Wednesday, May 15, 2013

Aku bukan Cikgu!!!


Eh esok 16 mei la…. Hari guru… Kira hari untuk meraikan warga pendidik…Pensyarah pun tergolong dalam kumpulan pendidik…jadi aku boleh sambutlah esok heheh

Serius….tidak pernah terlintas dalam fikiran aku masa kecil dahulu untuk menjadi cikgu atau pensyarah….kalau cikgu kelas tanya pasal cita-cita je…aku mesti jawab polis…dulu itu je cita-cita yang popular dikalangan pelajar lelaki….pelajar perempuan pula  mesti memilih untuk menjadi cikgu.

Dan sekarang ini, pejam celik pejam celik…hampir dua tahun aku di dalam dunia pendidikan… aku mula rasa seronok….kalau hendak diikutkan, aku mula rasa seronok mengajar ketika zaman belajar di university dimana kumpulan aku akan pergi ke rumah anak yatim pada hujung minggu untuk mengajar matematik dan subjek-subjek lain… rasa seronok mengajar anak-anak yatim ini…kami mengajar tidak seperti cikgu mengajar anak-anak murid…tetapi lebih kepada seorang abang mengajar adiknya… di sini akan menyebabkan mereka lebih rasa selesa dengan kehadiran kami…. Bukan sahaja mereka berkongsi masalah mengenai pelajaran dengan kami tetapi termasuklah masalah diri, keluarga, cinta dan sebagainya.. Aku rindu dengan budak-budak rumah Barkat.. Sudah lama aku tidak jengok mereka..




Dan kini aku benar-benar menjadi pensyarah…. Dan aku telah membawa pendekatan yang sama… tidak mengajar seperti cikgu tetapi sebagai abang… Dan aku pernah ditegur,

“Kau tidak sesuai menjadi pensyarah….pelajar akan hilang rasa hormat terhadap kau jika terlalu rapat”

Sampai sekarang aku masih ingat kata-kata ini….Dan mungkin betul kata-katanya, aku tidak sesuai menjadi pensyarah…. Dan kalau yang kenal aku, pasti akan tahu aku bukan jenis yang suka paksa dan mengarah orang, maknanya aku sudah hilang ciri-ciri utama pensyarah heheh…. Mungkin aku kena mendalami ilmu pengarahan kot ehehe… Contohnya, aku meminta pelajar untuk menolong aku, tetapi kalau pelajar itu memberi alasan sibuk atau malas….aku sendiri yang akan melakukan kerja tu… Bodohkan aku…tidak menggunakan kuasa yang ada…

Tetapi mungkin itu prinsip aku, nama pun meminta tolong….kenapa perlu ada paksaan…contohnya ada pensyarah meminta tolong daripada pelajar, tetapi jika pelajar tidak tolong, dipotongnya markah pelajar tu…itukan satu paksaan bukan pertolongan…tetapi apa hasilnya?? Pelajar akan buat kerja secara terpaksa, dan asyik fikir nak balik saja…bila ada peluang akan diambil kesempatan mengular….

Kan lebih baik, kalau pertolongan itu datang dari hati yang ikhlas, kerja yang dibuat pasti lebih baik… dan tiada sesiapa pun sakit hati….betul tak??

Dan hari ini aku meminta pelajar untuk membantu aku mengemas bilik 3R, bilik pengumpulan barangan terpakai dan kitar semula yang masih belum terjual….Tetapi mereka memberi alasan sibuk… Aku hanya tersenyum sahaja, tak kan aku hendak memaksa mereka pula….

Tepat jam 2.30 petang, aku memulakan sesi mengemas seorang diri…Tetapi Allah itu maha pemurah, jika pelajar yang diminta tolong sibuk dengan urusannya, Allah menghantar orang lain untuk membantu kita…. Terkejut aku dengan kehadiran akak-akak cleaner yang datang membantu aku….terima kasih banyak-banyak…. Dan esok, ada pelajar-pelajar kata nak tolong mengemas lagi…. Mungkin mereka sudah tidak sibuk kot…. heheh

p/s(i): Rasa untuk sambung belajar semakin kuatlah!!!

p/s(ii): Rasa nak buka bisnes pun semakin kuat….Macam mana ni?? hehe

No comments:

Post a Comment