Monday, May 20, 2013

Melupakan seseorang dengan cara orang asli….


Baru-baru ini aku telah pergi ke Taman Negara, Pahang….


Jadi sempatlah aku singgah di satu perkampungan orang asli disitu….

Untuk pergi ke sana perlu naik bot… kira basah habis la rombongan aku sebab kami main perang-perang bot… Ini satu pengalaman yang tidak akan aku lupakan…sangat seronok…

Di perkampungan orang asli itu, banyak yang aku pelajari daripada kehidupan mereka… Mereka masih mengamalkan gaya hidup berpindah randah dan memburu…. Bukan kerajaan tidak mahu menolong mereka, tetapi mereka sendiri yang selesa dengan kehidupan mereka itu.

Walaupun hanya dalam 3 jam lebih di perkampungan orang asli itu, aku telah dapat banyak pengajaran daripada mereka antaranya ialah:-

Pertamanya, aku dapat mempelajari bagaimana untuk menghidupkan api tanpa guna mancis atau lighter…. Hanya menggunakan geseran diantara rotan dan kayu sahaja…. Mereka telah mengaplikasikan konsep sains iaitu geseran… Memang aku tabik spring la!!!! Keduanya aku telah mempelajari bagaimana untuk membuat “Peluru” sumpit…. Hanya menggunakan hasil-hasil hutan sahaja, dan akhirnya aku telah belajar teknik menyumpit….

Keduanya aku telah pelajari sesuatu daripada mereka….mereka berborak antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa mereka sendiri, tetapi bagi orang asli dewasa mereka memahami bahasa melayu… Bagaimana mereka mengetahui bahasa melayu walaupun tidak mendapat pendidikan formal?? Disitulah “kapak”, salah seorang orang asli memberitahu kami…hendak seribu daya, tak nak seribu dalih…mereka mengikut secara perlahan dan cuba berkawan dengan orang lain. Jadi, untuk mendapat sesuatu ilmu itu, kita perlu berguru dengan orang yang lebih tahu….

Ketiganya, “kapak” juga memberitahu kami bahawa mereka akan berpindah ke suatu tempat yang lain apabila berlaku sesuatu kematian. Kenapa?? Ini kerana dengan berpindah, mereka akan melupakan kenangan-kenangan lama yang ada disitu, dan mereka akan menyibukkan diri mereka dengan membina penempatan baru…Jadi tidak ada masa untuk berfikir mengenai kenalan mereka yang telah meninggal dunia itu…

Anda sebenarnya boleh mengaplikasikan cara ini, jika anda putus cinta….Bukannya aku suruh anda pindah rumah….kalau boleh lagi bagus heheh tetapi bagi melupakan bekas kekasih anda itu, anda perlu memadamkan semua memori anda bersama dia dan menyibukkan diri anda….. Kalau ada barang-barang hadiah pemberiannya semasa bercinta, pulanglah kembali…. Dan sibukkan diri anda dengan kerja… Janganlah anda menangis di tepi tingkap, atau merosakkan diri anda dengan mengambil benda-benda larangan ye…. Sebenarnya banyak anda dapat pelajari dari kehidupan sekeliling anda, jika anda dapat memandang sesuatu itu dari sudut positif….

p/s(i): Sedang menyibukkan diri dengan kerja!!!!

P/s(ii): Penat pergi taman negara pun belum hilang lagi ni…

No comments:

Post a Comment