Kemana hilangnya sekumpulan lembu yang biasa lalu di
belakang rumah aku ini.. melalui kebun pakcik aku….. Sudah seminggu aku tidak
di ganggu…
Dulu kebiasaannya, apabila aku bangun pagi..dalam pukul 6 pagi…aku pasti diganggu lembu-lembu itu apabila menuju ke bilik air…Cuba bayangkan, aku duduk dirumah kampong yang rekaannya macam dulu-dulu punya…bilik air terletak dihujung belakang rumah ...diperbuat daripada kayu… jadi dalam perjalanan ke bilik air, kita boleh lihat pemandangan luar yang gelap gelita….tak nampak apa pun….maklumlah, awal pagi kan…lagi pun rumah kampong dulu-dulu, kayunya jarak-jarak…
Dan biasanya, apabila aku sedang mengambil air sembahyang,
lembu-lembu itu akan membuat bunyi……
“”Mmooooo”, lembu-lembu itu mengembu
Cuba anda bayangkan perasaan aku ketika itu….terasa hendak
gugur jantung…terkejut!!! Walaupun, aku berbadan besar….sasa..tapi perasaan
takut tetap ada dalam diri aku walaupun sedikit hehe….
Terus dapat carutan percuma dari aku…”LEMBU KAU!!!”, hahaha
Dalam kes ini, binatang pink ekor kontot itu tidak bersalah,
jadi aku tak boleh sebut “BAB* kau” hahah… dan kebiasaannya juga, pada
pagi-pagi begitu, akan terdengar jeritan daripada pakcik aku jika ada
lembu-lembu di kebunnya..
“Habislah kebun aku!!!! Habis lah nenas aku!!!”
TAPI sejak seminggu ini,
Waktu pagi aku terasa sunyi….kemana hilangnya lembu-lembu
itu?? Adakah lembu-lembu itu menyorok?? Maklum lah, esok kan hari raya korban…
Mungkin waktu pagi aku akan menjadi bising kembali selepas seminggu nanti… hehe
p/s: Selamat hari raya korban… apakah pengorbanan terbesar
yang pernah anda lakukan??
hehe.. lembu tu dah get ready la..
ReplyDeleteselamat hari raya aidil adha. kalau lah lembu korban kite demok mcm tu. warghhhh. kenyang setahun
ReplyDeleteSelamat hari raya azstory dan Cik kiwi :)
ReplyDelete