah mati???

Aku sukar hendak percaya…

Dan apabila aku tengok gambar ini di akhbar kosmo… wajah yang dikatakan mayat ketua kumpulan Al-Qaeda yang berlumuran darah…. Dan gambar perbandingan di sebelah kirinya…

Aku pun rasa gambar tersebut palsu….kombinasi gambar jelas menunjukkan bahawa janggut dan bahagian bawah gambar berkemungkinan besar tidak asli dan dibuat dengan menggunakan teknik pertindihan gambar. .

Senang saja untuk mengatasi masalah ini, tunjuk saja jam tangan Omega itu…eh silap!!! Kalau betul Osama masih hidup buat saja sidang video terbaru…secara tidak langsung akan menjejaskan kredibiliti Obama pula….yang mungkin akan dianggap penipu nanti!!!..

p/s: Hanya tuhan saja yang tahu semua perkara sama ada yang jelas mahupun yang terselindung.. Semoga hidup kita sentiasa di dalam ke redhaan-Nya

p/s/s: Pening memikirkan suasana politik di Malaysia…Aku hanya hendak hidup dalam aman damai saja!!!