Seperti yang aku janjikan dalam entri sebelum ini, aku
akan menceritakan satu kisah cinta pelajar aku….
Bukan aku bercinta dengan pelajar itu tau, tetapi pelajar
itu berkongsi cerita cintanya dengan aku…. Terasa diri ini macam Doktor Cinta
pula…yang memberi pandangan dan penyelesaian pasal cinta…. Walaupun dunia
percintaan diri sendiri agak rumit hahah
Ini adalah kisah cinta sebenar pelajar aku….pelajar
lelaki… Nama?? Dirahsiakan…tapi boleh panggil dia “Abam A” bukan nama sebenar heheh…..
Si Abam A ini ada tanya pandangan daripada aku
“Encik, Tunang saya tu curang dengan saya…kawan-kawan
saya beritahu, dia keluar dengan lelaki lain”, luah dia kepada aku..
“Kamu baru dengar dari kawan kamu, kamu tidak nampak
dengan mata sendiri…mungkin kawan kamu silap atau mungkin dia keluar dengan
saudara dia ke…. Baik kamu tanya sendiri untuk kepastian pada tunang kamu itu”,
jawab aku lagak gaya seperti Doktor Cinta hehe….
Pelajar aku pun sudah bertunang, aku bila lagi…….
“Macam mana kalau betul Tunang saya itu curang dengan
saya encik? Rasa geram nak tumbuk-tumbuk je muka lelaki yang kacau tunang saya
itu encik”
“Ish kalau saya jadi awak, saya tidak tumbuk muka lelaki
itu”
“Habis itu, encik buat apa??”
“Saya tumbuk muka tunang saya itu……Kalau dia tidak layan,
mesti tak jadi….tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyilah”
“Aah betul juga itu encik”
“Tetapi kalau saya jadi lebih waras, saya tidak tumbuk muka
perempuan itu”, kata aku lagi
“Habis encik buat apa??”
“Saya akan jadikan diri saya lebih baik….kalau boleh
lebih baik daripada lelaki itu….Baru menyesal perempuan itu tinggalkan saya”
“Betul juga”
Nota kaki: Tiada masa untuk menangis kerana cinta berebut
perempuan, lebih baik menangis kerana masih belum cukup lagi untuk membalas
jasa ibu….
No comments:
Post a Comment