Sunday, October 7, 2012

Tunggu sempurna baru boleh tegur ??


Dulu memang aku tidak boleh ditegur atau diberi nasihat…. Kalau ada je orang yang menegur aku atau memberi nasihat….aku pasti marah…kira semua yang aku buat itu betul lah…. Sampai kan aku pernah menjawab

“Jangan nak tegur aku lah, diri kau tu pun bukan sempurna sangat….Kubur lain-lain…Jangan sibuk hal aku”

Dan pernah ada dalam iklan TV dulu-dulu, ada iklan dimana Mat Rempit yang telah putus kaki memberi nasihat supaya jangan merempit…Serius pada ketika itu aku gelak gila-gila…siap aku cakap lagi

“Kau pun merempit, ada hati nak nasihat orang lain supaya tidak merempit”

 Tapi itu dulu…

Sebelum aku mengetahui bahawa sebenarnya teguran atau nasihat itu tanda sayang…. Orang yang menegur kita itu, sebenarnya sayang kepada kita….sebab itu lah dia tegur kita… Bayangkanlah kalau tiada seorang pun tegur kita??? Biarkan kita terus melakukan kesilapan???

Sekarang aku memang menghargai setiap teguran membina yang diberikan….aku ulang taip sekali lagi… teguran membina ye!!! Kalau sekadar mencemuh atau ingin menjatuhkan aku….. aku hanya nyanyi lagu kosong nyanyian najwa latiff sajalah kepadanya hehehe

Tapi perlu ke seseorang yang sempurna baru boleh menegur kita?? Tidak boleh ke orang yang tidak sempurna seperti aku ini untuk menegur???

Kalau macam tu, Allah dan Nabi Muhammad kan telah menegur kita daripada dulu lagi…semuanya ada dalam Al-Quran….Tetapi kenapa masih tidak mengikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya???


best ke novel ni??? Nak cari satu la...

p/s(i): Aku suka tegur orang baru…. Hai!!!! =)

p/s(ii): tegur-tegur lah aku di facebook ye hehhe

3 comments:

  1. nak kate syg tu mcm berat je..sbb susah nk cari org yg bleh bg teguran membina..ramai yg nk mengutuk ade la..yg riak, nak tunjuk bagus..
    sorie - kite pon jenis pantang ditegur jgk..unless die mama/abah kite je :P
    teruk teruk -_-"

    ReplyDelete
  2. haha sama je dgn sy... kalau yang mengutuk tu...nyanyi la lagu kosong pada mereka heheh =)

    ReplyDelete
  3. Selagi kita namanya manusia kita perlukan teguran.. teguran dpt menghindarkan kita dari rasa segalanya sempurna walhal dalam diri banyak cacat cela, juga mengelakkan kita dari bersifat sombong dan bongkak.

    Manusia tiada yang sempurna namun kita di galakkan untuk mencari kesempurnaan. Dalam tempoh itu sudah tentu banyak teguran dan nasihat yang kita perlu hadam dalam diri.

    Bab orang mengutuk tu, jadikan ia sbg pemangkin untuk terus berdiri dan belajar lebih banyak. Biasanya kita lebih senang menerima kepujian berbanding kutukan, tapi kawan yg suka memuji itulah yg paling bahaya..

    ReplyDelete