Sekarang ini, sudah ada kelas untuk mempelajari bahasa ayam…
Serius!!! Aku tidak tipu… aku sendiri pun terkejut semasa mula-mula membaca
akhbar metro online hari ini…Dulu, aku sering mendengar ada pepatah yang menyatakan
“Macam ayam bercakap dengan itik”…lebih kurang maknanya, apabila dua orang
bercakap tetapi tidak faham antara satu sama lain… Tetapi sekarang jangan
risau, dengan adanya kelas bahasa ayam….pasti tiada masalah lagi!!!
Dulu aku ingat, hanya pakcik aku dan kawan-kawannya sahaja yang
faham bahasa ayam….kerana mereka penternak ayam….mereka telah mengabdikan diri
mereka dengan ayam sejak dulu lagi… Aku hanya faham sikit-sikit je bahasa ayam…
Kalau ayam tetiba je riuh rendah….bingit tak terkata….bermakna ada sesuatu yang
tidak kena… Contohnya, mungkin ada musang atau ular dalam kawasannya…heheh
Tetapi kelas bahasa ayam ini pelik…dia menggunakan bahasa
Malaysia…mungkin sebab pengajarnya berjiwa patriotik kot…hehe… Perkataan
pertama yang diajar agak mudah-mudah…. Antaranya abang, sayang, saya bersih,
kacak, atas atau bawah, dan baring heheh
Rasanya, ayam yang betul-betul ayam tu dapat tak belajar kalau diajar???
Sudah tentulah tidak, ini sebenarnya adalah kelas bahasa untuk “ayam” yang
seksi tu…atau bahasa mudahnya pekerja khidmat seks… terutamanya untuk warga
China dan Vietnam… kalau sudah pandai bertutur dalam bahasa Malaysia, maka
mudahlah untuk menarik lelaki hidung belang melanggani mereka….
Tempoh yang diberikan hanya tiga hari sahaja, jika gagal,
mereka akan dipukul… Tapi aku rasa Bahasa Malaysia ini senang je hendak
kuasainya…sebab aku tengok, pendatang-pendatang asing dari Filipina, Myanmar
dan Bangladesh….lancar je bertutur dalam Bahasa Malaysia walaupun tidak masuk kelas… Bahasa Inggeris juga yang
sukar untuk dikuasai….aku telah belajar bahasa inggeris dari tadika, sekolah
rendah,sekolah menengah dan Universiti…tetapi tetap tidak mahir heheh
Menurut laporan, pelanggan lebih puas hati dan menyenangi “ayam”
yang berjaya menguasai bahasa Malaysia berbanding rakan sekerjanya yang hanya
menggunakan bahasa isyarat….
p/s (i): Kalau aku ajar bertutur Bahasa Malaysia kat ayam
pakcik aku…rasa-rasanya dapat tak?? Usahakan tangga kejayaan heheh
p/s(ii): Aku pernah ditanya ketika temuduga….”Penting ke
bahasa dalam komunikasi??”… Kini baru aku tahu bahasa amat penting dalam
komunikasi….sebab nanti baru puas!!! heehe
p/s(iii): Kalau hendak mengikuti kelas keusawanan, Microsoft
office, pembuatan kek, servis peti sejuk, muzik, membuat blog….dan macam-macam
lagi….bolehlah hubungi aku di facebook atau pergi sahaja ke laman web KolejKomuniti Ledang… Kalau nak aku yang mengajar, sebutlah nama aku nanti heheh
Kj nk add fb boleh
ReplyDelete